Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8009 articles
Browse latest View live

Young Living | Essential Oil Panaway Bantu Legakan Sakit Otot

$
0
0
Kaki kejang/cramp dan sakit otot sejenis penyakit yang susah nak tahan sakitnya. Bayangkan kalau kaki cramp tiba-tiba memang rasa nak nangis dibuatnya! Kalau tak diurut atau takda apa-apa rawatan terpaksalah menahan derita sakit tu. Selain itu, sakit tulang, lenguh-lenguh, kebas dan sakit urat pun boleh tahan merana juga kalau terkena. Puncanya mungkin disebabkan banyak pergerakan aktiviti berat seharian atau mungkin juga kurang bergerak.

Stress kan bila kena hadap masalah berkaitan sendi otot, urat dan tulang ni. Sekali kalau sakit tu, terbatas pergerakan dan susah nak bergerak. Fiza pernah kena sakit pinggang. Nak solat tu memang sakit sungguh bila nak rukuk dan sujud tu. Fiza tak pasti disebabkan apa, mungkin sebab duduk terlalu lama dan tak bergerak. Jadi bila sekali bergerak laju dia jadi macam terkejut lah kot. 2 hari susah nak bergerak buat kerja rumah. Duduk terbaring je. Nangis!


Sakit sendi ni ada juga berpunca daripada faktor usia, obesiti dan keturunan juga. Sakit lututlah, sakit pinggang lah, sakit bahu lah, sakit betis, terseliuh dan bermacam lagi. Nampak macam tak teruk sangat je sakit sendi otot ni kan. Tapi kalau tak ada penyelesaian tak boleh juga.

Macam biasa minyak urutlah jadi pilihan mak ayah kita sejak zaman berzaman. Minyak urut bukan pilihan Fiza lah yang pastinya sebab minyak urut sekarang pun tak berapa berkesan macam dulu kan. Kesan dia pun dah berubah mengikut peredaran zaman. Mungkin bahan-bahan yang digunakan tak seasli zaman dulu kot.

YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PAN AWAY

So pilihan Fiza untuk sakit sendi otot dan lenguh-lenguh ni adalah Young Living Essential Oil (YLEO) Pan Away. Sejak jumpa YLEO Pan Away tak pandang dah minyak angin lain sebab YLEO ni jenis cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit.

Paling penting menggunakan bahan semulajadi dan tiada bahan kimia @sintetik. EO Pan Away  adalah gabungan bahan-bahan semulajadi seperti Wintergreen, Clove, Helichrysum, Peppermint, Lemon, Idaho Balsam FirCopaibaVetiver dan Palo Santo yang bersifat panas dan berfungsi untuk mengendurkan otot serta urat yang tegang bagi membantu menghilangkan rasa tidak selesa.


Fungsi Bahan-bahan dalam EO Pan Away :

  • Wintergreen : Membantu meredakan sakit pada otot dan sendi.
  • Clove :  Berfungsi sebagai antioksidan yang membantu meredakan sakit sengal sendi, otot dan boleh juga digunakan untuk meredakan sakit gigi atau gusi.
  • Helichrysum : Membantu melancarkan sistem aliran darah dalam badan dan lapisan kulit serta saraf   untuk meredakan sengal dan bisa.
  • Peppermint : Membantu meredakan urat yang tegang di kepala dan leher jika pening kepala
  • Lemon - Memberikan tenaga pada otak dan membantu membuatkan emosi lebih stabil.
  • Idaho Balsam Fir- Membantu stimulasikan otak dan meringankan sengal pada otot dan sendi.
  • Copaiba - Membantu meredakan sengal pada otot dan dijadikan sebagai painkiller
  • Vetiver- Membantu untuk menguatkan tulang dan otot.
  • Palo Santo - Membantu melancarkan sistem pernafasan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. 

CEPAT MERESAP, TIDAK BERMINYAK DAN SEJUK

Selain cepat meresap, tidak berminyak pada kulit dan cepat berkesan. Fiza suka kesan sejuk menthol tu sebab ada bahan peppermint tu. Dinasihatkan sebelum sapu EO Pan Away, perlu dilute terlebih dahulu dengan carrier oil/natural oil (Coconut oil/seed oil/olive oil) sebelum sapu.

 

Takut panas sangat kalau sapu direct pada kulit. Dan kalau dilute dengan carrier oil kuantiti minyak lebih banyak dan lebih banyak kawasan dapat disapu. Jimat pun jimat kan. Minyak urut paling best dan rasa lebih selesa selepas sapu.

BERKESAN UNTUK SAKIT OTOT SENDI, LENGUH, KEBAS, TERSELIUH DAN KEJANG

Kalau jenis suka bersukan dan kerap lenguh atau sakit-sakit otot ke kejang ke boleh cuba EO Pan Away ni. EO must have lah untuk jenis yang suka bersukan, kerap lenguh-lenguh atau boleh bekalkan pada mak ayah kita yang kerja berat selalu sakit lutut atau pinggang tu. Bau dia pun sangat best dan fresh tak macam minyak angin.

Bagi kau orang yang kaki hiking, cycling, running dan lain-lain aktiviti sukan tu gunakan je EO Pan Away untuk hilangkan sakit sakit otot yang baru nak mula mengembang tu. Biasanya awal-awal baru nak mula aktif ni otot macam sakit sikit. Tapi lama-lama dah konsisten bersukan otot dah biasa dah dengan aktiviti tu. Tapi sesekali hiking macam Fiza memang sakit teruk lah. Lagi-lagi kalau hiking gunung tu. 

ESSENTIAL OIL PANAWAY MUST HAVE!

Kesimpulannya EO Pan Away ni boleh digunakan untuk menyokong dan melegakan otot selepas melakukan aktiviti sukan/senaman. EO yang berguna juga untuk pening kepala ataupun sakit senggugut tu. Memang berkesanlah! EO Pan Away ni tidak sesuai untuk diffuse ye. Hanya digunakan secara topically (sapuan) sahaja. 

Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280

Disclaimer : Essential Oil bukanlah ubat, ia adalah alternatif untuk gaya hidup yang lebih sihat dengan bahan semulajadi. 

Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran

$
0
0
Akhir-akhir ni 'Hidden Hantaran @ Covered Hantaran' menjadi trending dan menjadi pilihan bakal pengantin untuk dulang hantaran. Kiranya style hantaran paling latest lah untuk tahun ni sebab awal tahun Januari haritu pun pertunangan anak buah buat hidden hantaran ni dengan simple pelamin. Walaupun style 'sorok' hantaran ni dah ditelan zaman berzaman lamanya tapi tetap ON!


Baru-baru ni je lah keluar semula style dulang hantaran sorok. Mungkin sebab kemunculan makcik makcik bawang yang sibuk membawang dengan hantaran orang. Lantas, muncul lah idea hidden hantaran  ni kes nak sorok segala barang hantaran supaya tak jadi buah mulut orang. Mungkinlah begitu ceritanya kot. Siapa lah yang punya idea nak keluarkan semula tradisi ni memang terbaiklah. Thumbs up!


Hidden hantaran jadi misteri lah gitu untuk menutup mulut-mulut makcik bawang supaya tak buat cerita tentang hantaran murahlah, tak sesuailah apa lah. Tapi kalau dah namanya makcik bawang tetap mulutnya tak boleh ditutup. Serba tak kena je semua benda. Bagus juga tradisi sorok hantaran ni digunakan zaman sekarang ni kalau jenis tak nak guna hantaran terbuka.

Nampak Klassik

Hidden hantaran walaupun dah berzaman sejak zaman nenek moyang kita dulu tetap nampak releven di zaman moden ni. Pendek kata, tradisi ni tak lapuk dek zaman. Back to classic! Zaman dulu gunakan kain batik ataupun kain pelikat untuk membungkus dulang hantaran. Dulu hantaran jenis bulat tu dan lepas tu barulah muncul hantaran terbuka guna dulang hantaran tembaga yang sikit punya berat tu. Dan kemudiannya berubah mengikut peredaran zaman guna bekas kaca, dulang kayu dan sebagainya.


Bila digunakan semula hidden hantaran dalam zaman moden ni banyaklah perubahan idea hidden hantaran ni dari segi penggunaan material, jenis ikatan dan dekorasi. Kalaulah hidden hantaran ni trend 6 tahun lepas memang Fiza buat. Takpe lah, boleh bagi idea atau buatkan untuk pertunangan dan kahwin orang lain nanti. Fiza rasa hidden hantaran ni macam lebih memudahkan kerja dalam menyediakan dulang hantaran dan jimat juga sebenarnya. Walaupun kalau kira-kira lebih kurang je harganya sebab kain pun costly juga kot kan.

Mudah dan Jimat!

Memudahkan sebab nak menyiapkan hanya perlu bungkus dengan ikatan dan sedikit dekorasi bunga kalau nak letak. Mudah nak bawa juga satu benda yang penting kalau rombongan dari jauh. Barang hantaran pun terjaga rapi dalam kotak tu. Boleh jimat masa nak sediakan kalau nak simple-simple je bungkus. Bahan-bahan pun hanya perlu gunakan bekas/kotak, kain dan juga bunga kalau nak. 

Nak mudah dan jimat guna je apa yang mudah nak sediakan macam kain batik atau kain pelikat macam zaman dulu. Bekas/ kotak tu boleh beli bekas tupperware kedai RM2 tu je. Tapi kalau nak nampak mahal dan mewah, gunalah kain sulam songket ke, satin ke, batik lukis ke kan. Bunga pun boleh guna bunga hidup segar atau bunga plastik. Susah-susah malas fikir bungkus je dengan cara ikatan yang agak style. Kain bungkusan tu boleh juga diguna pakai semula kan.

Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran

Untuk hidden hantaran ni lebih baik gunakan kain kapas macam kain batik sebab mudah nak urus dari segi lipatan dan kemasan tu nampak kemas. Biasanya kalau guna kain batik tak perlu dah letak dekorasi macam bunga atau hiasan lain sebab corak pada kain pun dah nampak menarik dah.  

  • Kain batik/bercorak dengan ikatan simple.


  • Kain songket dengan hiasan dokoh


  • Kain sulaman songket dengan ikatan tali guni


  • Kain satin corak dengan ikatan riben dan bunga 

boleh gunakan kain satin tudung bawal

Kalau tak nak guna jenis kain bercorak, gunakan kain plain pun menarik. Boleh buat ikut tema warna majlis masing-masing.

  •   Kain satin dengan simpulan seperti sanggul rambut


  •  Kain crepe dengan ikatan simpul selit bawah


  • Kain Satin selit dengan kemasan bunga


  • Kain satin dengan hiasan bunga


Nama-nama di atas Fiza berikan ikut daripada gambar hidden hantaran pilihan Fiza. Kalau ada nama lain sila mention dalam kotak komen okay. Terima kasih pakcik google dan tuan punya gambar. Kalau tak tahu nak bungkus macamana, boleh je tengok kat youtube. Salah satu yang Fiza suka adalah furoshiki wrapping, Japanese style how to wrap boxes. Salah satu tutorial video how to wrap boxes, boleh tengok dalam video di bawah

credit : KyotoDesignHouse

Fungsi Bunga Manggar

$
0
0
Kompang dipalu pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu. Eh..ternyanyi pulak! Ada jemputan kahwin ke harini? Bolehlah berehat masak dan menjamu nasi minyak kan. Sebut tentang kenduri kahwin teringat bunga manggar tiba-tiba. Sudahnya teringat terus bunga manggar majlis kahwin sendiri.  Lepas tu terfikir "apalah fungsi bunga manggar ni ye?". Gigih pula  nak fikir dan mencari nak dijadikan cerita hujung minggu.

Fungsi Bunga Manggar

Sebenarnya bunga manggar ni bukan lah benda wajib dalam majlis kahwin tapi sekadar salah satu hiasan penting dalam majlis kahwin. Boleh juga dikatakan satu simbolik majlis. Kalau tak ada bunga manggar tu macam kurang seri majlis kahwin lah kaedahnya gitu. 

Bukan majlis kahwin je ada bunga manggar ni, tapi majlis meraikan tetamu orang besar-besar pun ada bunga manggar. Digunakan ketika mengiringi pengantin atau tetamu. Bunga manggar ni macam penghias atau penyeri majlis menyambut dan meraikan. Mencantikkan lagi suasana majlis pun iya juga.


Selain tu, bunga manggar juga digunakan sebagai penunjuk arah ke majlis kahwin yang diletakkan pada papan tanda atau simpang jalan masuk ke rumah pengantin. Bunga manggar dilekatkan dengan tanda nama atau banner banting pengantin supaya tetamu tak salah rumah. Iyelah kan, kadang tu dalam masa yang sama dan tempat yang sama ada majlis kahwin yang lain juga.

Dulu-dulu bunga manggar dibuat daripada kertas plastik berkilat yang dililit pada batang lidi dan dicucuk pada buah betik muda. Bila dah siap bunga, buah betik dicucukkan pula pada batang buluh atau kayu sebagai pemegang. Biasanya budak-budak je ambil tugas pegang bunga manggar ni mengiringi pengantin. Dah siap iring pengantin lepas tu berebut nak ambil buat main. Bila zaman dah berubah, bunga manggar pun berubah ikut peredaran zaman. 


Jenis-jenis bunga manggar

Ada bunga manggar daripada gula-gula, bunga manggar rose, bunga manggar styrofoam dan bermacam-macam lagi lah. Fiza suka something yang unik dan timbullah idea nak diy bunga manggar daripada plastik beg merah tu selepas google bermacam style. Kelopak bunga tu Fiza ikut tutorial macam orang buat bunga daripada riben dan Fiza pilih plastik tu sebab material dia plastik sesuai untuk cuaca hujan panas. Lagi satu, warna plastik bag tu warna pink yang sangat terang. Memang sesuai dengan majlis kahwin bertemakan pink!
 
baca juga : Tutorial DIY bunga manggar daripada plastik beg
                   Tutorial DIY Bunga Pahar

Boleh je guna material lain macam kertas crepe atau lain-lain kertas tapi sebab majlis outdoor, takut hujan je. Tak pasal bunga manggar jadi bunga manggar ku musnah nanti. Lagipun guna plastik merah tu sangat jimat kot. Kitar semula je plastik yang ada kat dapur tu. Sekarang pun dah bermacam warna plastik ada. Boleh rujuk tutorial link yang Fiza bagi kat atas tu ye.


Nampak tak keunikan bunga manggar yang dah siap ni. Fuhh, berbaloi tau gigih buat sorang-sorang bunga manggar ni. Of courselah kena siapkan awal. Kalau buat last minit memang tak lah nak siapkan. Bakal pengantin, kalau nak jimat DIY je. Tapi kalau bajet banyak dan tak cukup masa nak buat, beli je lagi senang kan. Buat sendiri ni memerlukan masa dan kegigihan. Kalau rajin separuh jalan pun tak guna.

Cuti sekolah tak lama lagikan. Mesti banyak majlis kahwin. Bolehlah buat bunga manggar di dari sekarang. Saja bagi idea pada kau orang walaupun dah entri tutorial tu dah bertahun lamanya. Masih berfungsi lagi entri tu untuk dikongsikan.

Sakit Mata Lepas Bangun Tidur

$
0
0
Bangun tidur, celik mata terkebil-kebil mata kejap sebab macam rasa ada 'something' dalam mata. Terasa macam habuk kasar yang besar tapi dok kebil-kebil punya lama masih rasa tak selesa. Letak eyeglo pun masih tak okay juga. ahh sudah.. macamana nak buat ni? Titis eyeglo lagi dengan harapan akan okaylah. Tapi tak! Lama-lama mata merah dan bengkak. Nak buka mata pun azab!
Hari pertama

Esoknya bangun pagi macam okay sikit lah. Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya masih tak okay. Masih terasa anasir jahat ada dalam mata. Puas lah dok belek depan cermin tengok dalam mata ni tak ada juga sebarang benda. Risau lah calar balar tu boleh beri kesan pada mata. Bila Fiza google kenapa sakit mata lepas bangun tidur tu berkemungkinan infection lah sebab punca lain macam tak releven dengan kes Fiza ni. 

Infection sebab apa pun tak tahulah sebab macam pelik tiba-tiba boleh macam tu kan. Nak kata pakai contact lens rasanya dah berbulan dah Fiza tak pakai. Semalam hari ketiga, bangun tidur rasa sakit macam hari pertama kena tu. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi dia tak semerah dan sebengkak hari pertama. Sakit tu tetap ada. 

Hari ketiga

Buat masa ni makan panadol untuk tahan sakit tu. Memang kurang sikit sakit tu lepas dah tidur dan bila dah lama dia akan rasa sakit semula. Kalau berterusan macam ni memang kena pergi klinik. Tengok apa sebabnya jadi macam ni. Kau orang pernah kena sakit mata lepas bangun tidur macam ni tak? 

Sah! Mata Kena Jangkitan.

$
0
0
Semalam hari ke empat sakit mata merah bengkak lepas bangun tidur hari jumaat lepas. Lepas dah tak tahan sakit dan tak ada perkembangan macam nak baik, terus pergi klinik juga. Mulanya bila husband ajak malas nak pergi sebab rasa macam sakit mata biasa je dan sebenarnya malas nak menunggu lama kat klink tu. Bila dah tak tahan sakit yang tak boleh bawa bincang tu, barulah rajin nak pergi klinik.

Sampai klinik tengok ramai orang. Rasa macam nak patah balik rumah je. Tapi sebab sakit, gigih melangkah dan sabar je lah tunggu giliran tu. Alhamdulillah tak sampai sejam menunggu sampailah giliran masuk bilik doktor. Doktor pun tanya "Dah berapa hari sakit mata". Harini hari ke empat doktor. Doktor balas "Dah empat hari sakit mata baru awak jumpa doktor?". Saya ingatkan sakit biasa je macam ada something dalam mata. 

Doktor pun check lah dan cakap ada putih-putih dalam mata. Maksudnya apa? Sah! mata kena jangkitan. Tapi tak ada pun tahi mata atau gatal-gatal. Tak tahu puncanya apa. Cuma terasa ada something dalam mata yang buatkan mata rasa tak selesa bila buka ataupun tutup. Doktor pun bagi antibiotik dan panadol untuk tahan sakit. 


Dalam masa seminggu kalau tak okay guna ubat titis ni, doktor suggest beli ubat titis yang lagi kuat kat pharmacy. Kalau masih tak okay, minggu depan kita jumpa dia semula. Fuhh, seram pula kalau tak okay. Harap-harap okaylah lepas guna ubat ni. Kalau rehat pun tak boleh rehat sangat sebab banyak nak fikir kerja yang belum settle. 

Lepas makan panadol tu memang tidur lena betul lah hilang rasa sakit tu. Ubat titis tu pula kalau dititis mengalir pula pada saluran tekak tu, aduhaiii kalau boleh taknak melalui rasa kepahitan kelat-kelat ubat titis tu. Pahit kelat ku telan jua. Doakan Fiza cepat sembuh ye. Sekarang tak boleh nak blogwalking sangat sebab tak boleh nak tengok screen terang-terang ni. Screen handphone dah habis low light pun masih sakit kalau tengok. Sipi-sipi je lah. 

Kalau kau orang kena sakit mata kalau dah sehari sakit, cepat-cepat pergi jumpa doktor okay. Jangan tunggu lama-lama. Kalau tak, kalau dah melarat lambat nak sembuh. Apapun doakan Fiza cepat sembuh okay. Terima kasih semua.

Mini Aquarium Dan Jenis-jenis Ikan Yang Mudah Nak Bela

$
0
0
Selamat pagi! Salam jumaat. Alhamdulillah, sakit mata getting better. Kurang merah dan kurang rasa sakitnya. Dalam seminggu ni harap-harap bolehlah kembali baik sepenuhnya. Dalam masa sakit tak boleh tengok cahaya yang banyak, lagi-lagi screen handphone dan desktop tu kita perlukan terapi mata juga kan. Letih juga nak tidur dan pejam mata je. So saja beli ikan untuk mini aquarium letak kat workspace. Kononnya macam terapi untuk mata lah.

Niat di hati nak beli ikan comel je untuk mini aquarium. Tak tahu jenis-jenis ikan yang mudah nak bela dan macamana nak bela. Kalau boleh taknak ikan yang jenis melompat sebab nak letak dalam balang kaca je. Sebab bela ikan puyu dulu senang bela cuma mati sebab dia melompat keluar balang sampai kamiorang tak perasan tak ada dalam balang tu. Owner kedai tu cakap kalau nak bela ikan tanpa guna oksigen dan tak melompat, pilih ikan guppy lah.

So, Fiza pun pilihlah ikan guppy 2 ekor, seekor RM2.  Tak pastilah jantan betina, Fiza pilih yang colour ekor dia macam menyerlah baru berseri cantik dalam balang kaca tu. Kemudian Fiza pilih swordtail fish, ekor dia macam sword tu dan ikan ni berwarna macam ikan emas. Kalau duduk bawah cahaya memang menyerlah sangat tau ikan ni. Ikan ketiga Fiza beli black neon tetra. Ikan ni sangat comel dan kecil Nak kenal ikan ni ada garisan hitam tengah-tengah badan dia.


Lepas beli tu Fiza masukkan semuanya dalam satu balang kaca dengan air-air dari aquarium kedai tu. Tak campur dengan air lain pun. Malam tu Fiza bagi makan sikit lah. Hiasan dalam mini aquarium tu cuma batu dengan golden pothos. Esoknya ikan guppy, black neon tetra dengan sekor swordtail fish mati. Yang tinggal seekor je swordtail fish tu. Kenapa entah!

Tak boleh satukan ke semua ikan ni? Atau memang kena guna oksigen baru mereka hidup sihat dan bahagia macam tu? Apeni??? Baru nak mood good-good terapi mata terus jadi mood down sebab ikan mati. Kau orang pernah bela ikan comel macam ni tak? Ada tips atau boleh share jenis-jenis ikan yang mudah nak bela tanpa oksigen? Please suggest. Ada rezeki nak cari anak ikan baru untuk mini aquarium. Terima kasih

Running Man "Boom and Just Blow" Group Dance

$
0
0
Peminat Running Man anyone? Okay, Fiza salah seorang peminat running man sejak episod 1 lagi. Tengok episod 1 terus terjebak sampailah sekarang. Hari isnin memang hari untuk layan Running Man show je lah. 3 minggu berturut-turut Episod (467, 468 dan 469) Running Man 1st Fan Meeting in Seoul untuk 9th-anniversary fan meeting antara episod yang best untuk peminat yang layan Running Man. Betul tak? Susah nak move on lagi-lagi members group dance stage tu memang boom and just blow sangat. Bukan hanya buat persembahan tapi sekali dengan game show mission juga tu. 

Episode 467 
  • Opening cover lagu BTOB's yang bertajuk "Only One For Me" 

Episode 468 
  • Haha-Dang Diggi Bang ft Skull, M.Tyson
  • Song Ji Hyo ft Ji Suk Jin - Don't give it to me
  • Lee Kwang Soo, Yang Se Chan & Jeon So Min - Women on the beach
  • Kim Jong Kook - speechless OST Aladdin

Penalty Performance
  • Haha & Yoo Jae Suk - Hollywood

Collaboration performances with artists
  • Pink Nose Light (Lee Kwang Soo, Suk Jin & A Pink)- Party

Episode 469
Collaboration performances with artists
  • Hyo Chan Park (Song Ji Hyo, Yang Se Chan, Nucksal & Code Kunst )- Bonjour Hi
  • Jeon Soran and Yoo Jae Suk (Jeon So Min, Yoo Jae Suk & Soran) - Confess Already
  • F-Killer (Kim Jong Kook, Haha & Gummy)- Raise Your Voice

Credit image : google

Members Group Dance Stage
Group dance ni antara performance yang paling dinanti-nantikan oleh peminat running man. Excited nak tengok team members dance. Cabaran paling susah dan paling membuatkan peminat running man susah nak move on. Lepas group dance ni, paling mendapat pujian Ji Hyo dengan Suk Jin lah sebab tak sangka mereka boleh perform dengan hebat. Bak kata pepatah " Practice makes perfect".

Ending
Running Man - I Like you

Di akhir episod, Kim Jong Kook berjaya meneka siapakah spy dalam episod fan meeting. Berakhirlah episod Running Man 1st Fan Meeting in Seoul. Memang tak mengecewakan peminat dengan usaha mereka. Rasa emosi pula tengok episod ni. Ye lah, bukan mudah nak memuaskan hati semua orang walaupun kita berusaha sehabis baik. Apa yang boleh di ikut tu kena all out lah dalam buat sesuatu tu. Barulah hasilnya boom!

DIY Macrame Knot Hanging Planters

$
0
0
Susah tau jadi sejenis manusia yang suka dengan pokok hijau dan dekorasi ni. Kalau boleh semua pokok nak letak dalam satu ruang tu. Sejak terjebak teruk dengan indoor plants letak dalam balang air ni memang rajinlah Fiza tambah pokok yang sesuai.

Sebelum ni cuma ada golden pothos je, lepas tu tambah spider plant dan baru-baru ni tambah sansevieria pula. Semua tu percuma je ambil kat rumah mak kat kampung kecuali golden pothos. Zero modal lah orang kata. Bekas kaca pun kitar semula mana yang dah tak pakai tu. Tak payah beli baru.

Tapi disebabkan dah terlampau banyak, ruang pun makin mengecil. Kalau dah semuanya nak letak satu tempat memang padatlah jadinya. Lepas tu timbullah idea nak gantung je pokok tu. At least dapat kurangkan ruang tu. Kebetulan ada jute string warna putih tu sesuai dengan wall shelf tu, so DIY macrame knot untuk hanging planters


Cara nak ikat tu boleh tengok kat youtube je, ada banyak jenis ikatan macrame untuk dekorasi hanging planters ni. Fiza pilih yang paling ringkas dan senang nak buat. Tak sampai 5 minit dah siap. Suka juga style macrame knot hanging planter ni nampak macam bohemian hanging decoration macam tu kan. 


Kalau rumah kau orang banyak sangat pokok, pilih pokok yang jenis menjalar tu letak style gantung pun menarik dan jimatkan ruang bawah. Tali pun boleh guna pelbagai jenis tali yang sesuai. Jangan pula guna tali plastik rafia yang cepat rapuh tu. Gunakan jenis tali yang tahan lama dan kukuh. Kalau untuk indoor ni lebih cantik gunakan jute string warna putih atau warna coklat tu. Nampak lebih natural dan sesuai untuk semua tema warna dalam rumah dengan perabot.


Nama-Nama Melayu Klasik Perempuan Inspirasi Nama Bunga-Bungaan

$
0
0
Dalam era serba moden serba canggih ni nama anak-anak pun serba canggih dan moden juga selari dengan perkembangan zaman. Nama tak nak kalah panjang dan berbelit sebutan nak ikut moden punya pasal. Sekarang dah kurang rasanya nama panjang-panjang tu, ramai dah yang suka berikan nama anak dengan nama-nama melayu klasik terutamanya untuk anak perempuan inspirasi daripada nama bunga-bungaan.

Bunga kan cantik! Jadi, nama yang diberikan ibarat cantiknya bunga-bungaan tu. Bila dengar nama melayu klasik generasi zaman sekarang ni rasa kembali ke zaman nenek moyang kita dulu. Walaupun nama klasik tapi masih releven dan nampak unik digunakan dalam era generasi zaman sekarang.

Credit image : google

Ini antara nama-nama melayu klasik pilihan Fiza. Bolehlah gunapakai jika ada rezeki anak perempuan akan datang. Moga-moga Allah berikan rezeki anak. Kalau tak anak perempuan, anak lelaki boleh namakan jebat, tuah ke kan? Itu kalau ada yang suka dengan nama klasik. Ada juga menggabungkan nama klasik dengan nama moden.

  • Melur/Melati/Jasmine
  • Kenanga
  • Seroja
  • Kuntum
  • Dahlia
  • Mawar/ Rose
  • Lily
  • Orked
  • Cempaka 
  • Teratai
  • Kemboja

Apapun memilih nama anak sebaiknya berikan nama yang baik, sebutan dan ejaan juga perlu betul supaya makna nama tu lebih tepat. Setiap ibu bapa ada hak untuk menamakan anak masing-masing dengan pelbagai nama tapi sebelum berikan nama ikutlah panduan dan fikirkan mana yang paling bagus. Nama ni mencerminkan keperibadian seseorang dan biarlah selari serasi dengan tuan punya nama.

Ada sesetengah kes, ada bayi yang kena tukar nama sebab nama tu tak sesuai dengannya. Nama-nama melayu klasik ni kalau bukan dijadikan nama sebenar, sesuai juga jadikan nama pena atau ganti nama untuk karya-karya kan. Menarik juga tu.

Tragedi Oktober 2019

$
0
0
Sampai je oktober, teringat lagu tragedi oktober. November pula, teringat lagu november rain. Bulan-bulan lain ada ada lagu tak? Rasanya tak ada kot. Kalau bulan September penuh dengan kisah cuti dan jerebu. Bulan Oktober 2019 ni harapnya tak ada tragedi yang memudaratkan macam kes jerebu ni. Akhir-akhir ni pun jerebu dah berkurang disebabkan hujan. Alhamdulillah..baru nampak awan biru dan pokok-pokok pun kembali hidup bahagia.


Misi bulan oktober ni nak melunaskan hutang entri yang perlu diselesaikan segera. Cuaca mendung ni kurang cahaya dan lighting tak on point. Jadi terbantut kejap untuk kerja photoshoot gambar untuk entri. Kalau boleh nak ambil gambar cantik guna natural light je. Guna table lamp, tak ada diffuser stricking sangat cahayanya pula. Serba tak kena nak ambil gambar.

Bulan oktober ada cuti tak? Haa, cuti raya Deepavali lah pada 27 dan 28 Oktober nanti. Cuti lain mengikut negeri masing-masing, cuti Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor, Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka dan Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Bolehlah nak plan cuti awal-awal bulan oktober ni.

Oh October!
Today I learned a big lesson in life;
'Live without pretending,
love without depending,
listen without defending,
speak without offending',
Well, life isn't about pleasing everybody.
There's no need to be perfect to inspire others.
Appreciate who you are and let people get inspired by
how you deal with your imperfection.

Betta Fish Untuk Mini Aquarium

$
0
0

Dalam masa sehari dua, 6 ekor ikan belaan dalam mini aquarium mati tak dapat diselamatkan. Mula-mula ikan black neon tetra mati lepas tu guppy, last sekali swordtail fish tu yang hanya mampu bertahan sehari selepas geng-geng ikan lain mati. Tak tahu nak buat macamana masa nyawa-nyawa ikan tu ha.

Lepas kumpul tips dan suggestion daripada komen-komen di insta, akhirnya Fiza pilih untuk bela Betta Fish pula untuk mini aquarium. Rasa sepi dan tak berseri tanpa ikan-ikan tu. Betta fish atau nama melayunya ikan laga memang cantik dan sangat sesuai dijadikan sebagai ikan hiasan. Nak bela pun tak susah daripada kata-kata orang yang berpengalaman lah. Takpe, Fiza cuba dulu tengok senang ke susah nak bela Betta Fish ni.


Cantikkan Betta fish ni. Ekor dia pun flowy sangat bila berenang dalam air tu. Suka tengok! Seronok tengok ikan cantik berenang. Kalau pergi kedai ikan memang rambang mata nak pilih ikan sebab semua cantik-cantik. Paling mahal betta fish kat kedai ikan Fiza pergi tu Betta Fish Thai RM45 seekor. Bila tengok harga mahal, terus tak lalu nak tengok ikan tu. 

Fiza pilih Betta Fish RM15 Seekor. Tapi tak sure lah jenis dan nama dia. Kalau ada yang pakar bab Betta Fish ni, bolehlah bagitau ye. Ikutkan nak pilih warna badan merah baru menyerlah tapi warna merah tak banyak warna menarik. Fiza pilih warna biru merah tema JDT ni lah. Suka dengan ombre tone warna dan juga shiny pada badan Betta Fish ni. Sumpah lawa!

TIPS PENJAGAAN BETTA FISH

Selain cantik dan pelbagai jenis, Betta fish tak perlukan oksigen. Boleh gantikan dengan water plants je. Plus, tak perlu ganti air selalu pun takpe. Seminggu sekali pun boleh. Dan jangan sesekali guna air paip. Kalau nak guna air paip pun simpan dalam bekas 2-3 hari untuk hilangkan klorin terlebih dahulu. Lepas tu barulah guna air tu untuk gantikan air baru dalam aquarium. 


JANGAN TERLEBIH BAGI MAKAN DAN JANGAN CAMPUR IKAN LAIN

Terlebih bagi makan pun salah satu punca ikan mati. Jadi, kena hadkan pelet makanan tu. Macam Fiza, letak 1-2 pelet je sampailah makanan tu habis baru letak yang baru. Betta fish kena duduk sorang-sorang je tak boleh geng dengan ikan lain. Nama pun ikan laga. Nanti berlaga mati lah pula kan. 

Kalau letak sebelah-sebelah pun Fiza tengok kedai ikan tu letakkan kertas sebagai penghalang antara setiap bekas untuk elakkan ikan-ikan berlaga kalau nampak sesama sendiri. Hopefully segala tips yang Fiza kumpul ni bermanfaat lah untuk dikongsikan. Baru nak belajar membela ikan. Nampak boring kalau indoor plants ni tanpa ikan. 

Dengan cara letak ikan dalam indoor plants ni sekurang-kurangnya boleh juga selesaikan masalah untuk elakkan nyamuk bertelur dalam air kan. Harap-harap Betta fish ni dapat tahan lama lah lepas Fiza dah buat segala tips tu. Kalau tak, boleh pencen dah bela ikan.

Baru Dapat Rasa Aiskrim Matcha Family Mart

$
0
0
Dulu-dulu Family Mart ni popular sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sejak Oden popular semua dok pakat serbu Family Mart. Yang jauh nak merasa tu memang tak dapat lah kan. Tapi sekarang Family Mart dah buka di merata Negeri. Dekat Negeri Sembilan dah ada 4 cawangan dari hasil cariaan google. Bila Family Mart dah buka dekat Negeri Sembilan ni memang excited nak cuba Oden yang terlajak laris tu.

Baru buka, faham-faham lah sesak dia macamana. Bila lalu depan Family Mart tu tak pernah tak ramai. Kalau tempat baru buka dan sentiasa sesak dengan orang ramai, Fiza akan pilih masa yang tak ramai orang macam pergi weekdays dan bukan waktu lunch. Masa ni mungkin tak seramai waktu lunch hour, orang balik kerja atau weekend.

Untuk nak dijadikan cerita, hari khamis minggu lepas barulah Fiza pergi waktu pagi nak ke tengahari macam tu. Waktu tu memang tak ramai orang. Bolehlah tengok-tengok dalam Family Mart ada apa sebab tak pernah jejak Family Mart pun sebelum ni. Kesian kan? Dulu jauh dan tak segigih nak ke Kuala Lumpur nak masuk Family Mart semata-mata. 

Malas nak explore habis sebab niat dihati nak beli Oden je dan nak cepat balik. Tapi kena tunggu 40 minit sebab Oden belum siap lagi katanya. Stok habis. Almaklumlah cepat sangat habisnya pun. Aduhaiii, kempunan lagi nampaknya. Mujurlah tak mengidam ke apa. Heii, kalau pregnant ni boleh mendatangkan marah dan kekecewaan berganda ni.

http://www.azhafizah.com/

Tak nak kecewa tak dapat Oden, beli lah Onigiri dan aiskrim matcha sebab Fiza peminat aiskrim matcha or anything green tea. Jadi, kurang sikitlah rasa kecewa tu kan. Wahai hati silalah bersabar ye. Pujuk hati sendiri dan ada rezeki dapatlah merasa nanti. Pernah je rasa Oden lain cuma saja nak rasa Oden Family Mart yang orang kata sedap sangat tu.

Eh, ni cerita Oden ke cerita aiskrim matcha ni? Bila dah teringin tu nak cakap benda tu je lah kan. Okay, aiskrim matcha ni kalau Jepun style memang tiptop lah rasa dia macam kit kat green tea jepun tu. Fiza suka rasa green tea dia yang pahit tak pahit sangat tu. Memang terasa green tea. Aiskrim pun jenis texture yang likat dan padat.

Aiskrim pun banyak diletakkan dalam kon sampai bawah tu. Ambil masa juga nak menghabiskan ais krim ni. Kira harga seiring dengan kualiti kuantiti lah. Harga aiskrim matcha RM2.90. Husband Fiza beli aiskrim dark chocolate RM3.90. Aiskrim kalau makan waktu panas memang nikmat menyejukkan tekak. Tapi sekarang musim hujan memang taklah nak terasa makan aiskrim tu. Sejuk benar!

Batik Garutan Pujaan Hati Dinda

$
0
0
Sebut je batik terus terbayang kain batik yang mak-mak kita pakai kat kampung tu. Batik ni sangat sinonim dengan masyarakat budaya Melayu sejak zaman kuno lagi. Dan dari sejarahnya, setahu Fiza warisan batik ni berasal dari Indonesia. Batik ni ada bermacam bentuk motif yang menggambarkan kehidupan sosial budaya, adat istiadat dan bermacam lagilah sejarah batik ni. Batik paling terkini yang Fiza suka adalah Batik Garutan atau disebut juga batik garut sebab dibuat di Kota Garut.

BATIK GARUT LEBIH POPULAR DAN URBAN

Bentuk motif batik garut ni lebih kepada geometrik dan lebih nampak moden untuk disesuaikan dengan fesyen terkini yang lebih urban. Dari pembacaan Fiza, batik garutan ni dah lama sebenarnya sejak tahun 1910 cuma baru sekarang lebih dikenali ramai peminat batik. Kalau perasan, batik garutan ni dah semakin popular di Malaysia terutamanya bila musim raya. Fesyen batik memang tengah trend sekarang ni. Salah satunya adalah batik garutan ni.


BATIK GARUTAN MURAH 

Kalau pasaran dalam Malaysia ni, batik garutan nampak macam mahal harganya. Rata-rata penjual pun ambil stok dari Indonesia. Nak cari yang murah kena beli sendiri dekat Indonesia lah kot. Selain murah, ada banyak jenis motif batik garutan. Bila google tu memang rambang mata dibuatnya. Kalau ada duit banyak memang Fiza beli mana suka.

Kebanyakkannya batik garutan ni jenis tekap lebih murah. Kalau jenis lukis tu memang mahal sikitlah harga sebab handmade. Jenis tekap cop ni murahlah sikit untuk golongan marhaen mampu pakai lagi. Fiza beli baju motif batik garutan kat dalam gambar tu pun penjual ambil stok dari Indonesia. Kena pre order tunggu lama barulah dapat. Nak batik garutan punya pasal terpaksalah sanggup menunggu batik garutan pujaan hati dinda ni. Entah kenapa minat betul tengok corak motif batik garutan ni.

Mana nak beli batik garutan yang murah-murah ye? Buat baju satu set atau kain/baju memang cantik sangat nampak urban. Tak adalah nampak kuno sangat dengan batik yang biasa kita nampak tu. Batik garut ni juga mengingatkan Fiza dengan pattern Nordic geometric. Tapi Nordic geometric ni lebih sesuai untuk dekorasi rumah bertemakan scandinavian. So siapa tahu nak beli batik garutan murah kat mana?, boleh komen kat bawah ni okay. Terima kasih.

Oden Spicy vs Oden Tomyam

$
0
0
Disebabkan Oden pernah viral suatu ketika dulu dan ramai juga yang mencuba buat resepi ala Oden Family Mart tu. Fiza pun tak ketinggalan mencuba juga buat Oden walaupun tak pernah rasa Oden Family Mart. Main buat je tapi entah sama entah tidak rasa dengan Family Mart punya tu tak tahulah. Sejak Family Mart Mart dah buka cawangan dekat Seremban ni hati girang bukan kepalang dengan harapan dapat rasa Oden original Family Mart.

Fuhhh, hari pertama buka of course lah sesak ramai orang. Okay puan Fiza sabar kejap! Sehari dua hari, seminggu membawa ke bulan dan hari semalam lah baru Fiza sempat jejak Family Mart buat kedua kalinya. First time masuk haritu nak beli Oden tapi belum siap. Rezeki dapat merasa aiskrim matcha je lah. Alhamdulillah. Suka bukan main rezeki dapat merasa Oden.


Macam biasalah, kalau pertama kali nak order tu memang blur. Macamana nak order ni? Mujur tak ada orang masa tu, tinggal kami orang je lah. Terkial-kial nak order pun tak ada orang nak bising. Kalau tengah beratur panjang, mahu bising orang belakang tunggu kamiorang order. Tak tahu nak order, rujuk je gambar yang dah disediakan depan kaunter order Oden tu. Pertama kali nak order memang slow sikitlah tak tahu nak pilih yang mana sebenarnya.


Mula-mula pilih set samada nak udon atau tak. Lepas tu barulah pilih isi nak letak dalam oden tu. Harga pun dah siap-siap letak. Senang lah kau orang nak bajet untuk semangkuk Oden. Rambang mata nak pilih mana satu. Kecur air liur satu hal! 


Fiza pilih tomyam dan husband punya Fiza pilihkan spicy untuk set Udon. Isi dalam tu pilih yang sama je sebab nak cepat. Beza kuah dan udon je. Set Udon RM5 dan tanpa udon RM3. Lepas tu add on tu ikut harga setiap yang kau orang pilih.Total dua mangkuk ni RM18.60. Puas lah makan satu mangkuk sorang. Antara Oden spicy vs Oden Tomyam, kau orang pilih yang mana?


Fiza pilih spicy walaupun suka teruk dengan menu tomyam. Tapi tomyam Oden Family Mart ni kurang menepati citarasa tomyam Fiza. Kuah spicy dia lagi sedap weiiii. Padu betul rasanya. Pedas pedas ada sikit rasa manis juga. Baru padan rasanya untuk semangkuk Oden. Okay lepas ni order spicy je lah nampaknya. Boleh buat mengidam nak makan Oden ni. Tapi itulah, bila diminati ramai nak beratur panjang tu yang malas tu kan. Kena pergi masa yang tak ramai orang je baru tak jenuh menunggu.

Skincare | ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK

$
0
0
Hai semua! Kau orang pernah tak alami kulit muka kering ataupun sangat kering. Ataupun memang kulit muka jenis kering? Bila kulit kering ni mulalah kulit mengelupas dan lepas tu akan rosakkan kulit. Kadang tu bukan jenis kulit kering pun, tapi disebabkan cuaca juga boleh sebabkan kulit jadi kering. Dengan memakai sheet mask, boleh mengekalkan kelembapan kulit muka dengan lebih berkesan.


ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK sejenis premium sheet mask yang terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Teruja nak kongsikan tentang produk ni sebab Fiza berpeluang mencuba jenama produk ni buat pertama kalinya. Terima kasih mamasan Tammy via The Butterfly Project Malaysia. Bagi kau orang yang tak pernah dengar tentang jenama atau produk ni, boleh baca sampai habis okay.

ID.AZ

Produk ID.AZ dihasilkan di sebuah hospital kecantikan yang terbaik di Korea yang lebih dikenali dengan 'Asia Beauty Care' dan diberi nama ID Hospital. AZ pula maksudnya merangkumi semuanya bermula dari A sampai Z. ID Hospital memang pakar dalam bab kecantikan kulit dan jenama ID.AZ salah satu jenama yang popular di Korea.

ID.AZ Dermastic Water Fit-Mask @ ID.AZ Derm Hydrating Facial Mask

Water-fit mask atau Hydrating Facial Mask adalah sejenis premium sheet mask yang paling terbaik untuk melembapkan kulit muka dengan teknologi yang diperkenalkan oleh ID. Bahan-bahan utama yang digunakan adalah seperti seawater, hydrolyzed collagen , sodium hyaluronine, betaine, alantoin dan banyak lagi. Kesemua bahan ini boleh disemak pada packaging sheet mask yang ada dwibahasa.



Cara Pakai ID.AZ Dermastic Water Fit-Mask 

1. Koyakkan pek sheet mask.


2. Keluarkan mask dan tanggalkan film liner yang macam jaring tu


3. Pakai sheet mask pada muka. adjust lah lubang mata, hidung dan mulut tu supaya sheet mask betul-betul padan dengan muka.


4. Biarkan selama 10 minit. Tanggalkan mask dan tepuk-tepuk perlahan sehingga serum mask menyerap ke dalam kulit.


Masa yang Terbaik Pakai Mask

Nak pakai sheet mask kena pastikan cuci muka terlebih dahulu dan kemudian pakai toner. Selepas pakai toner barulah pakai sheet mask. Kalau tak cuci muka dulu, macamana serum nak menyerap ke dalam kulit. Sia-sia je pakai nanti. Pakai siang atau malam? Dua-dua boleh dengan syarat kena bersihkan muka sebelum pakai okay.

Keistimewaan ID.AZ Dermastic Water Fit-Mask

  • Mask Sesuai Dengan Muka

Sheet mask ni tak tebal dan tak nipis. Skinny fit! Betul-betul melekap dan padan dengan bentuk muka. Potongan saiz lubang mata, hidung dan mulut tepat pada tempatnya. Jadi, bila pakai water-fit mask ni sangat selesa selama 10 minit tu. 


  • Kelembapan Berganda

Seperti yang dilabelkan, water fit-mask ni adalah aura water sheet mask yang membuatkan kelembapan berganda pada kulit muka secara mendalam. Sumpah rasa kulit muka lebih super lembap dan lembut selepas pemakaian water fit-mask walaupun hanya 10 minit. Bila kita pakai sheet mask ni sebenarnya salah satu cara untuk kekalkan kelembapan kulit dengan lebih berkesan. 

Sebelum pakai, kulit Fiza tak kering sangat sebenarnya sebab jenis kulit combination tapi ada beberapa bahagian agak kering macam tepi mulut cuma tak ketara sangat nampaknya. Tapi bila ada masanya memang kering ya amat dan kulit mengelupas kalau tak pakai pelembap. 


Selepas pakai water-fit mask memang terasa kulit lembap, lembut dan kulit rasa lebih fresh walaupun dalam gambar macam tak ada beza. Skin moisture tester tak ada pula untuk measure kelembapan. Jadilah ada gambar macam ni pun. Tapi serius lembap okay!

  • Mudah Menyerap Ke Dalam Kulit

Bila pakai sheet mask tu, serum yang ada pada sheet mask tu tak boleh lari kemana dah. Bila muka dah ditutupi dengan mask, serum akan terus menyerap secara mendalam ke dalam kulit. Lebihan serum selepas mask dibuka pun bila ditepuk tepuk/pat pada kulit muka, serum akan menyerap dengan lebih cepat. 

  • Tidak Melekit

Water fit-mask salah satu sheet mask yang mempunyai serum yang tidak melekit pada kulit sebab serum ni jenis cepat menyerap dalam kulit dalam tempoh yang singkat. Kiranya cepat kering lah untuk senang faham. Barulah rasa selesa kulit muka. Kalau jenis melekit akan rasa agak tak selesa dan rasa nak cuci muka je. Tapi sayang kot sebab kulit muka dah lembap. Kalau basuh jadi kering pula kulit muka.

  • Menenangkan 

Selain memberikan kelembapan yang terbaik dengan bahan-bahan yang terbaik., ia juga akan memberikan kesan ketenangan pada kulit yang mengalami tekanan disebabkan kekeringan. Dengan pemakaian water-fit mask membuatkan kulit lebih rasa reda dan selesa macam tu. Lebih tepat lagi, calming effect at once. Sebab tu bila pakai mask ni ala-ala berada di spa macam masa untuk bertenang dan berehat.

Sangat Sesuai Untuk...

Bagi kau orang yang ada masalah kulit kering yang teruk dan melampau tu, Fiza recommend sangat cuba guna ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK ni. Dan kalau kau orang masih belum jumpa moisturizer terbaik, pun boleh cuba premium sheet mask ni. Kulit bukan je lembap tau. Lembap berkilau!

Harga dan Pembelian

Disebabkan ianya premium, harga untuk 1 pack 23g premium sheet mask ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK ni adalah RM12.90 sahaja. Kau orang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Watsons yang terpilih. Atau hubungi melalui website dan media sosial di bawah :



Cara Segarkan Bau Rumah Dengan Orange-Clove Pomander Ball

$
0
0
Orange-Clove Pomander ball salah satu dekorasi tradisi untuk sambutan Hari Natal yang digantung pada pokok krimas ataupun beberapa tempat di dalam rumah. Kalau kau orang google, boleh tengok bermacam-macam dekorasi orange pomander ball dengan bunga cengkih (clove). Sebenarnya orange-clove ni bukan je untuk dekorasi tapi menghasilkan aroma yang segar untuk ruang dalam rumah. Boleh lah cover bau hapak dan bau yang tak best dalam rumah tu.

Minyak bunga cengkih yang menyerap dalam buah orange akan memberikan aroma bau yang wangi dan segar. Biasa bunga cengkih ni kita guna masa sakit gigi. Ikut petua orang lama lah. Sebab apa? Sebab bunga cengkih ni mengandungi antiseptik, antibakteria dan penyegar nafas. Bab sakit gigi tu Fiza tak pernah cuba sebab kalau sakit gigi terus pergi klinik je. Sakit gigi memang tak boleh bawa bincang. 

credit image :azurestandard.com

Aroma 'spicy fragnance' boleh meransang mood kita lebih ceria dan relaks lah macam tu. Bau wangi siapa yang tak suka kan? Bau bauan aroma semulajadi ni memang best bau dia tanpa bahan kimia dan selamat. Persoalannya, tak busuk ke buah orange tu? Tak! Fiza dah kaji awal-awal dah sebab macam best untuk dicuba. Bila buah orange tu kering, akan keluarkan bau yang lebih best. Okay, baik! Memang boleh cuba ni. Nak cuba tapi tak tahu nak buat macamana, boleh ikut tutorial orange-clove pomander ball bawah ni.

credit image : homemade-gifts-made-easy.com
Cara nak buat orange-clove pomander ball ni sangat mudah. Yang penting sediakan bahan-bahan utama tu, buah orange dan bunga cengkih. Untuk cucuk lubang pada buah, kau orang boleh guna pencungkil gigi (toothpicks) yang belum digunakan. Jangan guna yang dah pakai pula ye. Selain riben, kau orang boleh guna dawai untuk menggantung. Ikut kreativiti masing-masing lah.


Buat sementara nak beli orange ni, Fiza cuba guna limau nipis lah dulu letak kat dapur. Bunga cengkih pun tak berapa nak ada ni. Guna mana yang ada dulu sementara nak tunggu orange dengan bunga cengkih yang banyak. Boleh juga guna buat halau lalat ni. Lalat kan anti dengan bunga cengkih. Berfungsi sungguh la pomander ball ni, bukan dekorasi semata-mata. Jom kita buat orange-clove pomander ball dan sedut bau sedap hari-hari.

Skincare | ID.AZ Derm Dermastic GOLDEN-FIT MASK

$
0
0
Sesekali rasa rawatan skincare mahal ni memang best. Kenapa Fiza panggil mahal sebab GOLDEN tu pun dah menunjukkan 'mahal dan mewah' begitu. Entri sebelum ni Fiza dah kongsikan ID.AZ Derm Dermastic WATER, so entri ni Fiza nak kongsikan ID.AZ Derm Dermastic GOLDEN-FIT MASK pula. Premium sheet mask tapi yang golden ni super duper premium pada Fiza. Sangat berbeza daripada mask yang Fiza pernah cuba.


ID.AZ Derm Dermastic GOLDEN-FIT MASK @ ID.AZ Nutrition Facial Mask Facial Mask

Ianya sejenis hydro gel gold sheet mask yang mengandungi 99% emas sebenar yang memberikan nutrisi terbaik kepada kulit ibarat penjagaan kulit mewah. Bahan-bahan lain seperti madu, royal jelly, propolis, red ginseng, collagen, ceramide, aloe dan panthenol juga terkandung dalam golden-fit mask. Kalau nak tahu, golden fit-mask ni adalah rawatan yang paling popular di ID Dermatology. Kemewahan nutrisi golden fit-mask setanding dengan rawatan popular dermatologi.

Cara Pakai

1. Cuci muka dan pakai toner.
2. Koyakkan pek sheet mask dan tanggalkan plastik.
3. Pakai hydro gel golden mask pada mula dan adjust ikut kesesuaian muka.
4. Biarkan selama 10-20 minit, kemudian tanggalkan dan tepuk tepuk muka perlahan sehingga serum mask menyerap ke dalam kulit.

Kelebihan ID.AZ Derm Dermastic  GOLDEN FIT-MASK

Emas bukan je digunakan sebagai hiasan tapi emas semakin popular digunakan didalam bidang kecantikan. Rawatan emas memang agak mahal kosnya selari dengan namanya lah kan. Agak-agak kalau buat rawatan di spa entah berapa lah kosnya ya?. 

Tak payah susah-susah keluar, buat rawatan di rumah pun boleh dengan adanya golden fit-mask ni. Benda boleh buat kat rumah buat apa susah-susah keluar kan. Jimat duit, jimat tenaga dan jimat masa. Semestinya sangat selesa dan tenang berehat dirumah dengan memakai ID.AZ Derm Dermastic GOLDEN-FIT MASK ni.

  • Hydro Gel Gold Jenis Melekap. Selesa pakai!

First time Fiza cuba mask jenis hydro gel dan didatangkan dalam 2 bentuk saiz untuk bahagian atas dan bawah muka. Rasa macam lebih mudah pakai mask macam ni. Paling best mask ni jenis melekap pada muka dan rasa selesa tanpa risau tertanggal masa pakai tu. Cuma masa keluarkan tu kena berhati-hati pegang sebab dia lembut takut terkoyak. Bila dah pakai pada muka. wow! lembut dan best ya amat.


  • Kulit Lebih Cerah dan Berkilau

Dengan penggunaan emas sebagai bahan utamanya, ia dapat mencerahkan kulit muka dengan lebih berkesan. Bukan setakat cerah tapi cerah yang berkilau macam kilauan emas gitu. Sumpah! Suka rasa glowing kulit tu berbeza dengan sebelum pakai mask ni. Tengoklah naked face tu memang nampak segala cela kulit. Selepas tu barulah rasa berseri sikit.

  • Kulit lebih Tegang 

Penggunaan hydro gel golden ni lebih melekat pada kulit dan mampu menarik kulit menjadi lebih tegang sekaligus dapat kurangkan kesan garis halus. Almaklumlah, bila umur semakin meningkat garis halus garis kasar dah mula muncul dah. Stress betul! Mujur ada ID.AZ Derm DEmastic golden fit-mask ni, boleh juga kurangkan garis halus yang ada.


  • Bau Manis Madu

Disebabkan Fiza suka dengan madu. Suka letak madu dalam air masak dan suka cicah roti kosong dengan madu. So Fiza suka gila dengan bau mask ni. Rasa bau manis madu tu sangat best dan selesa untuk dihidu dalam masa 10-20 minit pakai mask ni.

Sesuai untuk...

ID.AZ Derm Dermastic  GOLDEN FIT-MASK untuk mereka yang memerlukan nutrisi untuk kulit yang bermasalah seperti kulit kering, kasar dan tona tak sekata. Dalam masa yang sama dapat mencerahkan dan menegangkan kulit muka. Rawatan skincare yang sangat istimewa acah-acah buat rawatan muka yang mewah dirumah je okay!

Harga dan Pembelian

RM19.90 | 23g
Boleh dapatkan di mana-mana cawangan Watsons yang terpilih atau beli secara online melalui link di bawah.


Hati-Hati Kongsi Gambar di Laman Sosial. Tak Pasal Gambar Digunakan Oleh Scammer.

$
0
0
Alkisahnya bermula hari rabu lepas, ada seseorang message (A bukan nama sebenar)Fiza kat facebook dengan gambar lesen Fiza yang telah dikaburkan muka dan maklumat lain kecuali nama. Seingat fiza gambar tu Fiza upload di instagram, facebook dan blog lepas renew lesen. Tak ingat tahun bila. No kad pengenalan dan beberapa maklumat penting memang Fiza dah kaburkan awal-awal. Cuma nama dan muka je Fiza tak kaburkan dan Fiza ada letak watermark. 

Sebab nama Fiza jelas tertera dalam gambar tu, so A bukan nama sebenar cari di facebook untuk kepastian dan tanya "pernah buat lesen terbang ke?" Gambar tu dia dapat melalui whatsapp dari perkhidmatan lesen yang menggunakan gambar lesen Fiza sebagai feedback/testimoni untuk bisnes mereka. Kira konon-konon legit lah macam tu.

Perghhh berderau jantung ni ha laju berdegup laju, adrenalin sampai ke tahap berapa pun tak tau. Rasa geram rasa marah rasa kesal dan semua rasa ada! Penat-penat dan susah payah ambil lesen dengan ujian semua bagai, dia boleh guna gambar lesen kita buat feedback untuk lesen terbang pulak. Ini tak boleh jadi ni. Tiba-tiba nak bertukar jadi singa.


Fiza blank kejap, tak tahu nak buat apa! Tak pasal je gambar lesen dibuat feedback untuk service lesen terbang mereka. Selepas bertenang dan kumpul maklumat penting, bincang dengan husband apa yang perlu dibuat. Disebabkan ianya berkaitan dengan data peribadi, jadi buat report dekat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) secara online.

Kena daftar dulu buat akaun dan baru buat report. Harap-harap kes ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Buat masa ni kena tunggu sebab report baru terima dan status masih dalam siasatan. Apa yang Fiza nak kongsi kat sini, kau orang kena hati-hati kalau share gambar di laman sosial ye. Details macam maklumat nombor kad pengenalan tu jangan sesekali dedahkan. Sedangkan gambar lesen Fiza yang dah kaburkan pun orang boleh guna untuk tujuan penipuan apatah lagi yang tak dikaburkan lansung.

Timbul rasa menyesal dan tak sangka jadi macam ni. Orang kalau nak buat jahat dia tak kira sapa dah kan. Terus Fiza delete gambar tu dan lepas ni tak akan upload dah gambar yang ada data peribadi. Fiza syak perkhidmatan lesen ni adalah scam sebab mana mungkin ambil lesen tanpa ujian. Merepek apa entah! Tunggulah pembalasannya nanti dan beringat sikit jangan sesuka hati guna data orang untuk menipu orang.

Mujur juga A bukan nama sebenar tu message Fiza dan beritahu. Kalau tak, sampai bila-bila dia guna untuk menipu. Gambar lain pun ada juga kan orang guna untuk buat jahat. Kita tak tahu dan tak menjangka akan berlaku. Cuma kena berhati-hati je lah sebab tu Fiza kurang upload gambar selfie melainkan gambar dengan produk untuk review. Dalam media sosial penuh dengan gambar produk, gambar permandangan dan gambar makanan je lah nampaknya.

Kadang ada juga gambar testimoni kita review produk, seller lain jual produk yang sama guna untuk testimoni dia pula. Yang tu memang tak patut lah. Apapun nak berniaga kenalah jujur dan tak menipu orang. Semoga kes ni selesai dengan cepat. Aaminn...

Tanam Semula Kangkung

$
0
0
Hari ni nampak cuaca macam panas sikit bila nak ke tengahari tu. Lately cuaca tak menentu kejap mendung nak hujan kejap mendung je tak hujan. Harini terasa bahang sikit dalam rumah. Mungkin sebab nak hujan kot. Kalau hujan lagilah best sejuk. Nak buat kerja pun lebih fokus dan selesa. Jimat elektrik juga tak payah buka air-cond. Bila cuaca panas ni turut bagi kesan yang buruk pada tumbuh-tumbuhan. 

Banyak hasil usaha tanaman tak menjadi bila tiba musim panas musim kemarau ni. Begitulah juga kalau Fiza tanam apa kat rumah dalam tanah (pasu) memang tak pernah nak hidup. Nak hidup pun ambil masa dan jenis pokok yang senang hidup je mampu bertahan sampai sekarang. Sebab tu lah Fiza sangat obses dengan tanaman kaedah hydroponik ni. Cara paling mudah dan mudah nak pantau.

Day #6 Kangkung

Kebetulan haritu beli kangkung segar. Pertama kali beli kangkung segar sebab beli waktu pagi. Biasa beli petang sikit dapat sayur yang tak berapa nak segar. Dah siap potong, tengok akar kangkung ni macam terfikir nak letak dalam air. Selang 2-3 hari pucuk baru dah mula tumbuh (gambar di atas hari ke-6). Excited tengok kangkung dah berpucuk baru. Setiap hari siram air dan ganti bila perlu. Check juga kalau ada nyamuk bertelur sebab bekas tak tutup. 

Saja suka-suka sebenarnya nak buat eksperimen pertumbuhan kangkung secara hydroponik ni walaupun bukan tanam daripada biji benih. Rasa seronok tengok pembesaran pokok macam tu. Ni nak tunggu besar boleh makan tak tahu lah macamana rupanya. Harap-harap hidup membesar sihat lah. Ada juga beberapa batang kangkung yang lecur dan mula mati. Kena pantau dan buang mana yang mati tu lah. 

Kalau rumah kat bandar ni jenis tanah luas memang Fiza bercucuk tanam je lah kerja nya. Tapi nak buat macamana jenis rumah kat bandar ni laman rumah pun dah tutup simen. Kena tanam dalam pasu je la kaedahnya. Takpun, cara macam ni je la letak dalam air. Mudah!


Skincare | ID.AZ Derm Dermastic BRIGHT-FIT MASK

$
0
0
Orang Malaysia memang obses nak memiliki kulit putih. Kulit putih melepak dah jadi trend di Malaysia ni dengan lambakan produk putih yang begitu banyak. Sebagai pengguna kena bijak memilih produk yang yang betul, selamat dan sesuai dengan kulit. Bagi kau orang yang nak memutihkan kulit muka dengan cara yang berkesan, boleh rawat kulit dengan pakai ID.AZ Derm Dermastic BRIGHT-FIT MASK.


ID.AZ Derm Dermastic BRIGHT-FIT MASK@ ID.AZ Brightening Facial Mask 

Premium sheet mask yang khusus untuk mencerahkan kulit muka dengan lebih berkesan dan cepat selepas pemakaian. Mengandungi pearl extract, ortulaca oleracea extract dan berry complex yang membantu mencerahkan tona kulit menjadi lebih cerah. Kulit jadi lebih cerah bukan hanya luaran tapi cerah dari dalam. Dalam masa yang sama, kulit jadi lebih segar dengan kesan pencerahan yang terbaik selepas mask ditanggalkan.

Cara Pakai

1. Cuci muka dan pakai toner.
2. Koyakkan pek sheet mask dan tanggalkan film liner.
3. Adjust sheet mask mengikut kesesuaian dan keselesaan bentuk muka.
4. Biarkan dalam masa 10 minit 20 minit. Jangan tunggu sampai kering sebab nanti serum tu akan menarik semula pada sheet mask.


5. Tanggalkan sheet mask dan tepuk tepuk perlahan untuk membolehkan lebihan serum menyerap ke dalam kulit muka sepenuhnya.

Hasilnya memang letop! Kulit muka rasa segar gila dan kulit pun cerah setona sekata dari tona asalnya. Paling best pakai yang bright ni dia tak melekit sebab texture serum tu lebih cair dan mudah menyerap. Super best lah! Boleh acah-acah feeling buat rawatan muka di spa tapi buat di rumah je.


Sheet mask ni boleh pakai bila-bila masa suka dan ikut kesesuaian. Kalau kulit kau orang sunburn, ID.AZ Derm Dermastic BRIGHT-FIT MASK sesuai untuk merawat kulit muka dan mencerahkan kulit kau orang tu. Selain tu, jenis kulit kusam atau pucat boleh juga gunakan bright sheet mask ni untuk nampak lebih cerah, sihat dan lebih segar.

Serum yang terkandung dalam bright sheet mask ni dia lain sikit. Warna putih cair seperti putih susu adalah ekstrak mutiara yang berfungsi untuk mencerahkan kulit. Tak sama macam serum yang pernah Fiza pakai sebelum ni. Kalau perasan, sheet mask ni macam oversaiz. Bolehlah Jadi, dia akan cerah sekata satu muka penuh macam tu.


ID.AZ Derm Dermastic BRIGHT-FIT MASK sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk kulit kering, Fiza dah cuba ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK dan nak kulit muka glowing dan lebih tegang, Fiza gunakan ID.AZ Derm Dermastic GOLDEN-FIT MASK. Cukup 3 variasi ID.AZ Derm Fit Mask yang Fiza dah cuba. Semua suka!

Harga dan Pembelian

RM12.90 | 23g
Boleh dapatkan di mana-mana cawangan Watsons yang terpilih atau beli secara online melalui website atau media sosial di bawah.


Viewing all 8009 articles
Browse latest View live