Berbelanja online atau shopping online memang seronok kalau tengah ada bajet untuk berbelanja. Tapi yang tak seronoknya kalau ada bajet ciput je. Rasa macam serba salah nak berbelanja." Nak beli ke tidak, nak beli ke tidak?" Situasi macam ni berlaku pada semua orang, betul tak? Risau betul kalau terbelanja duit untuk kecemasan. Shopping online ni kalau ikutkan hati memang semua nak beli. Jadi, kenalah berpada-pada dalam berbelanja kalau tak nak menyesal di kemudian hari. Fiza nak kongsikan 5 tips jimat berbelanja online dan berbaloi.
1. KEPERLUAN vs KEHENDAK
Keperluan atau kehendak? Ye, memang susah untuk membuat pilihan. Ikutkan hati, dua-dua nak tapi kau orang perlu mengutamakan keperluan daripada kehendak. Keperluan paling mudah adalah makanan. Jangan sampai beli sesuatu kehendak sampai sanggup ikat perut berlapar sementara menunggu duit gaji masuk.
2. BERBELANJA MENGIKUT BAJET
Sebelum berbelanja, sila pastikan jumlah bajet cukup untuk dibelanjakan dan barangan tersebut mestilah di bawah bajet yang ditetapkan. Kalau terlebih belanja akan menyebabkan bajet untuk keperluan dan kemudahan akan terjejas. Silap-silap akibat boros berbelanja tanpa had, semua bayaran bil tertunggak. Tak pasal-pasal bekalan air dan elektrik kena potong.
3. BANDINGKAN HARGA
Dalam berbelanja, Fiza lebih suka survey dulu harga barang. Suka bandingkan harga dengan kualiti yang ditawarkan. Of courselah kita akan memilih harga yang lebih murah dan dalam masa yang sama dengan kualiti yang bagus. Jangan sesekali malas nak survey harga sebab adakalanya perbezaan harga jauh berbeza. Selagi boleh jimat, kita jimat! Dengan membandingkan harga juga membantu kita dalam membuat pilihan yang tepat dan rasa lebih berbaloi.
4. BERBELANJA SEMASA SALE
Cara Fiza, kalau nak beli barang keperluan memang tunggu masa sale terutamanya nak restock barang makeup. Bila ada sale kaw kaw sampai 70-90%, boleh berbelanja lebih dan dalam masa yang sama boleh jimat dan lebih berbaloi lah orang kata. Biasanya sale ni akan ada masa musim perayaan atau sambutan hari-hari tertentu. Contohnya bulan Ogos ni, sale merdeka sana sini kot. Siap sedialah nak shopping online bulan merdeka ni.
5. GUNAKAN KUPON/VOUCHER DISKAUN
Okay, tips terakhir jimat berbelanja adalah dengan menggunakan kupon/voucher diskaun semasa shopping online sebelum checkout. Ramai yang tak tahu sebenarnya dengan menggunakan kupon kita boleh menjimatkan duit belanja walaupun sikit. Sekurang-kurangkan masih ada baki yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain atau beli barangan yang lain. Betul tak?
Lazada, Zalora, shopee, ezbuy, Hermo, Watsons, Fave dan banyak lagi website yang menjadi pilihan penggemar kaki shopping online. Bagi mereka yang suka sangat shopping online di Lazada Malaysia, jangan lupa gunakan
Lazada voucher untuk pembelian yang dibuat. Setahu Fiza, bulan Ogos ni ada lagi banyak voucher diskaun yang ditawarkan. Dahlah sale, ada lagi diskaun. Memang berbaloi sangat!
Oh ya, selain tu bagi yang biasa dengan fave, fave juga ada sediakan
Fave Promo Code untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan. Bolehlah makan macam-macam, beli macam-macam produk dan memanjakan diri di spa dengan harga mampu bayar. Ye, sebab ada voucher code. Kenapa perlu bayar lebih kan?
Sebelum Fiza terlupa, ada satu lagi benda yang boleh dibawa bincang untuk berjimat berbelanja online untuk travel.
Malaysia Airlines Promotion juga sedang berlansung bulan Ogos ni. Yang tengah rancang nak bercuti tu memang wajib terjah website Malaysia Airlines sekarang. Fiza tengok diskaun sampai separuh harga juga lah. Benda boleh jimat, buat apa nak membazir. Tepuk poket tanya hati. Apapun kena berbalik semula kepada 5 tips jimat berbelanja online di atas lah ye. Berbelanja biar jimat dan berbaloi melabur duit.