Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8009 articles
Browse latest View live

Kenapa Pokok Lidah Mertua Tiba-Tiba Viral. Dulu Tak Pandang Pun!

$
0
0
Dah kenapa semua orang dok update pokok lidah mertua ni? Pokok lidah mertua tiba tiba viral di media sosial akhir-akhir ni. Puncanya? Tak diketahui. Mungkin sebab pengaruh rakan sebaya viral ni yang katanya pokok indoor/pokok dalam rumah macam pokok lidah mertua ni boleh kurangkan habuk dalam rumah. Betul ke tidak? 


Pokok Lidah Mertua Kurangkan Habuk Dalam Rumah

Apa yang Fiza tahu, pokok lidah mertua ni mampu menyingkirkan toksin dan membersihkan udara yang tercemar. Duduk dibandar ni udara sentiasa tercemar. lagi-lagi udara dalam rumah yang terperap jika tiada pengaliran udara yang baik. 

Kalau susah nak faham ayat-ayat tu, senang cakap pokok lidah mertua ni untuk membersihkan udara dengan lebih baik dan pembekal oksigen yang bagus lah. Fakta ni pun telah di iktiraf oleh NASA. Haa jangan main-main dengan kebaikan indoor plant ni.

Fiza pun lama tak update tentang pokok lidah mertua Fiza ni yang dah lama Fiza tanam dan propagate sejak beberapa bulan lepas. Bila dah viral ni katanya pokok lidah mertua ni terlajak laris sampai sold out di nursery. 

Harga pokok lidah mertua mungkin lebih mahal disebabkan pengaruh viral ni. Siapa dah terjebak sila mengaku. Fiza lama dah terjebak dengan houseplant ni. So nak update sikitlah pokok-pokok lidah mertua yang semakin banyak.

Kenali Pokok Lidah Mertua

Selain popular dengan nama pokok lidah mertua. Pokok lidah mertua terkenal dengan nama pokok lidah jin, kaktus lidah jin, pokok lidah ular dan pokok lidah tiong. Pokok lidah mertua dalam english pula di panggil dengan nama mother in law tongue, snake plant dan lebih popular dengan nama sansevieria. 

Sedap sikit nama sansevieria tu daripada pokok lidah mertua, lidah ular dan lain-lain nama tu. Seram dengar!


Kenapa lidah mertua? Mungkin kata-kata/teguran mak mertua pada menantu tu ibarat setajam lidah. Berbisa macam ular. Sebab tu juga dipanggil lidah ular. Macam tu lah kot cerita nya. Tak pasti lah sejarah pokok ni.

Nama pokok lidah jin tu mungkin bentuk dia panjang macam lidah jin. Tapi pernah ke tengok lidah jin?. Kalau google macam tu lah kot rupa panjang macam lidah jin. Tapi in real tak tahu lah kan.


Dulu Tak Pandang Pun! Sekarang Tercari-Cari Pokok Lidah Mertua

Dulu kemain masing-masing tak pandang pun pokok lidah mertua ni. Kat kampung tu hidup terbiar orang tak ambil kisah pun. Fiza pun sama camtu! Tak pandang pun pokok-pokok mak tanam. Tapi bila dah terjebak dengan houseplant. Payah nak stop. Hahaha..gelak jahat ni tau sebab diri sendiri dah terkena. 

Pembiakan pokok lidah jin sangatlah mudah. Tak yah sembang kalau kata tangan panas lah tak boleh tanam pokok nanti tak menjadi lah. Sila move on sebab pokok lidah mertua ni " Hard to Kill" you know? Agak-agak tak pandai nak tanam dalam tanah, buat cara Fiza letak dalam air. Nak letak dalam air tu kena potong serong okay.

Cara Mudah Tanam Pokok Lidah Mertua

1. Potong serong daun lidah mertua
2. Letak dalam air sampai berakar
3. Tanam dalam pasu dan letak tanah


Baca juga : Cara tanam pokok lidah mertua dalam air

Fiza potong dari pokok mak kat kampung je. Setiap kali balik mesti ambil sampailah dah banyak kat rumah ni. Suka letak pokok dalam bilik tidur dan letak pada bahagian workspace. Rasa seronok buat kerja sambil tengok pokok-pokok hijau ni. Tapi pokok lidah mertua letak kat ruang makan je. Kat workspace ni letak pokok golden pothos dan monstera je.


Bila rendam dalam air, dia akan mula berakar dalam masa 2 minggu lebih atau dalam tempoh sebulan macam tu. Fiza letak dalam balang kaca di tempat yang ada cahaya matahari yang cukup. Nak akar lagi banyak, biarkan lagi lama dalam air tu.

Selepas 1-2 bulan letak dalam pasu bertanah, baru lah anak-anak tumbuh membesar. Yang ni Fiza letak luar kat ruang car porch. Kurang cahaya sikit  tapi kira cukup cahaya jugalah ni. Siram 2-3 kali seminggu. Tak susah pun nak jaga. Yang penting, air dan cahaya cukup.


Cadang nak letak pasu ni dekat luar pagar rumah. Tapi letak dulu dalam pagar rumah dalam proses nak membesar tu. Fiza campur pelbagai jenis pokok lidah mertua. Bila dah membesar mesti nampak cantik kan. 


Bila tak ada pasu, gabungkan je semuanya dalam satu pasu. Pun cantik juga! Tapi kena bersabarlah nak menunggu membesar ni. Nak pokok cepat besar tumbuh, letaklah baja. Macam kita lah manusia, kena makan baru lah membesar dengan sihat. Begitu jugalah dengan tumbuhan perlukan baja sebagai makanan.


Tak tahu nak ambil kat mana, beli je. Boleh je beli kat nursery. Harga dia mungkin lebih kurang RM8 dan ke atas bergantung kepada saiz pokok. Kalau di IKEA, saiz kecik RM11.90 dan besar RM29.90. Pilih je ikut bajet kau orang tu. 


Cantiknya Daun Spathiphyllum Sensation Variegated

$
0
0
Pantang nampak pokok cantik. Mesti terpengaruh nak ada juga satu. Sejak terjebak dalam dunia houseplant ni selagi ada ruang selagi tu dia nak menambah pokok. Tapi tambah pokok-pokok comel je. Pokok-pokok besar memang taklah nak tambah. Mana nak letak nanti oiii.

Lagi satu, pilih pokok yang bermanfaat bukan sekadar untuk hiasan. Barulah ada alasan nak membeli tu kan. Alasan sangat! Berkenan sangat dengan daun pokok lebar panjang dan bercorak belang warna hijau dan kuning ni. Ohh namanya Spathiphyllum Sensation Variegated.

Tahu pun sebab ada nama tu kat resit.  Kalau tak tahu pun Fiza memang sejenis gigih mencari sampai jumap nama dia. Baru lah best nak share kan. Pokok hiasan kalau nama dia ada perkataan variegated tu mesti daun pokok dia. Macam pokok monstera variegated tu harga dia ratusan okay. Mampu tengok je lah.

Satu pokok ni ada pelbagai jenis corak. Cantik ke tidak?

Variegated tu maksudnya berbeza warna pada corak tompokan ataupun pattern corak yang pelbagai. Biasanya warna dia akan ada warna hijau daun, warna kuning dan warna putih. Cantik! Itulah setiap kali cakap bila tengok daun pokok ni tau! 

Variasi warna pada daun akan wujud disebabkan kekurangan klorofil pigmen hijau di beberapa bahagian dalam sel tumbuhan. Ada juga terjadi disebabkan jangkitan virus yang membuatkan urat atau daun berubah warna. 


Kekurangan ni jarang sangat berlaku. Jenis spesis variegated/variegata ni sangat rare. Walaupun kekurangan klorofil (zat hijau) tu tapiiiii bila dia jadi rare dan cantik kelihatan, harga dia pun bukan biasa-biasa. 

Yang monstera variegata tu memang mahal tapi Spathiphyllum Sensation Variegated masih mampu milik lagi lah.

Spathiphyllum Sensation Variegated

Tak pastilah apa nama melayu pokok Spathiphyllum Sensation Variegated/Variegata ni. Tapi dia dari spesis peace lily yang sesuai untuk indoor. Dari hasil carian google, Fiza jumpa nama dia Peace Lily Batik. Betul ke tidak tak tahu lah.

Dipanggil juga dengan nama Spathiphyllum Jessica. Fungsinya masih sama untuk membekalkan oksigen seperti tumbuhan yang lain dan membersihkan udara juga.

Tapi Fiza letak luar rumah di ruang car porch sebab indoor untuk tumbuhan mini je. Nak letak yang besar sikit pun tak tahu nak ditempatkan kat mana sebab ruang dalam rumah mostly kurang cahaya masuk. So terpaksa letak luar juga. Hiduplah diluar baik-baik ye wahai pokok cantik.

Spathiphyllum Sensation Variegated Care

Lega bila tahu pokok Spathiphyllum Sensation Variegated mudah dijaga. Siram 3-4 hari sekali bila permukaan tanah dalam pasu kering. Memang pilih pokok yang senang jaga dan kurang cahaya sebab nak disesuaikan dengan keadaan kat rumah ni.

Cara Pembiakan Spathiphyllum Sensation Variegated

Selain mudah dijaga, mudah juga nak dibiakkan dengan cara pisahkan rumpun pokok dengan akarnya sekali dan tanam dalam di dalam pasu lain.

Corak Berbeza Setiap Daun

Ya. Setiap daun tu corak dia berbeza tapi ada yang lebih kurang dari segi tona warna dia. Itu yang membuatkan pokok ni sangat unik dan rare. Yang tak suka pokok mungkin akan anggap biasa je. Tapi untuk pencinta houseplant ni, of course lah suka. Kan kan?

Antara pattern yang Fiza suka dalam sepokok Spathiphyllum Sensation Variegated ni. Cantik tak? Sila cakap cantik.

Pattern 1

Pattern 2

Pattern 3

Semua pattern pun cantik sebenarnya. Tapi 3 ni antara favourite yang Fiza rasa macam over cantik. Kalau snap guna DSLR mesti cantik kalau snap daun macam ni kan. Snap guna handphone, macam ni je lah hasil gambarnya. Kena ada handphone pro baru cantik gambarnya.

Anyway, Spathiphyllum Picasso pun cantik juga daun dia macam corak marble. Mujur tak jumpa, kalau jumpa memang hangkut sekali. Harap-harap berjodoh lah jumpa nanti. Pokok Spathiphyllum Sensation Variegated ni Fiza beli saiz besar juga ni. Tak tahu lah kot ada yang saiz besar lagi.

Harga Pokok Spathiphyllum Sensation Variegated

Yang ni Fiza beli sepasu RM18 dekat Seremban Landscape and Nursery. Musim PKP ni tak pastilah ada delivery ke tidak. Boleh tengok facebook seremban landscape and nursery. Yang berdekatan kalau nak pergi waze je.

Suka pergi nursery ni sebab banyak pilihan, owner kedai yang friendly, pekerja yang sangat mesra pelanggan. Good products and good services all the time. Tak cari nursery lain dah sebab sini je yang murah dan banyak pilihan.

Setiap kali pergi mesti ramai orang. Tapi macam biasalah kena ikut SOP sebelum masuk kena scan suhu, sanitize tangan dan tak boleh masuk ramai-ramai. Social distancing tetap kena jaga ye.

Balik rumah terus transfer dalam pasu besar. Excited betul nak tengok pokok membesar dengan jayanya. Nak tengok lagi daun-daun yang cantik tumbuh.


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Mulai 10 Jun

$
0
0
Ramai yang ternanti-nantikan pengumuman khas Perdana Menteri hari ni berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dilanjutkan atau tidak? Setelah mendengar pengumuman khas ni rasa nak nangis pun ada bila dapat tahu dah boleh rentas negeri. 

PKPB jadi PKPP (Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Kecuali PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Jangan ingkar perintah kawalan ok.

Credit : google

Perkara pertama yang semua orang fikir adalah nak balik kampung. Ye, betul! Itulah yang ada dalam fikiran sekarang tak ada benda lain dah. Lagipun masih lagi dalam mood raya walaupun dah pertengah Syawal. Janji dapat balik kampung beraya dengan keluarga di kampung.

Terbayangkan keseronokan dah! Rasa tak sabar nak tunggu 10hb tu. Sabar-sabar. Tapi itulah terfikir juga bila segerombolan kereta dan umat manusia balik kampung, memang akan jammed lah kan. Lautan jammed sanggup ku redahi. Cewahhh. kemain lagi.

Ingat kawan-kawan, SOP kena patuhi juga. Fiza plan nak balik hari jumaat lah. Risau juga kalau ramai yang keluar sekali satu hari tu kan. Tak boleh seronok sangat. Masih risau dan perlu fikirkan social distancing juga. Bukan mudah nak lalui kehidupan baru new normal ni. Kita pelan-pelan kayuh dan hadam kehidupan baru kita ni okay.


Antara pengumuman yang dibuat adalah seperti di bawah. Baca dan faham betul-betul.


TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA

PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
7 JUN 2020 (AHAD)

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Apa khabar semua? Saya doakan semoga saudara dan saudari sihat walafiat.

1. Pada Petang Jumaat yang lalu saya telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA dengan 40 inisiatif bernilai RM35 billion untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Pada petang ini pula saya akan mengumumkan beberapa langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memasuki fasa pemulihan COVID-19. Fasa pemulihan ini adalah sebahagian daripada exit strategy atau strategi keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020 diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sejak 4 Mei 2020.

2. Alhamdulillah, sejak PKP dan PKPB dilaksanakan kadar jangkitan COVID-19 di negara kita menunjukkan trend yang semakin menurun. Satistik Kementerian Kesihatan memperlihatkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan semakin rendah dan terkawal. Kebanyakan kes yang dicatatkan sejak kebelakangan ini adalah kes import dan kes-kes yang melibatkan pendatang asing tanpa izin di depot-depot tahanan imigresen. Kita bersyukur kerana tindakan pantas para petugas barisan hadapan telah berjaya membendung penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan di depot imigeren dan keadaan pada masa ini adalah terkawal. Pada masa yang sama, kapasiti perubatan dan kesihatan awam negara kita juga berada pada tahap yang lebih baik dan meyakinkan. Ini menunjukkan Malaysia telah berjaya membendung penularan COVID-19 dengan berkesan dan kini sedang memasuki fasa pemulihan.

3. Saya nak mengucapkan syabas kepada para petugas barisan hadapan dan anda semua yang telah menyumbang kepada kejayaan kita membendung wabak COVID-19. Kejayaan ini adalah kejayaan anda semua. Anda telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan sepanjang PKP dan PKPB dilaksanakan.

4. Oleh itu, pada petang ini saya nak mengumumkan satu berita yang agak melegakan kepada anda semua. PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada saudara-saudari untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

5. Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung. Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.

6. Dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP. Sepertimana yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan, perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan.

7. Selain itu, aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

8. Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan. Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.

9. Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana. Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup.

10. Dalam kategori perayaan dan aktiviti keagamaan, saya nak sampaikan berita baik. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam. Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

11. Bagi ibu-bapa yang ada anak yang bersekolah, pastinya saudara-saudari tertanya-tanya bila sekolah akan dibuka. Untuk makluman saudara-saudari, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

12. Dalam tempoh pemulihan menuju normalisasi ini, beberapa aktiviti dan sektor di dalam senarai negatif semasa PKPB akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan SOP yang ditetapkan. Umpamanya, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan. Penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka di tempat awam dan membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer merupakan kebiasaan baharu yang mesti diamalkan.

13. Walaupun saya telah mengumumkan banyak kelonggaran, ini tidak bermakna tiada lagi apa-apa sekatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19. Beberapa aktiviti atau sektor masih dillarang. Ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.

14. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai aktiviti atau sektor yang dibenarakan dan yang tidak dibenarkan, saudara-saudari bolehlah layari laman web Majlis Keselamatan Negara.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

15. Kerajaan akan melaksanakan PKPP dengan berteraskan 7 Strategi iaitu:
• Pengukuhan Kesihatan Awam;
• Perundangan dan Penguatkuasaan;
• Pengukuhan Kawalan Sempadan;
• Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi;
• Pembudayaan Kebiasaan Baharu;
• Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti; dan
• Perlindungan Golongan Berisiko.

16. Strategi ini akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPP yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan. Manakala di peringkat kerajaan negeri pula, strategi ini akan dilaksanakan melalui jawatankuasa yang diwujudkan oleh YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri. Pelaksanaan strategi ini pastinya memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk jentera kerajaan pusat dan negeri, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta pemimpin dan ketua komuniti.

17. Sejak PKP dilaksanakan hampir 3 bulan yang lalu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi dan langkah yang wajar dalam menangani dan membendung wabak COVID-19. Banyak kawalan dan sekatan yang dikenakan ke atas saudara dan saudari sekalian. Itu tak boleh, ini tak boleh dan sebagainya. Namun, saya sedar kerajaan tidak boleh mengawal kehidupan saudara-saudari buat selama-lamanya untuk menghindari jangkitan wabak ini. Saya tahu saudara-saudari juga mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Saudara-saudari ingin keluar bekerja, berniaga, beriadah, melancong bersama keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti lain dalam kehidupan seharian.

18. Jadi, kini tibalah masanya kerajaan memberikan lebih banyak kelonggaran kepada saudara-saudari dengan syarat saudara-saudari sendiri mengambil tanggungjawab secara serius untuk mengamalkan kebiasaan baharu kehidupan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bermakna, tanggungjawab untuk memastikan wabak COVID-19 kekal terkawal berada di tangan saudara dan saudari sekalian. Saya juga ingin menekankan kepentingan peranan pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung, ketua komuniti dan pemimpin NGO dalam membendung penularan wabak ini dengan memastikan semua anggota masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Tidak kurang pentingnya ialah peranan majikan. Para majikan juga mestilah memastikan semua pekerja mematuhi SOP di tempat kerja.

19. Jika saudara dan saudari semua terus berdisiplin dan beristiqamah, saya percaya insyaAllah penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui. Namun, saya ingin mengingatkan sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan atau lokaliti yang berkenaan. Saya harap kita semua sentiasa berdisiplin supaya peningkatan kes COVID 19 dapat kita elakkan.

20. Sehubungan dengan pelaksanaan PKPP ini, saya menyeru saudara dan saudari semua untuk menggunapakai aplikasi MySejahtera yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk membolehkan saudara-saudari melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Aplikasi ini juga akan membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.

21. Apa yang penting ialah kita semua mestilah bersedia untuk membudayakan kebiasaan baharu dalam kehidupan kita. Ya adakalanya kita merasakan sedikit sukar untuk mengamalkannya tetapi percayalah setiap kesukaran itu akan disusuli dengan kesenangan. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Syarhu ayat 4 dan 5:

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا . إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا

Yang bermaksud:
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sekali lagi ditegaskan, bahawa sesungguhnya tiap- tiap kesukaran disertai kemudahan.

22. Akhirnya, saya berdoa semoga kesihatan dan kesejahteraan kita sentiasa terpelihara dan kita semua dapat menjalani kehidupan yang bahagia bersama keluarga dan orang-orang yang tersayang.

Wabillahi al-taufil walhidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Dari teks ucapan Perdana Menteri, banyak kelonggaran telah diberikan. Harap kita semua patuhi SOP untuk terus kekal selamat dan putuskan terus rantaian pandemik Covid 19. #kitajagakita


Calathea Medallion Daun Bercorak Bulu Merak

$
0
0
Morning! Pagi-pagi mata segar dan rasa happy dapat tengok keindahan pokok-pokok hijau yang ada. Sekarang Fiza dah tahu dah apa nak dijadikan modal untuk dikongsikan dalam blog ni. Sejak musim pokok viral, dah ramai yang mula berjinak-jinak dalam dunia houseplant. Ada yang dah terjebak ke tu?

Mungkin ramai yang terjebak sejak pokok viral muncul ke camna tu? Mula-mula nak beli snake plant je kan. Lepas tu dah pergi nursery nampak pokok tu lawa, pokok ni lawa terus jadi koleksi pokok kat rumah. Betul tak? Itu belum lagi pengaruh rakan sebaya lagi tu. Habislahh rabak poket membeli bunga je kerjanya.

Awas kau orang. Beli mana yang rasa perlu je. Eleh, cakap orang kan. Cakap untuk diri sendiri ke tu Puan Fiza? Okay lah insaf kejap. Cukup dah lah membeli setakat ni. Nanti Fiza akan kongsikan pokok-pokok baru Fiza okay. Kalau kau orang pencinta pepokok sila hari-hari datang sini. Minggu ni cerita pokok je tau!

Kalau jemu, datang minggu depan mungkin ada topik baru. Takut yang tak suka bosan pulak nak baca cerita pokok ni. Kira bagus jugalah kan menanam pokok di rumah. Boleh jadi hobi baru rakyat Malaysia sejak musim PKP ni. Bermanfaat jugalah masa yang ada duduk di rumah tu.

Calathea Medallion

Memperkenal pokok Calathea Medallion. Pokok Calathea tak pernah tak cantik. Fiza suka dengan semua jenis pokok Calathea. Calathea ni jenis daun lebar betul dan ada pelbagai corak yang cantik. Salah satu pokok Calathea yang telah mencuri pandangan mata Fiza ialah Calathea Medallion ni.

Daunnya lebar dan bercorak seperti bulu merak (peacock) atau bentuk api dengan warna yang berbeza. Bawah daun dia unik sikit warna bergundy wine yang cantik. Kalau Calathea Luthea jenis rimbun tinggi tapi Calathea Medallion ni jenis renek sikit lah. Tak tinggi sangat pun. Tapi corak dia menarik perhatian betul lah. Ishhh..nyesal kalau tak beli ni.


Indoor Low Light Plant

Pokok Calathea ni memang sesuai dijadikan hiasan sebab corak daun yang menarik dan unik. Sejenis tumbuhan yang memerlukan pencahayaan yang sedikit (low light). Sesuailah dengan rumah jenis kurang masuk cahaya atau jadikan pokok hiasan dalam rumah (indoor plant).

Tak tahu nak pilih pokok apa untuk dijadikan hiasan dalam rumah? Fiza recommend lah beli pokok Calathea Medallion ni sebab dia menarik dan saiz dia tak besar sangat. Sila masukkan dalam list siap-siap ye.

Ada lagi satu jenis Calathea yang sama corak daun dia. Corak bulu merak juga cuma warna pada permukaan daun dia warna burgundy wine atas dan bawah. Nama dia Calathea Roseopicta. Cantik! Yang itu Fiza tak belilah. Tunggu ada bajet baru beli yang satu lagi tu. Tak ada bajet sila duduk diam-diam dulu.


Calathea Medallion Care

Pada Fiza, kalau pokok jenis low light ni sejenis pokok yang mudah nak dijaga. Macam biasa siram 3-4 kali seminggu. Tapi apa yang Fiza baca, Calathea Medallion ni kena siram secara kerap. Mungkin kalau cuaca panas baru siram secara kerap kot kan. Kalau cuaca biasa tu 2 hari sekali pun kira okay dah.

Selain air, cahaya pun kena cukup. Cahaya tu makanan tumbuh-tumbuhan. Tak makan, tak hidup lah dia. Letakkan dekat ruang yang ada cahaya yang banyak sikit kalau letak dalam rumah. Kalau letak luar, letak tempat teduh sikit lah.

Harga Pokok Calathea Medallion

Harga pokok ni Fiza beli RM15 sepasu saiz sederhana. Mungkin saiz standard kot sebab nampak macam tak ada pilihan saiz yang lain. Beli dekat favourite Nursery lah of course, Seremban Landscape & Nursery.

Kalau dekat, pergi cepat sebab banyak pokok baru sampai. Kelabu mata betul nak pilih pokok kalau banyak sangat pilihan. Kalau jauh, pergi je nursery mana yang dekat. Tapi harga berbeza setiap kedai. Ada murah ada mahal.

Malas nak keluar, order je dekat shopee. Boleh survey harga sekali ikut bajet kau orang.


Starbucks New Refreshing Summer Menu Including Sweet Corn Frappuccino and More

$
0
0
Starbucks New Refreshing Summer Menu | Starbucks telah memperkenalkan menu musim panas yang menyegarkan termasuklah Sweet Corn Frapuccino dan banyak lagi. Kesemua Starbucks new drinks Malaysia ni telah diperkenalkan pada bulan April yang lepas.

Bagi penggemar tegar kopi mahal jenama Starbucks sudah pastinya tidak lepaskan peluang mencuba menu Starbucks Malaysia 2020 yang dikeluarkan sempena musim panas ini. Ada yang dah cuba? Jika kau orang bukan penggemar kopi, patut cuba menu Starbucks yang baru ni sebab semuanya tidak berasaskan kopi pun. 

Starbucks New Refreshing Summer Menu

Frapuccino dan Starbucks berpisah tiada itulah trademark Starbucks. Untuk Starbucks Malaysia Frapuccino menu sempena musim panas ni ada 3 jenis minuman yang menyegarkan dan melegakan tekak. 

Musim panas tu merujuk kepada cuaca panas ye sebab Malaysia ni bukan negara bermusim. Faham-fahamlah kan cuaca panas di Malaysia ni macamana. Lain macam panasnya. Dapat minuman sejuk yang Starbucks Malaysia keluarkan ni memang sejuk tekak.

1. Caramel Sweet Corn Frappuccino



Caramel Sweet Corn Frappuccino di inspirasikan daripada air jagung Bazaar Ramadhan. Bulan April yang lepas kita masih dalam bulan Ramadhan kan. Jadi, Starbucks mencipta air jagung mengikut versi Starbucks dengan menggabungkan buttered sweet corn, a swirl of green tea whipped cream dan tak lupa sos caramel manis. 

Menarik betul gabungan semua tu menghasilkan air jagung premium. Siapa suka air jagung tu rugilah kalau tak cuba Air jagung Starbucks ni. Terasa bangsawan pula minum air Caramel Sweet Corn Frappuccino ni kan. Tak suka frapuccino? Boleh je order yang blended.

Harga bermula dari RM18

2. Oolong Jelly Matcha Royale



Jika kau orang peminat teh, boleh cuba Oolong Jelly Matcha Royale yang berasaskan matcha latte bersama dengan Oolong jelly. Oolong tu sejenis chinese tea dan jelly tu adalah cincau. Pernah nampak air matcha (green tea) campur cincau (jelly)? Tak pernah kan? 

Peminat matcha, jangan lepaskan peluang cuba rasa Oolong Jelly Matcha Royale yang serba mewah ni. Rasa kecur pula tengok Oolong Jelly Matcha Royale ni sebab Fiza peminat matcha. Teringin nak cuba.

Grande saiz dengan harga RM19.10

3.  Tropical Triple Citrus

Bila musim panas, dapat air buah-buahan pasti menyejukkan tekak. Untuk kau orang yang suka air buah-buahan tu silalah cuba Tropical Triple Citrus. Tropical Triple Citrus menggabungkan 3 jenis orange juices iaitu orange, lemon and grapefruit. Dicampurkan bersama  Teavana Emperor Cloud dan Mist Green Tea. 

Tak lupa juga didatangkan sekali dengan hirisan buah orange, lemon dan grapefruit. Minuman gabungan 3 buah orange ni rasanya sesuai untuk kau orang yang suka jus buah-buahan yang masam-masam. Menulis sambil tengok gambar air ni pun dah buat rasa kecur air liur. 

Grande saiz dengan harga RM19.10

Ice Pop Cold Cups Series


Ohh ya, untuk kau orang yang suka kumpul barangan ekslusif Starbucks. Starbucks Malaysia ada keluarkan juga koleksi barangan ekslusif terbaru yang di inspirasikan sempena musim panas. Ada cold cup, botol air dan juga mug. Kesemua koleksi ekslusif ni menampilkan warna warna yang ceria dan bermotifkan corak musim panas.

Starbucks Kati Kati Blend

Berita baik untuk penggemar kopi Starbucks dimana Starbucks Malaysia telah membawa semula  Kati Kati Blend Coffee (Starbucks Whole Bean Coffee). Kegemaran semua penggemar kopi di musim panas. Rasa-rasa nak minum kopi Starbucks selalu, belilah kati-kati blend ni.


Kati Kati Blend ni di hasilkan daripada biji kopi yang terpilih dan terbaik di East Africa. Kopi panggang yang diadun dengan sempurna dibungkus dengan citrus dan aroma rempah

Order Online Dengan Food Delivery FoodPanda

Best-best Starbucks menu keluarkan ni. Kau orang boleh dapatkan kesemua minuman musim panas ni di mana-mana cawangan Starbucks seluruh Malaysia selagi Starbucks Malaysia promotion still ON. Rasa macam nak rasa semua je. 

Agak-agak macam teringin dan macam malas nak keluar rumah, boleh je order online dengan menggunakan servis food delivery dari FoodPanda. 

Tak payah susah-susah nak keluar beratur dan tak perlu nak gelabah tak tahu nak order Starbucks macamana. Almaklumlah susah juga nak order menu Starbucks di kaunter tu kalau tak biasa. Lainlah kalau kau orang yang dah biasa. 

Macam biasa, bila Starbucks Malaysia memperkenalkan rangkaian minuman terbaru mengikut musim ni dia akan dikeluarkan dalam tempoh terhad. Lambat memang tak dapat lah. Mana satu pilihan kau orang? Kalau tanya Fiza, Fiza pilih semua!



Pokok Scindapsus Pictus Spesis Sirih Gading Yang Cantik

$
0
0
Pokok sirih gading antara pokok favourite Fiza jugalah sebab cara penjagaan sirih gading dan cara tanam pokok sirih mudah. Itulah pokok pertama yang buatkan Fiza terjebak nak menanam. Kalau tidak, memang lansung tak berminat nak menambah houseplant. 

Dulu tak faham kenapa mak asyik beli pokok je. Penuh kawasan rumah dengan pokok sampai boleh nursery bunga dah. Asal ada orang datang mesti belek pokok mak minta benih pokok. Sekarang baru lah faham kenapa. Tanam pokok ni terapi diri dan berbakti kepada tanah juga. Tapi seronoklah ada kawasan luas macam kat kampung kan.

By the way, dari pengalaman Fiza tanam pokok sirih gading ni semuanya hidup sihat dan dah berpasu-pasu dah Fiza propagate. Sejak kenal dengan sirih gading lah baru lah Fiza rasa macam hebat pulak menanam pokok ni. Padahal dulu selalu set dalam kepala ni tak boleh tanam pokok sebab tangan panas. Istilah yang orang selalu sebut kalau tak pandai tanam bunga.

Tapi sebenarnya semua orang boleh tanam bunga. Kan? Cuma kena ambil tahu dulu jenis pokok dan cara penjagaan dia. Paling penting pokok tu boleh disesuaikan dengan cuaca dan persekitaran rumah kita. Contoh macam kalau beli bunga kat Cameron Highland tu.

Mostly bunga dari sana dah biasa hidup sejuk tapi bila kita bawa balik. Tak pernah nak hidup elok kecuali bunga kaktus sebab pokok kaktus ni jenis 'hard to kill' juga macam snake plant juga. 

Scindapsus Pictus/ Scindapsus Pictus Argyraeus/ Scindapsus Pictus Silver Satin

Terberkenan dengan pokok hiasan seperti daun keladi yang bertompok-tompok warna perak (silver) ni. Bila tengok terasa macam memanggil manggil je suruh di beli. Scindapsus pictus ni daun dia macam tebal sikit daripada golden pothos tu. 


Selain tompok-tompok tahi unta tu, daun dia kalau dilihat secara dekat nampak macam berkilat kilat dan macam baldu. Sangat cantik untuk ditatap. Dari jauh nampak cantik, kalau dekat apatah lagi.



Cara Tanam 

cara tanam pokok sirih gading ni mudah je. Potong batang yang dah berakar sikit tu dan letak je dalam air. Lama lama nanti dia akan berakar panjang dan tumbuh tunas daun baru. Boleh dijadikan sebagai dish garden. Nak cantik lagi letakkan batu batu atau crystal gel. Boleh klik label tanaman kalau nak tahu banyak lagi tentang tanaman yang Fiza kongsikan.

Pokok jenis macam ni dia akan menjalar dan cantik untuk hiasan dalam atau luar rumah. Kalau letak luar rumah kenalah tanam dalam pasu yang bertanah. Sama juga caranya pembiakkan melalui keratan batang.

Cara Penjagaan

Kalau letak dalam balang air, hanya pastikan air sentiasa ada dan secukupnya. Kalau diletakkan di luar, letakkan di tempat yang redup. Jangan letak direct bawah matahari takut daun dia melecur disebabkan panas. Nak daun dia rimbun cepat, letakkan baja.

Kebaikan tanam pokok ni sama macam Kebaikan pokok snake plant juga yang membuatkan pokok snake plant semakin popular sekarang ni kan.

Ehhh lupa pulak. Harga pokok scindapsus ni RM12 kalau tak silap di Seremban Lanscape and Nursery. 

Lathi Challenge

$
0
0
Sebelum ni pernah tengok Music Video Lagu Lathi di youtube. Nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira. Tapi tengok sekejap je sebab tak rasa macam nak terus tengok sampai habis. Jadi, tak tahu lah lagu penuh Lathi ni macamana ceritanya. Tiba-tiba pulak Lathi Challenge ni viral.

Agak panas dan kontroversi juga Lathi Challenge. Tertanya-tanya jugalah kenapa viral pulak? Ada perasan jugalah kalau view explore instagram ada beberapa post Lathi Challenge yang asalnya popular dari aplikasi tik tok.

Ye, yang tak bertiktok macam Fiza ni memang lambat tahu menahu. Don't care lah lambat ke cepat ke. Barulah tahu rupanya ada kisah disebalik lagu Lathi ni. Then, baru faham kenapa Lathi Challenge ni Viral.

Disebalik Lagu Lathi

Lathi tu daripada bahasa Jawa Kuno yang bermaksud Lidah. Lagu Lathi adalah single pertama dari kumpulan muzik genre EDM, Weird Genius (2 orang youtuber dan seorang DJ) berkolaborasi dengan rapper dari Surabaya iaitu Sara Fajira. Keduanya adalah dari Indonesia.

Lagu Lathi menggabungkan elemen muzik elektronik dengan muzik tradisional budaya jawa. Pada awal lagu ni dia macam lagu biasa je dengan bahasa inggeris. Tapiiiii.. lepas masuk je rentak gamelan dan bahasa jawa yang satu apa pun tak faham dia bertukar macam pelik sikit dengan unsur-unsur mistik dan sedikit seram.

Credit : mojok

Katanya lagi, lagu ni diinspirasikan daripada pengalaman mereka yang terjebak dengan perhubungan cinta toksik yang penuh dengan penipuan dan juga ego. Macam kisah isteri yang terseksa disebabkan penipuan suami dia. Lepas tu dia balas dendam ke macamana entah.

Lirik lagu Lathi 


I was born a fool
Broken all the rules
Seeing all null
Denying all of the truth

Everything has changed
It all happened for a reason
Down from the first stage
It isn’t something we fought for

Never wanted this kind of pain
Turned myself so cold and heartless
But one thing you should know

'Kowe ra iso mlayu saka kesalahan
Ajining diri ana ing lathi'

Pushing through the countless pain
And all I know that this love’s a bless and curse

Everything has changed
It all happened for a reason
Down from the first stage
It isn’t something we fought for

Never wanted this kind of pain
Turned myself so cold and heartless
But one thing you should know

Terjemahan:

Aku dilahirkan sebagai orang bodoh
Merusak semua aturan
Karena semuanya nol
Menyangkal semua kebenaran

Semuanya telah berubah
Itu semua terjadi karena suatu alasan
Turun dari tahap pertama
Itu bukan sesuatu yang kita perjuangkan

Tak pernah menginginkan rasa sakit seperti ini
Mengubah diriku begitu dingin dan tak berperasaan
Tapi satu hal yang harus kau ketahui

'Kamu tidak bisa lari dari kesalahan
Harga diri seseorang ada pada lidahnya (perkataannya)'

Mendorong rasa sakit yang tak terhitung jumlahnya
Dan yang kutahu, cinta ini adalah berkah dan kutukan

Semuanya telah berubah
Itu semua terjadi karena suatu alasan
Turun dari tahap pertama
Itu bukan sesuatu yang kita perjuangkan

Tak pernah menginginkan rasa sakit seperti ini
Mengubah diriku begitu dingin dan tak berperasaan
Tapi satu hal yang harus kau ketahui

'Kamu tidak bisa lari dari kesalahan
Harga diri seseorang ada pada lidahnya (perkataannya)’.

Lathi Challenge/ Cabaran Lathi

Lathi Challenge di media sosial yang tengah viral sekarang menampilkan solekan yang cantik dan kreatif dan kemudiannya bertukar rupa karakter yang menyeramkan seperti hantu/syaitan. Tarian yang dilakukan tu sangat bahaya untuk dijadikan hiburan walaupun hanya niat untuk sekadar hiburan.

Pendakwah dan penceramah bebas pun dah membuat posting tentang hukum Lathi Challenge ni supaya dihentikan daripada meneruskan cabaran ini yang dilihat mengancam jati diti seseorang Muslim.

Sesungguhnya tarian2 yg kalian lakukan itu sgt merbahaya utk dijadikan hiburan. Ketahuilah kalian tarian itu wujud dari sesetengah budaya Jawa yg syirik & khurafat. Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang. Tolong hentikannya!
— Wan Dazrin (Official) (@wandazrin) June 4, 2020

syedbakri_alyahyaofficial Lathi Challenge HARAM
Kecoh apabila ambe nyatakan bahawa perbuatan yg sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah HARAM kerana ianya menyalahi apa yg dibenarkan oleh Syarak 'Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg buruk) dalam Islam, maka baginya DOSA amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) DOSA orang yang mengamalkannya selepasnya ( HR Imam Muslim)
Dengan merakamkan video berlatar belakangkan lagu, dgn solekan ala2 syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan iti harus dilakukan?
Hukum dlm agama bukan berdasarkan akal semata² tetapi mempunyai nas
Semalam sy membawa hadis ttg meniru gaya org kafir, walaupun golongan penyokong lathi challenge menyebut bahawa ianya di asas oleh org Indon dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yg menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yg menyalahi syarak
Anak² melihat perkara ini, dan ramai yg meniru terutama sekali org perempuan dgn gaya yg mengaibkan
Perlu kita menutup pintu² fitnah kpd agama dan umat Islam ini agar tidak merebak sehingga melalaikan manusia
Ambe guna hujjah dan dalil, namun tetap ada yg berani nak cabar dan argue dgn menyatakan itu dan ini
Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yg baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur
— Syed Bakri Al-Yahya


Balik Kampung Bakal Trending 10 Jun

$
0
0
Masing-masing tak sabar menantikan 10 Jun. Seolah-olah hari kebebasan untuk semua. Harinya telah tiba. Destinasi pertama yang masing-masing nak tuju dulu adalah kampung.  Hashtag balikkampung mungkin bakal trending hari ni.

Ke kau orang termasuk dalam golongan yang dah book hotel Langkawi siap-siap tu? Pecah rekod, hotel di Langkawi terima 1,000 tempahan dalam tempoh sejam. Lajuu masing-masing membook hotel. 

Ada yang dah siap pack awal-awal ke tu nak balik kampung? Masing-masing tak sabar nak pulang ke kampung. Masih mood raya lagi kan? Itu yang buat lagi tak sabar tu.

Balik kampung kali ni macam balik kampung yang terrrrlalu bermakna untuk kita semua. Perasaan lain macam bila PM umumkan boleh rentas negeri tu. Excited masing-masing dah ready menantikan PKPP ni. Macam setahun tak balik kampung.

Moh lah kita semua balik kampung. Ibarat macam raya 1 Syawal je kan. Baru boleh nyanyi lagu balik kampung. Okay, tak sentap dah. Dah boleh nyanyi lagu balik kampung dengan gumbiranya. Dah boleh lupakan lagu dendang perantau tu. 


Dalam kita gembira, ada juga yang masih bersedih tak dapat balik kampung sebab kerja. Takpe, sabtu ahad cuti hari biasa masih ada. Bukan esok je hari untuk balik kampung.

Apapun SOP jangan dilupakan lah. Sampai-sampai jangan terus salam peluk ye. Bersihkan diri dulu okay. Balik kampung tu, gembira-gembira juga keselematan diutamakan. Selamat balik kampung. Semoga selamat sampai di kampung tercinta masing-masing.


Lirik Lagu Balik Kampung

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung, ladang, dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Hati girang!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Hati girang!
Terbayang wajah-wajah yang kusayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulanganku nanti
Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung, ladang, dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu…

Fiza tak balik kampung ke? Eh, mana boleh tak balik. Takpe, kau orang balik dulu. Fiza pendam sikit lagi semangat balik kampung tu. Bukan ape, kita risau awak ramai-ramai ni. Risau jammed juga tak gigih nak redah walaupun tak ikut highway. 

Ingat ikut jalan kampung tak jammed ke? Seremban ke Pilah pun kalau jammed boleh makan 2 jam menunggu. Jam berapa pulak nak sampai Segamat kan. Biar dulu. Ikut giliran. Kau orang gerak dulu. Pape roger!


N'Joy Pothos @Epipremnum Aureum N' joy

$
0
0
Masih lagi nak cerita tentang spesis pokok sirih gading yang namanya N'Joy Pothos. Bukan N'joi astro tu ye. Jangan salah faham pulak. Bagitau sesiap. Mula mula tengok macam nak beli, lepas tu dia berubah fikiran pulak. Errr...Macam tak payahlah.

Last-last terambil juga sekali. Eh eh..cepat betul perempuan berubah fikiran kan. Nasib lah husband pun jenis faham dan suka juga tanam pokok. Dia pun bodek pokok mak jugak tu kalau balik kampung.

Macam tak sabar dah ni nak balik kampung berhari raya dengan mak abah ni. Tapi bukan 10hb lah. Kita balik beberapa hari lagi lah. Puasa 6 berbaki lagi 3 hari lagi. Habis puasa 6 minggu ni terus kita balik kampung. Barulah betul-betul ada feel raya.

N'Joy Pothos @Epipremnum Aureum N' joy.

Photos varieties ada banyak. Kadang tu confuse juga dengan nama dan spesis dia. Pearls and jade vs N'joy pothos  ni lebih kurang sama rupa dia. Yang beza kan dia cuma Njoy tak ada tompok-tompok kecil. Cuma ada lorekan besar warna hijau dan putih/kuning je.



Disebabkan Fiza dah biasa membela pokok golden pothos selama beberapa tahun ni. So, macam tak ada masalah lah nak jaga pokok jenis pothos. Tertarik dengan corak N'joy Pothos yang macam marble gabungan warna hijau dan putih kuning macam tu. Nak kata kuning tak kuning nak kata putih tak putih. Entah!

Lagipun repotting pothos ni mudah. Potong keratan batang daun yang ada akar tu, kemudian repot je dalam pasu lain. Kalau tak yakin boleh hidup, rendam je dalam air sampai akar tu banyak dan pokok hidup sihat. Lepas tu baru lah repot pun boleh.

Kalau tak yakin lansung, kau orang tanam je lah dalam air. Ganti air seminggu sekali. Tak payah risau-risau nak siram pokok bunga tu. Cuma kena pastikan tak ada jejentik je lah. Boleh bela ikan laga dalam bekas kau orang tu kalau tak nak nyamuk bertelur.

baca juga : 3 jenis tanaman hiasan dalam air 


How to Water Pothos.

Sama macam pokok lain. Semua sekali siram je dalam kekerapan 2 hari sekali macam tu. Tapi kalau musim cuaca panas, kena tengok-tengok juga tanah dia betul-betul kering atau tak. Kalau dah kering tu, siram lah ye.



Tak sabar nak tunggu pokok N'joy Pothos ni membesar dan menjalar. Sebab tu siap-siap letak dalam pasu dan buat hiasan pokok gantung. Cantik okay kalau dia tergantung tu. Cepat sikit besar eh. Ye, tahu mesti ada yang tanya mana beli tali gantung pasu ni kan? 

Buat sendiri je. Cuma beli tali jut tu kat kaison. Tak ingat berapa harga tali tu. Kalau tak tanya pun memang nak cakap juga.

Dalam 1 gulung tali tu dapat buat 4 je hanging knot ni. Nyesal pulak beli satu je. Tapi satu pun boleh tahan juga dia. Nak murah sikit cuba tanya kedai hardware kot ada jual.  Ikatan tali gantung pasu tu Fiza ikut tutorial kat youtube je. 5 minit dah siap. Mudah je kawan-kawan. Cubalah.

baca juga : DIY macrame knot untuk hanging planters.

Jenis-Jenis pipremnum and Scindapsus (Pothos Houseplant Varieties)

Credit photo : Aaron Apsley Artwork


1. Marble Queen
2. N'joy
3. Golden
4. Manjula
5. Silver Anne
6. Treubii
7. Silver Splash
8. Jade
9. Exotica
10. Varietgated neon
11. Golden
12. Cebu Blue
13. Pearls & Jade
14. Jade Satin
15. Treubii Moonlight'
16. Neon
17. Silver Lady
18. Snow Queen
19. Argyraeus
20. Jessenia

Asas SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

$
0
0
Dah sampai kampung ke tu? Alhamdulillah...Hari ni bermulalah fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dimana fasa yang dinanti-nantikan selepas PKP dan PKPB. Bila PKPP berkuatkuasa, tak bermakna kita bebas buat apa sahaja seperti kehidupan yang normal. Dia belum masuk tahap normal lagi, masih normal yang baharu.

Ingat normal baharu, ingat SOP (standard operating procedure). Ingat SOP, ingat Asas SOP iaitu PENJARAKAN SOSIAL/SOCIAL DISTANCING. Ini apa yang dikongsikan oleh page Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai asas SOP.

credit image : mykpdnhep

Bermula 10 Jun, hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti akan kembali beroperasi seperti biasa. Jumlah pekerja yang kembali bekerja juga akan bertambah. Sebelum ini hanya sektor-sektor tertentu sahaja dibenarkan beroperasi di bawah PKPB.

Rapid KL menjangkakan bilangan penumpang LRT, MRT dan Monorel bertambah. Kesesakan mungkin berlaku kerana penjarakan sosial dalam tren dan di stesen-stesen.

Justeru, penumpang dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kelewatan ke tempat kerja.

PKPP ini dilaksanakan dalam tempoh PKP dan ini bermakna Akta 342 (Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988) masih terpakai untuk penguatkuasaan pematuhan SOP.

Justeru, kompaun masih boleh dikenakan kepada mereka yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Sebagai contoh kegagalan sebuah premis mematuhi SOP akan menyebabkan premis berkenaan ditutup dan dikenakan tindakan,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Asas kepada SOP ialah penjarakan sosial atau social distancing dan jarak paling selamat ialah tidak kurang daripada satu meter. Jadi, tidak kira di mana anda berada, penjarakan sosial perlu jadi keutamaan dalam kehidupan norma baharu ini.

Penjarakan sosial mengelak anda terkena jangkitan yang tersebar melalui titisan cecair (droplet) apabila individu yang positif COVID-19 bersin atau batuk. Ia juga bagi mengelak terkena percikan air liur ketika bercakap. Individu positif itu itu pula tidak sedar kerana tidak bergejala. (85% pesakit COVID-19 di Malaysia adalah tidak bergejala).

Setakat ini, tiada bukti virus ini disebarkan melalui udara. Justeru, pemakaian topeng penutup muka dan hidung di tempat ramai orang (tiada penjarakan sosial) adalah juga untuk melindungi orang lain jika anda adalah positif COVID-19 tanpa sedar (kerana tidak bergejala). Anda berpotensi menjadi ‘silent spreaders’.

Oleh kerana kita tidak tahu siapa yang membawa virus apabila berada di tempat ramai orang dan orang yang bergejala pula tidak memakai topeng penutup muka dan hidung, maka digalakkan semua orang memakainya di tempat ramai orang.

- Admin KKM

Di bawah pula petikan post daripada DG Noor Hisham Abdullah

1. Bermula 10 Jun, semua Person Under Surveillance (PUS) samada warganegara atau bukan warganegara yang dibenar masuk ke Malaysia yang disahkan negatif Covid-19 akan jalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari di kediaman masing-masing. Jika bercadang untuk dikuarantin di hotel, kos perlu ditanggung sepenuhnya oleh individu tersebut.

2. Keputusan ini juga terpakai untuk PUS yang masih berada di stesen kuarantin. Mereka dibenar pulang ke rumah namun perlu sambung tempoh kuarantin di rumah masing-masing.

3. Kesemua individu berstatus PUS perlu daftar diri di aplikasi Mysejahtera dan wajib kuarantinkan diri di alamat yang didaftar di dalam aplikasi tersebut.

credit : FB page KKM

Selamat berhari di kampung. Jaga diri dan patuhi SOP. Stay safe.

Dah Cuba Good Vibes by Goodday

$
0
0
Sebenarnya macam tak pernah tahu pun kewujudan susu good vibes by Goodday ni. Tahu pun sebab ada yang kongsikan di facebook, katanya RM1 di 7 Eleven. Tapi masa husband nak beli, bukan RM1 pun. Masih dijual dengan harga retail biasa RM5.40 untuk 250ml. Mahal ke murah?

Ye, memang mahal kan. Beria ke 7 Eleven kot dapat harga RM1 tu sebab nak cuba rasa kan. Tapi nan hado! Mungkin harga RM1 tu cawangan tertentu je kot. Siapa tahu? Kalau dapat beli dengan harga RM1 daripada harga biasa tu, siapa je tak nak rebut peluang kan.



Boleh cakap goodday brand ni jenama susu paling favourite sebab rasa dia yang sedap berbanding susu yang lain. Lagi-lagi bila good day ada keluarkan susu pelbagai perisa tu susu kurma, green tea, honey milk, strawberry. Memang rajin Fiza beli susu tu sentiasa restock susu kurma, green tea dan honey milk beli pek yang ada 6 kotak tu.

Rasanya bukan Fiza je suka susu berperisa tu. Ramai suka kot kan? Agak susah nak dapat stok sebab sentiasa habis. Ada rezeki stok yang ada pun tinggal sikit. So Fiza expect rasa Good Vibes ni sedap jugalah. Harap tak mengecewakan!

Baru tahu yang good vibes ni  dah dikeluarkan sejak tahun lepas. Goodday Milk telah memperkenalkan 4 produk baru ni adalah di bawah rangkaian Good Vibes. Good Vibes merupakan produk air minuman yang tidak berasaskan tenusu Goodday Milk.

Akan tetapi, dihasilkan daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang dikisar dengan bahan lain seperti kekacang dan bijirin bersama air. Ini membuatkan minuman ini bersifat rendah kalori dann lemak dengan kandungan air yang tinggi dan juga rendah kolestrol.

Didatangkan dengan 4 perisa iaitu :
  • Almond Original
  • Almond Chocolate
  • Walnut Original
  • Walnut Chocolate

Kesemua rangkaian perisa baru  Good Vibes, masing-masing mengandungi 2 gram (g), 2.8g, 1.3g dan 1g protein. So , faham dah kenapa mahal. Sebab bahan-bahan kekacang yang digunakan tu bukan murah ye. Kalau bahan asas dah mahal, inikan yang dah siap sedia untuk diminum. So husband beli lah 2 kotak saiz 250ml perisa almond original dan almond chocolate untuk isteri dia rasa.

Sesuai Untuk Diet

Sebenarnya juga produk good vibes dikeluarkan inspirasi daripada trend rakyat Malaysia kini yang semakin sedar untuk menjaga kesihatan mereka dengan menjaga amalan pemakanan yang sihat.
  • Dairy free
  • Cholestrol free
  • Gluten free
  • No preservative



Disebabkan itu lah lah Goodday menghasilkan satu produk untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan setiap hari. Siapa lah yang tak suka dengan rasa kacang almond dan walnut tu, dua-dua jenis kekacang yang sedap dan mahal. Sama macam kuih almond london. Kan mahal tu tapi sedap.

Memang sesuai untuk diet sebab rendah kolestrol dan mengandungi protein yang diperlukan. Tapi...kalau nak minum setiap hari, rasa macam tak mampu lah dengan harga sebegitu. Cukuplah sekadar nak cuba rasa je. 

Rasa Susu Good Vibes by Goodday

Kesimpulan rasa untuk kedua-dua jenis perisa yang Fiza beli ni, rasa dia macam kau orang minum minuman berperisa yang kurang manis. Rasa macam ala-ala minuman kurang gula/susu macam tu lah. 



Rasa almond original tu rasa dia betul-betul macam almond dikisar dengan air dan tambah susu low fat macam tu lah.



Yang almond chocolate tu rasa dia lebih sedap sikitlah berbanding almond original. Mungkin sebab ada tambahan rasa chocolate yang membuatkan rasa tu sedikit sedap.

Ada yang dah cuba ke? Apa pendapat kau orang? Sangat sesuai lah untuk yang berdiet. Sedap tu sedap. Kalau jenis dah biasa kurang manis dan dah biasa diet, of course tak rasa pelik dengan rasa dia. 

Cuma bab harga macam tu memang surrender sikit lah kalau nak consume setiap hari. Agak mahal pada Fiza. Kau orang boleh dapatkan di 7 Eleven atau stesen petrol yang terpilih kalau rasa-rasa macam nak cuba.


Echeveria imbricata "Blue Rose" Sejenis Succulent Plant Yang Cantik

$
0
0
Asyik cerita pokok hijau je. Bertukar kejaplah kepada tumbuhan succulent pulak. Ada yang suka tumbuhan succulent ke? Jenis succulent ni ramai yang suka sebab mudah nak jaga dan comel-comel semuanya. Sama juga penjagaan dia dengan pokok kaktus cuma kaktus jenis tumbuhan berduri.

Succulent Definition

Succulent plant/ Tumbuhan sukulen | Sukulen berasal daripada perkataan latin yang disebut sucus bermaksud jus. Succulent plant mudah dijaga dan sejenis tumbuhan yang sesuai dengan keadaan cuaca yang kering seperti di gurun-gurun Amerika Utara dan Afrika.

Sebabnya succulent plant mampu menyimpan air dalam daunnya sendiri. Succulent plant sesuai untuk hiasan indoor dan outdoor. Dia kalau lama tak siram pun mampu lagi bertahan untuk hidup. Cara tanam pun mudah. Cucuk sikit kat tanah macam tu pun dah boleh mampu hidup.

Succulents Care

1. Cahaya

Cahaya sangat penting untuk semua tumbuhan. Cahaya ni macam makanan untuk tumbuhan terus hidup. Ada jenis succulent yang memerlukan cahaya terus dan ada juga yang perlukan cahaya sekadar yang perlu. Jadi, kena kenal jenis succulent plant dan tempat yang sesuai untuk diletakkan.

2. Air

Sama seperti cahaya, air juga makanan kepada tumbuhan. Succulent plant tidak memerlukan air yang banyak. Sukatan air perlu dijaga. Terlebih atau terkurang air akan membuatkan succulent plant mudah mati. Boleh siram dengan kekerapan seminggu sekali dah memadai.

Jika Siram Terlebih Air.

Terlebih air dalam tanah boleh buatkan succulent plant macam membusuk dan akhirnya mati. Pastikan pilih pasu yang berlubang bawah untuk elakkan air bertakung dalam pasu. 

Jika memilih pasu yang tidak berlubang bawahnya, pastikan akar tidak berendam terlalu lama berhari-hari dalam air bertakung tu. 

Untuk pastikan pengaliran air lebih baik, letakkan batu-batu pada lapisan bawah sekali barulah dilapisi dengan tanah. Nak mudah, siram dengan cara menggunakan spray.

Jika Siram Terkurang Air.

Kalau air terkurang pula pertumbuhan akan terbantu seterusnya akan menyebabkan succulent plant akan mengecut dan daun mula gugur.

3. Tanah

Pemilihan tanah yang terbaik adalah jenis tanah yang sedikit berasid dalam kadaran pH 5.5-6.5. Boleh dapatkan di nursery yang berdekatan.

4. Baja

Baja ni dia macam supplement lah. Sebaiknya letak baja pada waktu yang sesuai. Waktu yang terbaik untuk membaja adalah pada waktu musim panas.

5. Ruang

Untuk dijadikan hiasan, succulent plant lebih menarik di letakkan di dalam satu bekas yang besar dan ditanam bersama dengan jenis succulent plants yang lain dan juga kaktus. Tapi awas ye. Jarak anta setiap succulent plants dan kaktus perlu dijaga juga untuk memastikan setiap tumbuhan membesar dengan baik.

Types Of Succulents




Credit photo : Aaron Apsley

Dalam gambar hanya sebahagian daripada Succulent Plants. Cantik-cantik semuanya. Ada yang lebih kurang sama tapi namanya berbeza. Fiza tak ada banyak succulent plant, cuma ada beberapa je lah. Kurang minat sikit dengan succulent plants dan kaktus walaupun mudah nak jaga. Mungkin lepas ni boleh buat hiasan succulent macam dalam balang kaca tu.

Echeveria imbricata "Blue Rose"

Kalau memilih succulent plants atau kaktus rambang mata dibuatnya nak pilih mana satu. Ikutkan memang tamak nak pilih semua. Tapi apakan daya, bajet tak banyak dan ruang tak berapa nak ada. Kalau beli semua baik buat nursery je kan, boleh jadi tokey nursery.



Sebenarnya nak beli String of pearls tapi terberkenan dengan si Echeveria imbricata "Blue Rose" ni ha. Terus terambil dan terbayar sekali. Terrr lah sangat kan! Padahal memang dah tergoda dan nak sangat tu sebab cantik. Dia macam memanggil-manggil suruh beli. Bahaya betul berlama-lamaan di nursery. Pepokok pandai memanggil-manggil. Haha..salahkan pokok pulak.

Jenis Echeveria imbricata ni antara spesis succulent plant yang popular dan cara pembiakkan dia mudah je dengan menggunakan potongan keratan daun. Dalam cuaca panas betul, daun dia akan bertukar menjadi warna pink. Itu tak pernah lagi berlaku sebab Fiza letak dalam rumah dan kurang cahaya. 

Boleh cuba nanti kot letak kat luar dan dedah pada cahaya matahari untuk tengok samada bertukar ke warna pink atau tidak. 


Tumpang Popular Pokok Viral Kejap

$
0
0
Terkejut tau dapat komen yang luar dari biasa kat instagram. Katanya suruh check inbox. Cepat-cepat lah check inbox. Rupanya nak jemput Fiza jadi tetamu dalam sebuah rancangan TV pada hari sekian sekian.

Apa yang mengejutkan lagi jemput Fiza sebagai tetamu untuk bercakap pasal buat DIY pokok hiasan viral. Aduh, DIY macam mana tu? Fiza sendiri confused samada layak ke tidak nak bercakap pasal pokok viral yang tengah trend sekarang ni?

Padahal bukan pakar pun bab pepokok ni semua. Kalau nak kata pasal pokok viral tu, yang Fiza tahu cara tanam dia mudah macam yang pernah dikongsikan sebelum ni. Nak sembang lebih memang tak tahu nak kata apa.


Fiza bukan seseorang yang selayaknya nak bercakap pasal pokok. Kita pun budak baru belajar awak! Rasa macam kelakar pun ada. Bukan nak menolak rezeki masuk TV. Tapi itulah, tak tahu nak cakap macamana entah.

Ramai yang support suruh pergi juga jadi tetamu tu. Tapi...

Apa apa pun terima kasih semua atas sokongan. Penangan pokok viral sampai Fiza pun rasa terviral sekali. 

Ini kalilah tumpang popular pokok viral kejap. Eh! Nak juga menumpang popular orang. Ala, jadi lah sekejap je. Masuk TV ke tidak belum tahu..rasa macam tak je! 

Okaylah short and quick entry je pagi ni. 


Senecio Rowleyanus "String of Pearls"

$
0
0
Sambung cerita pasal pokok lagi boleh? Boleh tak boleh, kita bolehkan je lah. Blog sendiri kan. Tak ada siapa yang larang. Dah lama rasanya kot berhajat dan dapatkan pokok string of pearls. Dah beli baru tahu rupanya String of Pearls tergolong dalam kumpulan succulent plant.


Laaa, baru tahu. Itulah kan, tak cinta maka tak kenal. Eh bukan tak kenal maka tak cinta ke? Ini kes lain, dia terbalik.

Senecio Rowleyanus "String of Pearls"


Tertarik dengan rupa bentuk yang bulat dan bertali tu. Itu yang membuatkan string of peals ni sejenis succulent plant unik dan menarik untuk dijadikan pokok hiasan jenis gantung.


Sejenis tumbuhan sukulen yang mudah dijaga. Membesar dengan cepat tanpa perlu bersusah payah. Tapi memerlukan cara penyiraman yang betul supaya tidak mudah mati.

Cara Penyiraman

String of pearls sangat sensitif dalam penyiraman  berbanding dengan succulent plants yang lain. Kaedah terbaik siram succulent plant adalah dengan menggunakan kaedah 'rendam dan kering'.

 Apa yang Fiza faham kaedah ni pastikan tanah basah sepenuhnya dan Hanya perlu siram semula selepas keseluruhan tanah betul-betul kering. 

Siapa yang lebih pakar dengan kaedah siraman ni, boleh tinggalkan komen di dalam kotak komen bawah ni ye. Kotlah Fiza silap faham. Sila perbetulkan.

String of Pearls Propagation 

Apa yang Fiza baca, cara pembiakan dia sangat mudah. Hanya perlu potong batang dan biarkan kering lebih kurang 1-2 hari. Kemudian barulah cucuk dalam tanah dan hanya siram bila tanah betul-betul kering. Rujuk balik cara penyiraman yang Fiza dah kongsikan kat atas tu.

Tapi...

Jika ada anak yang masih kecil atau haiwan peliharaan sebaiknya jangan memilih string of pearls. Jika nak juga buat hiasan dalam rumah, boleh digantung supaya tidak mudah di capai oleh anak atau haiwan peliharaan.

Harga String of Pearls

Fiza lupa harga sebenar tapi lebih kurang sekitar RM5-RM8 macam tu. Kebiasaanya harga succulent plants ni dia murah sebab saiz pun comel-comel je kan. Yang mahal tu kalau jenis rare lah kot.

Boleh cari di Nursery berdekatan atau malas keluar beli online je awak.

Jenis-Jenis Pokok Monstera. Lagi Koyak Lagi Mahal. Betul Ke?

$
0
0
Harap tak jemu lah ye sembang pasal pokok je dalam blog ni. Dah macam salah bidang pulak masuk dalam bab pertanian. Dia ikut musim, kejap entry resepi kejap entri pepokok. Dah habis modal dengan pepokok, Fiza tukar makanan pulak. Haa gitu

Sekarang pun kan tengah musim pokok viral dan musim bercucuk tanam. Haruslah into the scene juga. Nanti kata tak cakna pulak. Selain pokok viral lidah mertua tu, pokok monstera kira dah jatuh nombor dua dah. Ke masih lagi viral pokok monstera ni? Dulu orang sibuk mencari monstera je, termasuk lah yang bercakap ni.

Monstera ni keunikan dan kecantikan dia adalah koyakkan pada daun tu. Lagi banyak koyak lagi mahal, percaya tak? Dari pemerhatian Fiza macam tu lah. Kalau salah mahap lah ye. Selain tu corak dan warna pada daun pun mempengaruhi harga pokok monstera.


Salah satu pokok monstera yang Fiza suka, Monstera Deliciosa. Suka dengan daun yang lebar dan terkoyak pada bahagian tepi tu. Pertama kali dulu beli pokok monstera deliciosa ni, umur dia tak panjang. Tak pandai jaga masa tu. Orang nak tanam pokok, kau pun nak tanam pokok jugak Sudahnya mati dan kecewa. Tengah trend monstera kan masa tu.

Dah cantik dan semakin banyak daun pokok monstera deliciosa yang Fiza letak kat luar rumah. Tak boleh letak dalam rumah sebab tak muat ruang. Nak letak dalam rumah punya pasal, Fiza gigih lah cari mini monstera (gambar di atas) masa pergi Nursery haritu.

Yeay! Finally dapat jugak pokok idaman versi mini. So bolehlah jadikan indoor plant. Daun pun banyak rimbun tu dan ada tunas baru tumbuh. Harap hidup sihatlah duduk dalam rumah. Pokok monstera ni ada bermacam-macam jenis. 

Kalau kau orang nak tahu pokok monstera delicosa variegata tu jenis yang have have. Golongan bangsawan dia ni. Harga bukan puluhan, ratusan dah! Kalau ada yang bertompok-tompok pun harga dia mahal juga. 

Fikir banyak kali kalau nak membeli tu. Pokok Fiza beli semua bawah RM20. Pokok monstera murah murah je lah mampu pun. Lebih daripada harga tu, sila abaikan. Kalau ada orang nak hadiahkan lagi syok. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan awak!

Jenis-Jenis Pokok Monstera.

1. Monstera deliciosa ‘borsigiana albo variegata’
2. Monstera. dubia (juvenile)
3. Monstera standleyana
4. Monstera subpinnata
5. Monstera sp. peru
6. Monstera obliqua
7. Monstera deliciosa (mature)
8. Monstera adansonii var. adansonii (juvenile)
9. Monstera adansonii var. adansonii (mature)
10. Monstera epipremnoides (mature)
11. Monstera adansonii var. laniata
12. Monstera siltepecana (juvenile)
13. Monstera pinnatipartita (mature)

Mana satu pilihan kau orang? Kalau Fiza, jawapan macam biasalah. Pilih semua.

Golden Oreo Edisi Raya

$
0
0
Selamat berhujung minggu. Ada yang masih di kampung ke tu? Dengar kata jumaat lepas jammed teruk. Mungkin sebab orang ramai balik kampung. Hari ni sah sah lah jammed juga sebab orang nak balik bandar. Esok kan kerja.

Fiza belum balik kampung lagi. InshaAllah minggu depan lah baru balik segamat, sekali nak hantar abah appoinment di Hospital kat Johor Bahru nanti. Semoga urusan dipermudahkan oleh Allah. Aaminn...

Alhamdulillah puasa 6 pun dah settle. Raya 2.0 baru nak bermula. Tapi belum balik kampung. Feel raya baru separa on. aci tak? Orang lain dah sakan beraya kau baru lah nak terhengeh hegeh kan.

Golden Oreo Edisi Raya

Anyway, Fiza baru je tahu kewujudan golden oreo edisi raya lepas baca blog Kak Sha. Jenis mudah terpengaruh, bila husband keluar beli barang. Kirim sekali lah beli Oreo Golden ni. Kena beli cepat-cepat sebab limited edition sempena raya katanya lah.

Sampai bila Oreo Golden ni akan ada dekat pasaran tak pastilah. Nak rasa, silalah membeli dengan kadar segera.  Nama je golden. Tapi dia tak letak emas tau untuk buat biskut oreo ni. Mungkin sebab warnanya kuning keemasan kot kan?

Rasa Golden Oreo. Just Nice!

Kalau kau orang makan golden oreo ni. Dia buat kau lupa rasa oreo sebab biskut dia sejenis biskut yang klasik dengan rasa original. Tapi rasa biskut dia rangup dan rapuh. Filling dia pulak perisa vanilla dan tak manis sangat. 

Cookies yang sedap dan filling yang tak manis sangat berbeza dengan oreo yang biasanya manis gila tu. Oreo original hitam dengan vanilla filling tu memang Fiza kurang suka makan. Golden Oreo ni just nice rasa dia. Sedap!

Tapi!

Red Velvet Oreo Tetap nombor satu di hati. Rasa dia tak boleh lawan oreo-oreo yang lain. Mungkin sebab peminat Red Velvet. Itu yang tak boleh move on dengan Red Velvet Oreo. Tapi...dah habis edisi Red Velvet Oreo tu. 

Kalaulah ada setiap masa dipasaran kan bagus. Boleh lah nak makan anytime pun. 
"Putar, Jilat dan Celup"

Ingredients

Wheat Flour, Sugar, Palm Oil, Glucose-Fructose Syrup, Wheat Starch, Salt, Raising Agents (Sodium Hydrogen Carbonate, Ammonium Hydrogen Carbonate), Flavourings, Emulsifiers (Soya Lecithin, Sunflower Lecithin) -Oreo website



Biskut oreo ni sedap celup dengan air susu. Tapi yang golden oreo sedap lagi dicelup dengan air susu coklat. Mungkin lagi sedap sebab golden oreo ni tak berapa nak manis sangat kan. Sebab tu lagi sedap celup dengan air susu coklat.

Tak ada air susu coklat. Susu segar full cream pun sedap juga. Ikut lah citarasa masing-masing. Tapi ada orang tak suka makan oreo sebab manis katanya. Jadi, yang tak suka manis sangat tu bolehlah cuba rasa golden oreo.

Harga lebih kurang RM3.++ satu pek di 7 Eleven. Boleh juga beli di mana-mana pasaraya yang berdekatan. Kalau tak ada, maknanya dah habis lah tu. Biasalah kalau limited edition ni dia cepat habis. Lagi-lagi kalau ramai suka.


Resepi Kuih Semperit Kastard. Lahhh, Senang Je Rupanya Nak Buat Pun!

$
0
0
Kuih Semperit kastard ni bukan Fiza buat. Bagitau sesiap, nanti kang ada yang komen pandai Fiza buat kuih semperit. Kalau ada yang komen gitu nampak sangat tak membacanya pun. Haha..berhati-hati jangan sampai kantoi. Hahaha...

Boleh tak nak cakap, baru tahu ada kuih semperit kastard. Betapa noob je alahaii. Berapa tahun dah beraya baru tahu ada kuih semperit kastard? Ke selama ni pernah makan tapi tak tahu. Iyelah kan, beraya rumah orang mana ada label nama-nama kuih. 


Kalau ada, memang rare lah tuan rumah label nama kuih dekat bekas kuih raya. Melainkan dia hidang guna packaging asal siap berlabel (kalau beli). Fiza baru tahu sebab baru tahun ni lah terjebak beli kuih raya (jenis biskut) sendiri. Sumpah tak tipu!

Selama ni jenis tak berapa buat kuih raya sangat. Buat kerepek pisang dan cookies mana yang mudah macam cornflakes cookies, cornflakes madu, popiah nestum tu je. Itupun kuantiti sedikit. Tak buat banyak sebab raya balik kampung dan weekend pun jarang ada rumah pergi beraya atau balik kampung.

So bila orang nak datang, tak ada orang kat rumah macam tu. Kuih yang buat tu pun bawa balik kampung. Cuma tinggal sikit untuk kat rumah sendiri. Kot kot ada tetamu datang tetiba kan. 

Sesungguhnya Fiza tak pernah cuba buat kuih semperit. Kuih semperit kastard apatah lagi. Jenis orang boleh masak lauk pauk je. Kuih muih masih di tahap membimbangkan. Risau betul kalau buat nanti termasuk dalam kategori 'masak apa tak jadi harini'.

Dia punya fobia nak membuat kuih dan kek-kek tu masih terasa lagi. Ajak husband pergi Mydin nak beli kuih raya. Sebenarnya nak cari tart nanas. Dia punya teringin tak boleh bawak bincang. 

Dah masuk Mydin, mata sibuk mencari kuih tart. Berakhir dengan kehampaan sebab kuih tart yang dicari satu pun tak ada! Siapalah yang memborang kuih tart entah.

Takpe! Cari kuih lain. Nampak kuih semperit. Kuih favourite juga ni sebab suka jenis semperit rangup. Beli lah kuih semperit. Masa tu tak baca label lagi. Ni jenis main ambik je. Musim PKP kan, kena cepat membeli grab apa yang depan mata walaupun masuk Mydin tak ada had waktu boleh masuk berapa lama. 


Mungkin sebab kamiorang pergi masa sejam lebih lagi nak tutup. Tak ada orang sangat. Tapi Mydin nak tutup dah kot. Nak berlama-lama kenapa pulak kan.

Cerita dia, balik rumah nak makan baru baca label 'Kuih Semperit Kastard'. Kastard? Sejak bila semperit ada kastard? Nasib kau lah Fiza oii tak tahu nama kuih ni dah upgrade taraf kluster kayangan kastard.

Sekali rasa, sedap oiiii! Hilang terus persepsi Fiza terhadap kuih beli tunjuk-tunjuk ni. Dulu selalu fikir kuih beli-beli kat luar ni macam kurang sedap sebab buat dari kilang kan. Yang homemade lagi sedap. Itu memang tak dapat dinafikan lah.

Rupanya sedap juga kuih beli ni. Mungkin tak semua lah. Kira boleh recommend lah untuk kau orang beli kuih Semperit Kastard kat Mydin tu. Kira sedap lah ikut citarasa Fiza. Kuih lain tak pasti sedap ke tidak.

Boleh je nak beli kalau nak cuba rasa. Harga pun tak mahal sangat. Seingat Fiza RM14.15 untuk sebekas macam ni. Kira berbaloi jugalah. Mungkin juga sebab lepas raya dia jual murah.


Dah tahu ada kuih semperit kastard, terus google resepi semperit kastard. Tengok dekat youtube buat orang lapo. Lahhh, senang je rupanya nak buat pun!

Resepi Biskut Semperit | Semperit Dahlia

Bahan-Bahan  
250gm Mentega
150gm Gula Aising
1 Telur Kuning
1 sk Esen Vanila
250gm Tepung Cookies
150gm Tepung Kastad
30gm Tepung JagungHiasan
Gula
Urai Coklat
Urai Ceri
Ingredients  
250gm Butter 
150gm Icing Sugar 
1 Egg Yolk 
1 tsp Vanilla Essence 
250gm Cookies Flour 
150gm Custard Flour 
30gm Corn Flour

Decoration :
Sprinkles
Chocolate Rice
Cherry


Nak lebih mudah membuatnya, boleh tengok video resepi biskut semperit dari youtube buat orang lapo. Bila tengok resepi ni rasa macam nak cuba buat. Cari bahan-bahan dululah ye. Selamat mencuba.

Credit : Buat Orang Lapo

Cara Pakai Topeng Muka Kain Dengan Betul Dan Selamat Di Musim COVID-19

$
0
0
Ingat lagi masa mula-mula pandemik COVID-19 mula menular bulan March yang lepas. Masa tu, segala jenis topeng muka laris macam pisang goreng panas. Pantang letak, semua habis. Laku dipasaran. Dan disaat-saat semua orang memerlukan topeng muka, muncullah manusia yang mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Ramailah peniaga yang ambil kesempatan jual topeng muka dengan harga mahal. Masa ni, mahal macamana pun orang sanggup beli juga. Itu belum ada yang tertipu, kononnya jual topeng muka murah tapi yang dapatnya topeng muka buat sendiri. Bertabahlah siapa yang pernah menjadi mangsa tu.

Syukur alhamdulillah stok topeng muka pun dah mudah dapat di pasaran. Sekarang pun dah banyak surgical mask (topeng bedah) dijual di farmasi dan pasaraya. Tak risau dah nak dapatkan surgical mask. 

Jenis-jenis topeng muka

1. Topeng Bedah (Surgical mask)

Surgical mask adalah topeng muka yang paling sesuai digunakan semasa pandemik COVID-19 ni. Topeng jenis ini mampu menghalang virus daripada masuk ke rongga hidung dan mulut. Dalam masa yang sama fungsi dia menghalang air liur/bahan kumuhan pemakai yang bergejala terkeluar daripada lapisan topeng. 

Sekiranya pakai dengan betul, ia dapat menghalang penyebaran virus berlaku melalui titisan, semburan atau penyebaran cecair yang mengandungi virus. Sebab tu kena beringat supaya tak sesuka hati pegang topeng muka semasa pakai atau nak tanggalkan topeng muka. 

Sebaiknya basuh tangan sebelum dan selepas atau ketika terpegang topeng muka. Lagi satu, jangan sesekali berkongsi topeng muka dengan orang lain. Pakai sekali dan buang.

2. Topeng N95

Topeng jenis N95 ni biasa dipakai  kalau musim jerebu sebab lapisan topeng ni boleh manghalang zarah atau habuk. Digunakan juga ketika kecemasan.  Direka khas dengan bentuk yang jenis betul-betul melekap pada bahagian muka.

Tapi tak sesuai untuk mereka yang ada mempunyai masalah pernafasan dan sewaktu dengannya. Fiza pernah pakai, memang terasa lemas walaupun pakai sekejap. Topeng N95 pun jenis pakai buang dan tak boleh berkongsi juga.

Masih sesuai lagilah kalau nak guna masa musim COVID-19 ni. 

3. Topeng muka kain

Kalau dulu topeng muka kain lebih fokus pada fesyen. Tapi sejak pandemik COVID-19 berlaku ni dah ramai yang menjual topeng muka kain yang mempunyai ciri-ciri yang selamat digunakan bukan hanya fesyen semata-mata. Biasanya artis Korea yang suka style pakai face mask ni.

Topeng muka jenis kain memang cantik. Ada pelbagai jenis corak, jenis kain dan bentuk. Tapi kalau hanya diperbuat daripada kain semata-mata untuk fesyen ia tidak mampu menghalang virus masuk ke rongga hidung dan mulut. 

Sebab tu kena pilih topeng muka jenis kain yang telah direka untuk keselamatan. Kiranya ada filter atau tempat untuk letak filter tu. Topeng muka jenis kain ni bukan tak boleh dipakai lansung. Sekurang-kurangnya kita masih ada pilihan jika tak ada surgical mask tu. 

Dah ramai juga pereka fesyen dan owner butik yang menjual topeng muka kain ni kan. Bermacam jenama ada di pasaran sampai kau tak tahu nak beli yang mana satu entah. Tapi tahu tak kau orang yang cara pakai topeng muka kain ni dengan betul? 

Tak tahu? Sila rujuk gambar di bawah yang dikongsikan oleh World Health Organization. 


CARA MEMAKAI TOPENG MUKA KAIN DENGAN BETUL

  • Bersihkan tangan sebelum memegang topeng muka
  • Periksa topeng muka samada rosak atau kotor
  • Pastikan topeng muka sesuai dengan bentuk muka tanpa ada sebarang ruang. Kiranya kau orang pakai mask tu kena ngam-ngam dengan bentuk muka. Kalau longgar sila jangan pakai.
  • Topeng muka mestilah menutup mulut, hidung dan dagu.
  • Elakkan memegang topeng muka
  • Bersihkan tangan sebelum menanggalkan topeng muka
  • Tanggalkan topeng muka dengan memegang tali
  • Tarik dan jauhkan topeng muka daripada muka
  • Simpan topeng muka dalam plastik yang bersih, beg bertutup jika masih bersih atau tak basah dan bercadang untuk menggunakannya semula.
  • Keluarkan topeng muka daripada beg dengan cara memegang tali 
  • Bersihkan topeng muka dengan sabun atau bahan pencuci dengan air panas sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Bersihkan tangan selepas memegang/menanggalkan topeng muka


JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT JIKA MENGGUNAKAN TOPENG MUKA KAIN


  • Jangan gunakan mask yang telah rosak. Contohnya koyak.
  • Jangan pakai topeng muka yang longgar
  • Jangan pakai topeng muka di bawah hidung
  • Jangan tanggalkan topeng muka tanpa jarak 1 meter dengan orang lain
  • Jangan gunakan topeng muka yang boleh menyebabkan susah bernafas
  • Jangan pakai topeng muka yang kotor atau basah
  • Jangan berkongsi topeng muka dengan orang lain

Okay jadi faham dah kan? Pastikan pakai dengan betul dan jangan sesekali buat apa yang tak boleh tu. Preventation better than cure. Jadi, jagalah keselamatan masing. Walaupun sedikit confuse dulu tak perlu pakai mask jika tiada gejala. Tapi kalau keluar pakai mask tu kira double protection lah.

Kadang orang bergejala senang hati je keluar tanpa pakai mask. Jadi, kita lah yang kena jaga diri kita sendiri. Selagi risau masih ada dan selagi pandemik COVID-19 belum berakhir. Lagipun sekarang kalau keluar dah wajib pakai mask dah kan?


Credit photo : World Of Organization

Kecewa Dengan Biskut Red Velvet

$
0
0
Mendung je pagi ni disusuli dengan hujan bila hampir tengahari ni. Ikutkan hati nak je tarik selimut, on air cond. Wahh ala-ala duduk oversea musim sejuk gitu. Tapi terpaksa lah lupakan hasrat nak sambung tidur. Banyak kerja oii!

Awal pagi dah siapkan menu nasi lemak untuk menu sarapan dan makan tengahari. Kalau ada lebih buat minum petang. Senang tak payah bersusah payah nak masak tengahari dan buat minum petang. Tapi untuk makan malam memang tak lah. 

Masak nasi lemak kot! Nasi bersantan tu kurang tahan kalau nak sampai ke malam pun. Silap-silap petang nanti kalau tak elok-elok simpan dah boleh basi dah. Dua tiga hari ni dah tak tahu nak masak apa dah sebenarnya. Jemu makan masakan sendiri. Pernah rasa tak macam tu? 


Harga Biskut Red Velvet Murah Semasa Raya

Bila dah jemu nak makan masakan sendiri. Kita makan mana yang kita berselera nak makan. Mujur juga ada biskut red velvet beli haritu  sekali dengan biskut semperit kastard. sebab harga biskut red velvet boleh tahan murah juga kat Mydin tu. 

Harga pasaran sebelum raya tak pastilah berapa harganya. Murah tu memang murah RM14.15 untuk satu bekas. Tapi kann... Lepas rasa biskut red velvet ni, mengubah balik persepsi Fiza terhadap kuih raya beli yang kurang sedap. Sebagai penggemar tegar red velvet. Kecewa sikitlah tak dapat yang betul-betul sedap.


Jangan kecam pulak ye atau pengaruh kau orang supaya tidak membeli biskut red velvet. Cuma berkongsi apa yang dirasa. Mungkin pada kau orang sedap. Tapi tidak bagi Fiza. Tekstur dia kurang crunchy dan macam biskut lemau macam tu. Mungkin juga style biskut ni macam ni kot. Entah! Tak ada jawapan.

Bila rasa dia kurang sikit, lambat lagi lah nak habis. Slow sikit nak makan. Kuih semperit kastard kemain laju habis makan. Teringin nak buat sendiri tapi bab buat kuih ni tak berapa nak pandai sangatlah. Tapi ada lah beberapa resepi yang nampak macam senang je nak buat.

Mungkin boleh gunakan resepi biskut red velvet azlina ina atau resepi red velvet che nom. Ada jugak resepi red velvet cookies resepi seminit. Perghh seminit je membuatnya. Hebat betul! Atau mungkin juga boleh cuba guna tepung segera biskut red velvet. Gerenti jadi agaknya kot.

Kita rindu awak biskut oreo red velvet. Cepatlah muncul!

Mini Parlour Palm Indoor Plants

$
0
0
Selamat pagi! Salam jumaat. Harini dah 27 Syawal. Tinggal dua hari je lagi nak merayakan Syawal. Sempatlah raya di kampung sehari hujung Syawal ni. Hari ni dah berkuatkuasa juga boleh sembahyang jumaat di masjid. 

Pagi ni nak share cerita house plant lah. Rasa macam tak ada idea nak update apa dalam blog ni. Cerita apa yang best nak dikongsikan kat blog ye?. Nak update resepi, asyik masak menu yang sama je. Tak kan nak update resepi yang sama.

Baru-baru ni ada terbaca pokok viral which is pokok lidah mertua tu membahayakan kesihatan jika ditanam di dalam rumah. Kalau kau orang jenis baca tajuk je memang kau orang akan set terus dalam kepala pokok lidah mertua tu bahaya ditanam. 

Sila cari fakta dan rajinkan membaca. Jangan salah anggap. Biasalah letak tajuk nak gempak. Tajuk gempak tapi orang tak baca content tak bagus juga. Lain kali baca dulu

Ini apa yang Fiza baca daripada buzzkini.com
Seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim yang juga Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, meluahkan rasa bimbangnya dengan trend semasa yang menyimpan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata ini di dalam rumah lebih-lebih lagi didalam pasu berisi tanah kerana boleh membiakkan mikroorganisma.
Menurutnya ini kerana tanah merupakan lokasi kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” jelasnya
Namun menurut Dr Fatimah, terdapat alternatif lain bagi menggantikan tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah seperti tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri,” katanya.

Jadi, faham dah kan. Yang tanam di luar tu tak ada masalah. Cuma yang tanam dalam rumah tu kena ambil peduli sikit. 

Kebanyakkannya indoor plants Fiza guna kaedah letak dalam air atau guna crystal gel je. Cuma ada beberapa je guna tanah. Itupun tanah jenis yang kurang serap air macam sabut kelapa tu lah. Trend trend juga tapi  kena tahu juga tu mana boleh mana tidak.

Well, dah boleh move on dengan pokok lidah mertua tu. Nak share pokok mini parlour palm, satu lagi indoor plant yang menarik. Biasa orang panggil pokok buluh ke ek? Tak pastilah parlour palm ni sama ke tidak dengan areca palm.

Pokok-pokok ni bukan ada satu nama. Bermacam-macam nama ada kan. Itu yang  buat confuse tu. Pokok ni tak ada dalam senarai houseplant yang Fiza suka cuma entah kenapa masa pergi IKEA awal tahun hari tu sebelum PKP, tertarik pulak dengan Pokok Parlour Palm ni.

Mungkin sebab tengok harga dia macam murah sikit kot. Tu yang beli tu. Golden pothos ikea yang Fiza beli berjaya hidup bertahun-tahun sampai repot banyak pasu dah. Dracaena ikea kecundang tak panjang umur. Tak tahu sebab apa.

Kalau beli pokok kat IKEA tak tahu lah kenapa umur dia tak panjang. So far beli ikea palms ni okay pulak dia dah berbulan elok hidupnya letak dalam rumah. Fiza beli yang mini je lah nak cuba tanam kat rumah sesuai ke tidak. Yang large parlour palm tu rasa macam harga tak termasuk dalam bajet. So lupakan je yang large tu.


CHAMAEDOREA ELEGANS

Chamaedorea elegans, the neanthe bella palm or parlour palm, is a species of small palm tree native to the rainforests in Southern Mexico and Guatemala.The parlor palm is one of the most heavily sold houseplant palms in the world.-wikipedia



Harga untuk mini Parlour Palm ni RM8.90. Kira murah jugalah untuk sepasu pokok yang cantik ni. Dengar kata banyak pokok sold out kat IKEA. Betul ke? Penangan hobi baru rakyat Malaysia. Semua habis pakat beli pokok.

Elok jugalah rajin menanam pokok ni. Tenang sikit mata memandang pepokok hijau. Kat bandar ni kalau orang tak tanam pokok, tak dapatlah tengok hutan hijau. Hutan batu je banyak. Lagipun okaylah tanam pokok ni boleh produce more oksigen. Hidup kita kan saling berkait dan memerlukan. Tak gitu?

Parlour Palm Care

Perlu di siram dengan secara sederhana. Tak lebih dan tak kurang air. Sesuai untuk hiasan dalam rumah dan diletakkan pada tempat yang mempunyai cahaya. Elakkan letak di tempat yang direct sunlight.

Macam Fiza, letak je dalam bekas kaca berisi crystal gel ni. Air letak sikit je. Agak-agak crystal gel dah mengecil. Tambah air bagi kembang dan kurangkan air. Mudah je macam ni. Tak perlu nak siram hari hari.



Okay jugalah beli pokok yang boleh tanam dalam tanah dan secara hydroponik. Untuk tak pakar menanam guna tanah ni, boleh lah tiru kaedah hydroponik ni. Sesuai lah kot untuk newbie macam Fiza. Dulu heran orang suka tanam pokok. Now, dah terjebak baru faham feeling dia macamana.



Viewing all 8009 articles
Browse latest View live