Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8133 articles
Browse latest View live

Pokok Air Mata Ibu

$
0
0
Pokok air mata ibu? Semacam tak percaya ada nama pokok macam tu. Cari punya cari maklumat dalam internet, memang betul lah nama pokok ini (rujuk gambar) air mata ibu. 

Perasan lama dah pokok air mata ibu ni kat rumah mak. Bukan 1 pasu, bukan 2 pasu. Ada berpasu pasu mak tanam sebaris. Elok bergantung semuanya. Eh, lawa pulak bila banyak banyak macam tu.

Entah kenapa la tak berminat nak ambil tanam bawa balik kat rumah. Walaupun tahu yang kalau minta je mak akan bagi. Cukup sekadar ambil gambar je lah.
 
Pokok Air Mata Ibu

Burro's Tail

Disebut juga dengan nama Donkey's tail. Nama saintifiknya  Sedum Morganium. Bahasa kampung atau mungkin biasa disebut dengan nama air mata ibu disebabkan rupa bentuknya sama macam air mata.

Tapi kenapa air mata ibu? Kenapa bukan orang mata orang lain? Tak dapat nak menjawabnya.

Pokok air mata ibu sejenis tanaman gantung eksotik dan lebih cantik jika dibuat tanaman hiasan gantung. 

Pokok air mata ibu ni bukan hanya berdaun hijau, ada kalanya akan berbunga berwarna merah. Tapi tak pernah lagi lah Fiza tengok pokok ni berbunga. 

Penjagaan 

Penjagaan yang sangat mudah seperti pokok kaktus. Tidak memerlukan banyak air. Jika terlebih air akan menyebabkan pokok mati.

Jika dibuat sebagai hiasan gantung, pastikan penerimaan cahaya sekata untuk semua bahagian. Nanti dia akan membentuk tumbuh sekata semua. 

Gambar bawah ni, pokok ni agak tak sihat disebabkan musim panas haritu, ada sebahagiannya mati. Lepas tu ada pulak pokok lain menumpang dalam pasu ni.

Jadi tak cantik dah sepasu pokok air mata ibu. Kalau tidak, cantik tumbuh semua bahagian sebab mak letak betul betul terdedah pada cahaya matahari. Cuma musim panas haritu lah buat pokok ni jadi macam ni. Rongak sana sini.

Pokok air mata ibu/Burro's tail

Pokok ni kalau lagi panjang berjuntai dan rimbun, dia akan nampak lagi cantik. Kena letak di tempat yang bukan laluan utama sebab pokok ni jenis fragile. Kalau terlanggar boleh berderai daun daun comel tu. Sayang kan. 

Pelik pelik aje lah nama nama pokok ni. Nak hadam pun terasa terlalu banyak. Asal tahu je sudah lah. Sambil mencari info pokok air mata ibu ni, rupanya ada beberapa pokok lagi spesis air mata ni. 


Tak nak lah tanam awak wahai pokok si air mata. Takut nanti saya pulak yang menangis kalau awak mati. Jadi pulak pokok air mata sihatimerahjambu. kah!


Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

$
0
0
1 Muharram 1442H, 20 Ogos 2020. Jadi hari Khamis adalah cuti umum seluruh Malaysia. Tahun ni tema Maal Hijrah bertemakan "Negara Rabbani Negara Harmoni". Jangan lupa kita baca sama-sama doa awal tahun dan akhir tahun. 

Doa ni tidaklah wajib. Tapi lebih baik sekiranya kita amalkan. Jom kita!

Doa Akhir Tahun 1441H

Doa akhir tahun di baca 3 kali selepas waktu asar sehingga sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada hari ni (29 Zulhijjah) 19 Ogos 2020. 

Doa Akhir Tahun Hijrah


Maksudnya :
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.

Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.

Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.

Doa Awal Tahun 1442H (Awal Muharram)

Doa awal tahun pula dibaca 3 kali selepas waktu maghrib pada 1 Muharram, 19 Ogos 2020. 

Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.

Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.

Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

Rujukan : akuislam.com

Satu Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah. Masih ingat kah lagi lirik lagu ni? Lagu yang biasa kita nyanyikan masa di sekolah bila tahun baru hijrah. Semangat betul nyanyi lagu tu zaman sekolah dulu. Kalau lupa, ingat kembali dan marilah kita semangat menyambut tahun dan mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Ulang Chorus
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Ulang Chorus 2X
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

Awal Muharram/Maal Hijrah/ Tahun baru

Awal Muharaam/Maal Hijrah/ Tahun baru Islam adalah hari yang sangat bermakna dan penting bagi semua umat Islam. 

Hari dimana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Tahun tersebut dikira sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


Koleksi Ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah Tahun Baru Islam 1442H

Tiada Kata Yang Seindah Lantunan Syair,
Tiada Mutiara Yang Secantik Bidadari,
Tapi Hari Ini Lebih Dari Hari Sebelumnya,
Kerana Tak Lama Lagi Kita Akan Melewati Detik Pergantian,
Yang Sama-Sama Di Tunggu Oleh Seluruh Umat Islam Di Dunia,
Hanya Satu Yang Dapat Aku Lakukan Dan Berkata,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442!

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Islam Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442.

Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan,

Ucapkan Selamat Tinggal Pada 1441H Dan Selamat Datang 1442H.
Semoga Tahun Hijrah Ini Jauh Lebih Baik Dari Tahun Lalu,
Dan Harapan Bahawa Kita Selalu Menjadi Teman Yang Baik,
Salam Maal Hijrah 1442H.

Menjelma lagi Tahun Baru,
Penyatuan Ummah jiwa raga.
Muharam membuka lembaran baru,
Tingkatkan amalan menuju Syurga.

Harapan Tahun Baru Hijrah Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Penghijrahan Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Penghijrahan Sebelumnya,
Salam Maal Hijrah Semua!

Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

Semoga Damai Dan Kasih Allah Mengisi Setiap Hari Dalam Hidupmu,
Harap Anda Dan Keluarga Selamat Dan Bahagia,
Selamat Tahun Baru Islam, Maal Hijrah 1442.

Burung murai hinggap di dahan,
Mencari makan untuk bekalan,
Hayati Hijrah dengan kesungguhan,
Penuh dengan lambang pengorbanan.

Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman,
Hati Akan Mati Tanpa Iman,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Semalam Adalah Kenangan,
Esok Adalah Impian,
Jadi, Sucikan Hati,
Jernihkan Fikiran,
Sambutlah Maal Hijrah Dengan Keazaman Baharu.

Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Pokok Sena,
Awal Muharam telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna.

Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi.
Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran.
Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya.
Hijrah daripada penindasan kepada keadilan.
Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan.

Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,
Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, Atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat,
Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga Lebih Berjaya!

Kini tiba bulan Muharram 1442 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1442, Selamat Tahun Baru Islam.

Burger King Malaysia Locates Another Outlet at Mid Valley Megamall; Let's You Eat Whenever, Wherever

$
0
0
Burger King Malaysia, siapa tak kenal. Nama Burger King Malaysia ni memang dah gah sebagai salah satu restoran makanan segera dengan servis online food delivery yang sangat ohsem! Para peminat Burger King juga ramai dan masing-masing seakan tidak sabar untuk mencuba pelbagai menu baru dan klasik di Burger King ini. 

Satu berita terbaru yang ada kaitan dengan Burger King telah membuatkan para peminatnya semakin gembira. Berita tersebut adalah mengenai Burger King Malaysia yang baru saja membuka cawangan terbaru mereka di Mid Valley Megamall dengan dekorasi restoran yang kelihatan sangat mewah. 

online food delivery


Berbalik pada restoran cawangan terbaru Burger King ini, reka bentuk restoran konsep ‘20 / 20 Garden Grill ’ telah dibina dengan pemanggang tembaga semula jadi. Konsep tampilan Burger King ini seakan kembali ke zaman retro. Makin menarik apabila tempat duduknya disediakan dalam susun atur seakan gerai dengan meja makan gaya jamuan untuk duduk santai ramai-ramai.

20/20 Garden Grill telah dikembangkan sejajar dengan prinsip reka bentuk BURGER KING's®️ dan mempamerkan estetika yang asli, hangat dan berani. Reka bentuk baru yang seakan mengembalikan kenangan bersejarah dapat menonjolkan nostalgia zaman awal jenama BURGER KING®️. 

Pelbagai pilihan tempat duduk yang selesa turut ditawarkan untuk para tetamu termasuk bilik, meja komuniti dan tempat makan gaya jamuan dalam persekitaran lebih menarik, hangat dan selesa.

online food delivery


Menggabungkan bahan semula jadi dengan palet warna terang, hiasan ddalam gaya yang menarik. Makin terserlah dengan set pencahayaan yang lengkap. Tambahan pula, boleh dikatakan hampir semua orang tahu yang burger dari Burger King ini dipanggang dengan api yang sempurna untuk lebih rasa, jadi jika anda tidak mahu ketinggalan untuk merasai burger sebegini, janganlah tunggu lama-lama. 

Dari jam 18:00 hingga 21:00, setiap hari ada dan inilah peluang anda untuk menikmati makanan segera yang lazat! Burger dan ayam goreng? Jangan cakap lagi kerana ini adalah gabungan menu makan malam yang memang hebat!

online food delivery


Burger selalu merupakan idea yang baik untuk makan kerana rasanya yang sedap dan mengenyangkan juga. Ditambah dengan tawaran makanan yang ditawarkan oleh pihak Burger King dengan hanya perlu membayar sebanyak RM13.90 untuk satu set penuh, memang sangat berbaloi untuk dinikmati. 

Tawaran makanan ini sangat sesuai dan untuk menunya ia mengabungkan burger, cheesy fries, ayam goreng, dan juga minuman. Malah anda juga boleh memilih dari dua burger yang berbeza sama ada Burger Ayam Bakar atau Cheeseburger. Tak ke murah tu? Ohya, jika nak makan menu ini di luar waktu yang telah ditetapkan, anda masih boleh mendapatkannya dengan harga RM16.90. Beza sikit saja.


online food delivery


Lepas ni kalau terasa nak makan burger sebagai menu makan malam, jangan teragak-agak untuk mencuba menu dari Burger King. Lagi-lagi jika kebetulan berada di sekitar kawasan Mid Valley, bolehlah berkunjung sendiri ke sana.Jangan lupa juga untuk mengambil beberapa gambar untuk dimuatnaik ke Facebook, Twitter dan Instagram untuk detik gembira anda bersama burger Burger King dalam suasana premis yang superb.

Seperkara lagi, setelah seharian bekerja dengan rasa penat ditambah perut berbunyi lapar, sesekali makan malam dengan menu sedap dari Burger King pun seronok juga.

online food delivery


Tak payah nak susah payah terus ke restoran Burger King untuk order, terus balik ke rumah dan buat tempahan melalui website Foodpanda. Kemudian tunggu makanan yang dihantar oleh Foodpanda sampai depan pintu tanpa perlu bersusah payah. Burger King’s Perfect Dinner Deal memang tidak mengecewakan. 

Foodpanda juga sama. Balik kerja boleh terus berehat depan TV sambil menikmati burger sedap yang terbaik. Jom makan burger dari Burger King! Sedap sangat-sangat! Memang puashati!

Happy Wedding Anniversary. 7 Tahun Dah!

$
0
0
23 Ogos, 7 tahun lepas tarikh yang sama sedang dup dap dup dap berdebar menanti majlis nikah. Kami berdua nikah hari jumaat dan majlis nikah dibuat selepas solat jumaat. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekali lafaz akad kami menjadi suami isteri.

Syukur Allah panjangkan usia dan jodoh kami sehingga ke hari ni. Tempoh 7 tahun bukanlah masa yang singkat. Perjalanan hidup perkahwinan ni ada yang indah dan ada sebaliknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. 



Ikutkan dah 7 tahun ni, dah ada 2-3 orang anak dah. Itu apa yang kita fikirkan dan apa yang kita mahukan. Tapi siapalah kita pun. Hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Allah akan bagi tepat pada masanya. Percaya itu je. Kadang emosi naik turun juga bila memikirkan. Lagi lagi bila orang dok sembang pasal anak. Kita nak sembang pasal apa?

Terpinggir sungguh rasanya. Masa itu rasa nak nangis je. Dalam hati "sabar Fiza! tahan, kau kuat". Kuat tak kuat 7 tahun dah hadap ni.

Bila orang lain kahwin terus dapat anak. Tumpang happy tapi dalam masa yang sama sedih dengan diri sendiri. 

Macam biasalah orang akan bertanya.

Soalan cepu emas

"Tak pergi berubat ke?"
"Tak cuba berurut ke?"
"Tak cuba buat IVF ke?"

Selalu senyum kelat dan kadang kala geleng. Faham dah tu kan. Tanda tanda malas nak sembang panjang lebar. Biarlah perjalanan itu hanya kami je yang tahu. 

Sampai harini positif je tau percaya apa yang Allah akan berikan. Kadang emo tu biasa. Cuma itulah bila dah berjumpa dengan orang dan bila soalan tu ditanya. Tiba tiba mood auto berubah. Luar je nampak cool dalam hati dah ribut taufan melanda. 

Paling tak kelakar soalan tu ditanya di bila sedara mara berkumpul. Aduhaiii... Berperang dengan diri sendiri lah masa tu. 

Be positif!

Takpelah, fikir positif je. Orang tanya mungkin dah tak ada soalan lain kot nak ditanya. Walaupun ada 1001 soalan lain yang boleh ditanya. Ini namanya jenis manusia tak sensitif.

Ya, bukan mudah nak kuat. Dalam masa yang sama try hard lawan perasaan tu. So far boleh je chill dengan segala soalan tu. Lepas tu masuk bilik nangis kat bucu katil. Ehhh itu dalam drama je.

Tak sangka eh dah 7 tahun berlalu. Rasa macam baru je kahwin. Klise betul ayat ni. Gambar pun macam baru ambil tadi. Hahaa..Ye, masih mood honeymoon setiap masa. 

Ada orang yang dah ada anak cemburu pula tengok kita boleh berdua-duaan setiap masa. Kita pula cemburu tengok kehidupan mereka yang ada anak. Itulah sebabnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan lalui sekarang.

Bersyukur lah

Bersyukur tu buat kita lagi bahagia sebenarnya. Bahagia pula terletak pada hati. Nak bahagia jangan tengok apa yang orang lain ada bak kata Ustaz Syamsul Debat. Jangan ada penyakit hati atau krisis hati yang buat kan kita dengki dan tak bersyukur.

Dengar ceramah ni secara tak lansung ingatkan kita, muhasabah diri dan memperbaiki diri. Suka dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat dan Ustaz Khairi Abdullah. Sorang nismilan sorang utagha. 

Sampai dah boleh hafal apa yang nak disampaikan sebab content dia lebih kurang sama dan berulang je. Tapi okaylah untuk santapan halwa telinga kita dengar majlis ilmu ni.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Fikir dan doa yang baik baik je lah. Mungkin masa ni belum sesuai lagi untuk ada anak. Mungkin Allah kata masa ni untuk Fiza dah suami boleh uruskan hal mak mak kami dan abah lebih mudah sementara masih belum ada anak lagi ni.

Doa kan juga untuk kami. Mana tahu berkat doa dari orang lain juga, merasalah kami dapat jadi parents sekiranya dipanjangkan lagi usia kami. Mana tahu hikmahnya nanti dapat anak kembar sekaligus terus ramai. Tak salah bermimpi di siang hari pun. Allah maha mendengar. Berusaha dan berdoalah.

Fiza pun doakan semoga Allah berikan juga rezeki anak pada mereka yang masih belum punyai anak. Aaminnn...

Penat dah bersedih. Kadang nasihat orang pandai. Diri sendiri belum tentu kuat. So far dah 7 tahun ni kira berjaya juga melawan segala kata-kata yang tak sedap di dengar tu. 

Semoga dijauhi dengan manusia yang dengki dan busuk hati. Dah tahu dah kahwin lama, saja nak tanya soalan tu. Yang tu memang saja cari pasal. Dia pula yang tak senang hati tengok kita tak ada anak. Macam bila ada anak, anak kita dia kena jaga agaknya. Kan!

Paling faham makcik makcik bawang. Dah itu kerja mereka...

Fuh, sekali Fiza dah berbebel. Terus panjang karangan hari ni. Bukan selalu nak bebel pasal ni. Bagi peluang setahun sekali bercerita. Harap tahun depan tak bebel macam ni lagilah kan.

Simple Celebration Wedding Anniversary

Ikutkan plan nak bercuti tapi masa tak mengizinkan. Tunggu lah nanti masa yang sesuai untuk bercuti. Dapat bercuti sehari pun jadi lah. Simple celebration je lah untuk tahun ni. 

Petite Korean Cake

Petite Korean Cake-Red Velvet

Smooky Chicken Grill

Tauhu Begedil

Beli kek petite korean cake, comel betul kek korea ni. Simple topping dan saiz kecil sesuailah untuk celebration berdua. Order sekali Smooky Chicken Grill, Tauhu begedil dan sardine puff (lupa nak ambil gambar). Semua ni order kat @theadmirebynaj.

Alhamdulillah...




Korean Cake Design

$
0
0
Baru baru ni trending korean cake design. Merata rata nampak dalam media sosial. Boleh kata yang korean cake design 2020 ni adalah sejenis kek yang comel dengan minimal cake design. 

Fiza salah seorang yang suka dengan simple korean cake design ni. Minimalist. Less is more. Tak perlu sarat dengan topping cake. Lagipun kek macam ni nampak comel dan jadi idaman semua orang. 

Err..mungkin tak semua orang minat kot. Minat dan citarasa masing-masing berbeza.

Tengok sekali pun dah jatuh hati dah. How to make korean minimalist cake ni nampak mudah gayanya. Super simple, easy peasy. Dalam tu tak kisah lah kek apa sekalipun. Yang penting luaran dia tu untuk nampak lebih korean cake design.

How to make korean minimalist cake

1. Putih

Warna putih adalah warna utama yang sesuai untuk dipadankan dalam apa acara sekalipun. Kek yang disalutkan dengan krim putih akan lebih nampak classic dan just nice.

2. Warna plain

Simple korean cake design menggunakan warna plain untuk decoration cake. Plain dan simple. Kalau tak suka warna putih, boleh beralih kepada warna plain. Warna pastel pun On jugak. Contoh macam kek anniversary Fiza ni. Comel kan!

Simple korean cake design


3. Rough Frosting

Rough frosting ni adalah trademark untuk korean minimal cake design. Ala calit calit krim icing gitu. Tak kemas dan nampak unik. Calit calit camtu pun lawa kan.

korean cake design


Ada juga jenis simple korea cake design tanpa sapuan icing. Dipanggil cream naked. Kalau salah sila perbetulkan ye. Cuma letak krim untuk topping sahaja.

Untuk tambah lagi menarik, boleh juga gunakan idea untuk letak buah-buahan segar atau bunga-bunga segar sebagai hiasan. Cantik tau kalau kek putih letak hiasan buah atau buah segar yang colourful. Cantik dan nampak wow sangat.

Kalau letak buah atau bunga tu sesuai lah untuk wedding cake. Untuk yang korean minimal cake ni lebih popular untuk korean birthday cake design.

Tak tahu dari mana tiba tiba viral dan trending korean birthday cake ideas ni. Mostly dijual dalam bentuk saiz yang kecil dan dengan harga yang berpatutan.

Bagus juga ya dijual dengan pelbagai jenis saiz. Jadi, kalau nak sambut birthday dengan jumlah kumpulan yang sikit kira berbaloi lah beli sebiji kek saiz yang comel. Petite cake.

Sekurang kurangnya ada pilihan saiz yang lebih kecil dari biasa dan harga juga lebih murah daripada harga sebiji kek besar tu.

 
korean cake design-Red Velvet


Kira okay juga ada petite saiz. Sekali hadap je terus habis. Tak perlu nak simpan kalau makan berdua. Tapi petite saiz ni tak kecil juga lah. baru makan sepotong dua dan rasa kenyang. Ke baru lepas makan heavy food.

Range Harga Petite Korean Cake

kalau tak makan apa-apa terus makan kek mungkin tak cukuplah sepotong kek tu kot. Saiz ni Fiza beli kat @theadmirebynaj. Range price dari RM45-RM65. Tengok jenis topping dan flavour cake agaknya lah. Fiza pilih mana yang available je.

Kek Ready stok. Walk in je. Kalau ada rezeki, ada lah stok yang kau orang nak tu. Better tanya dulu lah mana yang available. Ini bukan promote berbayar okay. Bagitau sesiap kat mana Fiza beli sebab nanti ada yang bertanya pulak.

Pelbagai Saiz Korean Cake Design

Fiza ada nampak juga kat media sosial ada bakers lain jual dengan saiz lebih kecil macam burger saiz tu. Lagilah comel! Kek bajet dan sangat comel.

Ada juga yang jual kek bentuk separuh kek. Kiranya jual separuh saiz lah. Pun ada! Nak mudah dan lagi jimat beli kek slice pun okay. Ikut bajet sendiri.

Walaupun nampak simple korean cake design ni tapi memerlukan kreativiti juga. Orang calit calit cantik je tengok, diri sendiri buat entah rupa apa entah nanti.

Kalaulah Fiza pandai buat cake, rasa boleh ketagih nak buat topping dia je. Bab seni macam ni seronok buat (untuk yang sukakan seni). Lepas tu syok sendiri ambil gambar tak sudah sudah. 

Salutelah pada bakers kental yang sabar nak mendekorasi sebiji kek. Tak boleh lah kita complaint lelebih. Cer buat sendiri tengok apa jadi.

Pada kita nampak simple. Ada juga harga simple tak kena dengan harga. Mentang mentang tengah trending tengah viral. Dia up harga kayangan pulak. 

Kek comel, harga comel dan rasa sedap. Baru lah bermakna seketul korean cake ni untuk dibeli. 

Deodorant Untuk Ketiak Berbau Paling Berkesan Setakat Ini

$
0
0
Pernah tak jadi pada kau orang, pakai deodorant pun masih lagi tak dapat mencegah bau badan? Berusaha macamana pun malangnya berbau juga badan tu. Jangan risau, ada deodorant untuk ketiak berbau yang paling berkesan. Fiza dah cuba!

Harus di ingatkan, ini bukan review berbayar ya. Nak kongsi sebab deodorant untuk ketiak berbau inilah paling berkesan setakat ini yang pernah Fiza cuba.

Jujur nak cerita, sejak kurang bersenam ni kalau buat kerja sikit mesti cepat berpeluh. Bila dah berpeluh dan bergabung dengan bakteria tu, muncullah bau badan yang tak best. Rimas betul. Tapi tak sampai tahap ketiak berbau bawang lagi lah.

Cakap pasal ketiak berbau bawang tu teringat kisah lama. Rasa dah beberapa kali cerita kisah ni dalam blog. Diringkaskan cerita...

Kisah naik KTM, waktu orang balik kerja. Padat dengan manusia yang baru balik kerja. Faham je lah macamana kan. 

Berdiri sambil pegang besi tengah-tengah tu. Nasib tak berapa nak baik haritu boleh pulak berdiri bawah ketiak orang. Kita ni dahlah tak berapa nak tinggi. Tak pasal kena hadap ketiak berbau bawang tu untuk seketika. Kembang kempis hidung menahannya. Aduhaiii..

Kalau ketiak berbau bawang tu dah kira tahap kritikal kena berubat cepat. Tak ada siapa yang suka badan berbau. Kalau boleh memang tak nak pun orang lain bau badan kita bila bau busuk.

Kalau boleh juga nak elakkan badan berbau. Tapi cuaca panas ni memang tak boleh nak elakkan dari berpeluh. Peluh pulak tu taknak bagi kerjasama lansung. 

Ikut petua orang lama, gunakan limau nipis hilangkan bau ketiak. Potong dua dan gosok lah ketiak dengan limau nipis tu setiap kali mandi. Amalkan selalu, inshaAllah elok katanya. Yang nak guna petua lama silakan.

Fiza dah cuba beberapa produk hilangkan bau badan. Bermacam-macam jenis. Ada jenis deodorant roll on, deodorant dry serum dan deodorant armpit powder. Semuanya tak sampai tahap yang betul betul puas hati kot. Bagus memang bagus tapi bila tak sesuai untuk tahap yang berpeluh teruk.

Orang kata tawas hilangkan bau ketiak dengan berkesan. Pernah juga guna deodorant batu garam mineral. Smelly No More lah! Bertahan sampai 2 botol je Fiza guna.

Sekarang Fiza dah jumpa deodorant batu tawas yang paling terbaik untuk atasi ketiak berbau. Bila berpeluh pun tak ada bau yang kurang sedap muncul tiba-tiba. 

Kenapa Ketiak Berbau? Ini Antara Punca-Punca Ketiak Berbau.


1. Berpeluh

Gabungan peluh dan bakteria membuatkan badan berbau.

2. Pemakanan

Suka makan makanan pedas, bawang yang membuatkan badan berpeluh dan mengeluarkan bau yang kurang enak.

3. Tekanan

Bila tertekan akan membuatkan badan mula berpeluh.

4. Alkohol

Pengambilan alkohol yang lebih tinggi akan mengakibatkan peluh dan nafas berbau.

5. Pemilihan Pakaian.

Pilih pakaian yang diperbuat daripada material kapas dan kain sejuk yang lebih selesa dan sesuai dengan cuaca. Terutamanya dalam pemilihan pakaian dalam yang paling dekat dengan kawasan mudah berpeluh seperti ketiak, belakang dan dada.

6. Genetik

Ada sesentengah punca bau badan adalah dari genetik. 

7. Diabetes/Kencing Manis

Penyakit kencing manis jika tak dikawal ia akan memburukkan lagi bau badan.


Cara Hilangkan Ketiak Berbau

Nak guna limau nipis hilangkan bau ketiak payah pulak nak sediakan stok limau nipis tu. So kita gunakan tawas hilangkan bau ketiak je lah. 

Gunakan tawas moden, salah satu produk hilangkan bau badan yang Fiza nak recommend pada kau orang yang ada masalah bau badan tapi tak jumpa produk yang sesuai lagi.

Ini pun anak buah yang recommend juga ni. Dia kata ini paling bagus dan berkesan. Ada orang panggil batu tawas atau kristal deodorant.

Grace Pure Crystal Deodorant Roll On Antiperspirant Body Smell Alum Rock (70gram)

Panjang nama penuh produk ni ye. Nama pendek dia kristal deodorant yang diperbuat daripada garam mineral semulajadi dan 100% bahan semulajadi. Fungsi dia tak lain tak bukan untuk menyah bau yang menyebabkan bakteria.

Kristal Deodorant-Sorn-Sam-Batu-Tawas

Secara tak lansung dapat meneutralkan bau badan yang tidak menyenangkan, menghalang pembentukan bakteria dan peluh. Selamat digunakan sebab tak mengandungi bahan kimia, tiada minyak, tiada wangian dan tiada bahan terlarang. Pendek kata, selamat digunakan.

Kristal Deodorant (Sarn-Som) ni sangat popular di Thailand dan antara produk terlajak laris. 'Tawas' pulak nama yang digunakan di Filipina. Dulunya digunakan secara tradisional, sekarang baru dikomersialkan. Itu apa yang Fiza faham dari apa yang Fiza baca.

Keistimewaan Kristal Deodorant

  • Perlindungan selama 24 jam

Pemakaian selama 24 jam tu Fiza belum cuba lagilah. Kalau pakai 24jam tu tak mandi lah tu kan. Paling lama pakai 12 jam sebab keluar rumah dalam tempoh waktu yang sama. 

Terbukti sangat berkesan lah. Serius rasa selesa bila badan tak keluar bau yang tak best tu. Barulah confident nak berlama-lamaan bila keluar pagi balik petang tu. Berbeza sangat bila pakai deodorant yang sebelum ni. Beli mahal tapi kesannya kurang. Tapi kristal deodorant ni serius best lah! Saya suka!

  • Tidak Melekit

Kebanyakkan jenis deodorant dipasaran jenis krim atau cecair. Jenis batu kristal atau batu tawas ni, dia akan menyerap secara natural dan lansung tak ada rasa melekit pada ketiak. Tak tipu okay!

  • Tidak Meninggalkan Kesan Pada Bahagian Ketiak Baju

Bila tak melekit atau kurang berpeluh tu tak adalah akan meninggalkan kesan pada bahagian ketiak baju tu kan. Lagi lagi baju putih tu yang susah nak jaga tu.

  • Memutihkan Ketiak

Paling best kristal deodorant ni boleh memutihkan bahagian ketiak kau orang. Nampaklah beza dia sebelum dan selepas tu. But make sure lah ketiak tu tak ada rerambut okay. 

  • Boleh merawat tumit kaki kering

Yang ini Fiza belum cuba lagi lah. Ini apa yang dinyatakan pada maklumat produk tu. In case kalau tumit kaki kering, nak cuba juga lah tapi kena asingkan produk lah. 

Jangan satu produk kau orang hentam guna ketiak dengan tumit kaki sekali. Nanti tak dapat beza mana satu ketiak mana satu tumit. Okay, tak kelakar.

Produk-produk yang Fiza gunakan sebelum ni semua okay lah cuma tak betul betul mencapai tahap yang Fiza nak. Now dah jumpa kristal deodorant ni sangat puas hati. Paling tip top lah. 

Cara Nak Pakai Kristal Deodorant

Lepas mandi, sementara ketiak masih basah. Kau orang roll je kan pada ketiak kau orang tu. Kalau badan dah kering, basahkan ketiak atau basahkan kristal deodorant tu. Kemudian biarkan je ketiak kering sendiri. Tak payah nak lap dah.

Kristal Deodorant-Sorn-Sam-Batu-Tawas

Dah guna, bilas kristal deodorant dengan air dengan cara sekali lalu pada air paip mengalir. Yang penting nak guna tu mesti kena basahkan dulu.

Kristal Deodorant-Sorn-Sam-Batu-Tawas

Yang ada masalah tu bolehlah cuba kristal deodorant. Sumpah best pakai. Better lah dari produk kristal deodorant yang pernah Fiza cuba. Harga pun mampu beli lagi. Harga RM7.99 je. Beli 2 terus, baru berbaloi. 

Satu natural dan satu lagi aloe vera. Fiza baru pakai jenis natural. Ingatkan tak ada bau, rupanya ada lah bau dia. Bau wangi yang tak berapa nak kuat sebab dia natural kan. Selain tu ada kunyit, mangosteen dan juga coconut. 

Kat mana nak beli?

Boleh cari kat shopee, Survey mana yang berkenan di hati dan kena dengan bajet. Lain penjual lain harganya. Fiza beli 2 sebab nak cuba. Dah cuba macam nak beli lagi buat stok. 

Dah cuba dan kalau berkesan, boleh share dan recommend pada yang ada masalah bau badan. Kot berkesan pada mereka. Sharing is caring gitu.

Melatah. Nak Gelak ke Nak Kesian?

$
0
0
Siapa entah post status lawak tengok orang melatah dalam satu show ni. Fiza pun carilah kat youtube. Mungkin show Opocot melatah yang dimaksudkan. Kesian pulak tengok artis melatah teruk betul. Pulak tu ramai yang dok sakat.

Tak pasal, Fiza boleh terjebak tengok show tu. Aduhaiii nak gelak ke nak kesian entah. Opocot! Ooo mak kau! Itu biasa kita dengar yang keluar dari mulut orang yang kaki latah ni. Asal cucuk pinggang atau cuit sikit je dah mulalah dia melatah tak berhenti.

Yang keluar opocot, mak kau tu okay lagi lah. Tapi kalau perkataan yang tak senonoh tu, boleh buat malu je. Zaman dulu, melatah ni terkenal dikalangan orang orang tua je. Sekarang ni, orang muda pun dah mula melatah. 

Melatah penyakit atau tidak?

Menurut Kamus Bahasa Melayu
[me.la.tah] | ملاته

Definisi : melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


melatah

What causes latah? Latah terjadi bila mana seseorang tu terkejut melampau dengan sesuatu. Samada dengan disergah, usikan, cuitan ataupun bunyian. Uniknya budaya melatah ni hanya terjadi pada sesetengah bangsa di Asia Tenggara dan kebanyakkannya adalah wanita.

Wanita melatah itu biasa. Lelaki melatah jarang sekali tapi bila tengok show tu macam lebih ramai lelaki melatah rupanya.

Pakar mempercayai bahawa latah ni adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit. Ada juga yang mengatakan ianya sejenis penyakit. Mungkin ia berkaitan dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan juga sosial.

Ianya tergolong dalam culture-bound syndrome, Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-diterbitkan pada tahun 1994. 

Jadi, masih belum diketahui punca yang tepat untuk dikategorikan sebagai masalah kesihatan mental ataupun sekadar tabiat dalam sesuatu budaya.

Sejarah latah pula boleh baca kat cerita lengkap fenomena melatah.

Melatah Boleh Berjangkit

Ye, melatah boleh berjangkit tau! Ehh bukan saja nak takutkan tapi orang kata lah. Katanya kalau kita suka usik ke sakat orang melatah, nanti kita pun boleh terkena jangkitan melatah tu.

Faktor genetik juga salah satu punca jangkitan melatah ni. Lagi lagi kalau duduk satu rumah dengan keluarga yang jenis melatah. Persekitaran juga memainkan peranan seseorang mudah dijangkiti tabiat melatah ni.

Kesan Melatah

Serius cakap, rasa kesian bila orang suka mengusik kaw kaw orang melatah tu. Yang kita ni dok gelak sampai keluar air mata dibuatnya.

Ada juga saudara jenis melatah teruk. Kalau berjumpa ada je yang suka menyakat dia. Kesian-kesian pun kita boleh gelak lagi tengok gelagat orang melatah. Terasa kejam pulak gelakkan orang melatah. Tapi itulah tak boleh nak bendung gelak tu. Sakit perut gelak weii

  • Penat Melatah

Kita gelak-gelak, orang yang melatah tu serius penat. Dia pun tak minta jadi macam tu. Tapi bila masyarakat sekeliling suka menyakat hari hari mana mahunya melatah tu nak hilang macam tu je.

Tipulah kalau kata mereka tak malu dan rendah diri. Benda susah nak kawal dan mereka pun tak sangka akan jadi seteruk itu. Kalau jenis yang melatah teruk memang penat lah kena jadi bahan lawak orang.

  • Kerja Terganggu

Kerja mereka pun boleh ternganggu kalau orang asyik dok sakat je. Orang melatah ni sangat bahaya kalau drive. Rasanya tak ada orang melatah drive kan? Ke ada juga? Ke tak dibenarkan drive. Maaf, soalan macam bodoh tapi serius juga nak tahu sebab tak tahu. 

Dalam hal ni tak tahu nak salahkan sesiapa. Mereka dan keluarga mereka? Oh tidak! Orang sekeliling memainkan peranan bantu mereka. 

  • Melatah Membahayakan

Jangan usik keterlaluan. Gurauan tu adakalanya bahayakan nyawa orang. Dibuatnya masa tu tengah potong sayur kat dapur, sekali terkejut pisau terkena orang. Tak pasal bahayakan orang lain juga. 

Nak mengusik pun biar kena tempat dan masanya. Dan gurauan tu jangan melampau sangat. 

Cara Hilangkan Latah

Orang sekeliling kena bantu pelatah ni dengan cara jangan buat mereka melatah. Sebab lagi kerap kita sakat dia lagi galak dan semakin teruk latahnya nanti.

Cara lain, jalani terapi, kaunseling (psikoterapi) dan juga hipnoterapi. Kalau rasa orang sekeliling tak membantu, boleh usaha jalani rawatan dan terapi. Mudah-mudahan dapat membantu menghilangkan latah.

Rasanya setiap orang ada je melatah. Cuma melatah tu jenis melatah biasa dan tak teruk. Contohnya macam barang terjatuh ke, tersandung ke. Dia jadi auto melatah. Ada tak yang macam tu? Mesti ada kan.

Fiza paling takut dekat dengan orang melatah ni. Risau betul dipukul diketuk ke bila orang lain usik. Kita pulak yang jadi mangsa nanti. Sebelum terkena, siap siap jauhkan diri daripada si pelatah.

Kalau nampak orang  melatah, sila duduk jauh jauh okay. Jangan kau orang tumpang sekaki menyakat pelatah. Mereka ada perasaan dan mereka juga perlukan masa untuk bertenang. Hormati juga keluarga mereka. Kalau family pun jenis suka menyakat tak boleh nak kata apa lah. Itu antara merekalah.

Orang luar, faham faham sendiri. Kalau orang tak suka, tak perlu seronok sangat lah nak menyakat.





Bila Tekak Teringin Nak Makan Mee Kari, Masakkan Aje!

$
0
0
Kalau ada yang perasan, lately Fiza dah kurang post gambar makanan. Bukan tak masak. Masak je! tapi itulah bila datangnya mood tak menentu dan kecelaruan mood. 

Semua benda nak buat serba tak kena. Masak pun benda yang simple-simple je yang selera nak makan.

Nak ambil gambar lagi lah tak ada mood. Punya lah teruk dia punya mood mengalahkan ibu mengandung. Kalau mengandung betul, entah macamana lah agaknya nanti kan. 

Harap ada rezeki mengandung tak mengidam macam-macam. Jenuh husband nak layan isteri nanti. Bak kata arwah seniman P.Ramlee "siapa tak sayang bini oiii"

Semalam husband keluar kejap, sempatlah nak kirim barang-barang nak buat mee kari. Tiba-tiba dia datang mood rajin. Dah ada mood rajin tu jangan tanguh-tanguh dah.

Mujur kerja masak mee kari tak separuh jalan. Alhamdulillah siap mee kari. Macam biasa tak pernah cukup rencahnya. Cili besar merah lupa nak tulis dalam list. 

Takpelah, dah letak cili kisar masa tumis kira ada rasa pedas juga lah tu.

Resepi Mee Kari Masak Cara Fiza

Rezeki jugalah dapat beli kerang yang saiznya besar sikit. Sejak PKP tu makin susah nak dapat beli kerang. Baru baru ni jelah baru ada rezeki makan kerang. Harga boleh tahan sekarang eh? Beli sekilo setengah dah RM21.++. Tapi puas hati lah kerangnya agak besar jugalah. 

Tips Bersihkan Kerang dan Cara Masak Kerang Tak Kecut

Fiza biasa basuh kerang guna serai atau garam sampai bersih. Lepas tu rebus tanpa air. Lepas cuci kerang, toskan lepas tu masuk terus dalam kuali. Letak serai dan halia. Biarkan sampai masak. Tak perlu letak air. 

Tanda kerang dah masak, kulit dia terbuka. Bila ada yang dah terbuka tu tandanya dah masak dah tu. Angkat masukkan dalam bekas yang berisi air batu. So nanti kerang tak melekat pada kulit dan senang kopek. Kerang pun nampak fresh tak kecut. 

Resepi Mee Kari

Masak mee kari Fiza tak campurkan sekali dengan kerang dalam kuah. Nak makan baru letak dalam mangkuk. Sayur sawi pun sama. Tak suka nak campur semua rencah dalam kuah. So nanti kuah boleh simpan lama sikit dan lambat basi. Sayur pun tak lecur lama.

Buat style macam ni senang. Mudah kerja untuk yang tak makan kerang, tak makan sayur. Tak nak tak perlu ambil. Tapi kalau dah campur dalam kuah, jenuh nak mengasingkan rencah. Lagi satu akan menyebabkan pembaziran.

Lagi satu nak simpan kuah, Fiza habiskan rencah sesiap. Esoknya nak makan panaskan kuah dan letak rencah baru macam fishball, fishcake dan tauhu. Baru lah rasa sedap sikit.

Tips Kuah Mee Kari Pekat

Nak kuah pekat boleh tambah kentang rebus atau keledek yang dah siap rebus dan lenyekkan. Tak ada keledek letak kentang lenyek pun okay. Nak kerja mudah. Fiza potong kentang terus blend je. Tak perlu rebus dan lenyek. Lagi cepat kerja lah. 

Nak guna cara tradisional macam biasa potong dan rebus, kemudian lenyekkan. Macam banyak kerja kan? Boleh tiru masak cara Fiza dengan cara blend terus masukkan dalam kuah. Jimat masa dan kerja.
Keledek tu lagi sedap kalau letak, dia akan rasa kuah tu manis-manis sikit. Mak Fiza cakap lah.

Nak kuah tu lagi rasa sedap, selain blend udang kering. Tambah sikit udang fresh. Rasa manis udang pun sedap juga.

Hidangkan mee kari dengan kopi tarik memang sedap. Sambil menulis ni pun boleh kecur air liur. Aduhaii. itulah kalau teringin kena rajin nak memasak. 

Nak beli kadang tak kena dengan tekak. Memang leceh masak mee kari ni. Banyak banyak nak sediakan. Kalau tak 2 jam kat dapur tu tak sah. Sesekali boleh lah layan.

Resipi mee kari masak cara fiza mungkin tak sama dengan orang lain, ikut kaedah masak cara masing-masing. Kalau nak cuba cara Fiza silakan atau boleh google mana mana resipi mee kari yang mana senang pada kau orang.

Malas nak taip semula resipi mee kari, silalah klik link resipi tu kalau nak cuba. 




PKP Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020

$
0
0
PKP Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Itulah yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pukul 8 malam 28 Ogos semalam dalam perutusan khas.

Dah jaga dah PKPP akan dilanjutkan tapi tak sangka pula sampai hujung tahun. Betul betul tak sangka sebenarnya. Tempoh yang sangat lama tu. 4 bulan lamanya!

PKP Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020
credit image : google

Bila dah dilanjutkan PKPP tu maknanya segala Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol tu kenalah kena patuhi selagi mana dalam tempoh PKPP.

Dengar kata kompaun juga akan dinaikkan. Haaa..silap besar lah kalau masih ada yang berdegil tak ikut SOP. Segala akta masih lagi berkuatkuasa dan memang satu kesalahan kalau kita langgar undang-undang.

Semalam tak silap Fiza ada satu video viral di Korea kalau tak silap. Orang tegur tak pakai face mask pun boleh pulak uncle tu pukul orang yang menegur tu. Aduhaiii..dia pun degil tak boleh bawa bincang.

Dalam tempoh pandemik COVID-19 banyak bagi kesan pada manusia seluruh dunia. Ada yang stress tak ada kerja, pendapatan tak ada, dibuang kerja dan banyak lagi masalah. 

Tapi itulah kalau tak dikawal, tak sabar jadilah macam tu. Tegur sikit pun tak boleh. Tak faham betul! Sebab benda ni melibatkan kesihatan semua orang.



Baguslah juga PKPP dilanjutkan selagi belum ada vaksin dan selagi masih ada yang berdegil ikut SOP. Yang degil kuanratin tu satu hal juga. Duduk diam diam pun tak boleh.

Kalau kes meningkat lagi, kebarangkalian pergerakan tu akan diperketatkan. Jadi janganlah jadi manusia yang pentingkan diri. Ikut je SOP. 

Sama-samalah kita lebih prihatin dan bertanggungjawab jaga sesama kita supaya wabak tak terus menular. Jangan ada lagi virus Super Spreader macam kluster Sivagangga tu. Sekejapan merebak sampai dah mula PKPD dah sekarang ni. 

Kalau masing-masing ambil peduli tentu kita dapat cegah dan putuskan rangkaian dengan cepat. Tengok carta dan report harian Covid-19 tu ada naik turun. Kejap naik kejap turun. Entah bila lah nak 0 kes.

Bila PKPP dilanjutkan sampai hujung tahun bermakna tahun 2020 kita hidup normal 2 bulan lebih je. PKP sejak mac sampailah disember. Harap tahun 2021 dapat mulakan hidup baru yang lebih baik. Aaminn...

Kuew Teow Goreng Untuk Suami

$
0
0
Bukan nak cakap apalah. Sejak pandai masak kuew teow sedap. Sedap ke? Sedaplah pada tekak orang yang makannya. Bukan Fiza cakap lah tapi yang pernah makan tak pernah komplen lagi cakap tak sedap. Siap ada minta resepi lagi tu.

Nah resepi, letak sesiap sebelum ada yang tanya : Resepi kuew teow goreng mudah dan sedap.

Kalau tanya suami esok nak masak apa, nak makan apa. Kalau ada stok kuew teow, kuew teow goreng lah jawapan dia. Fiza ni dengar kuew teow pun boleh rasa mual nak muntah. Serius tak tipu!

Resepi Kuew Teow Mudah Dan Sedap

Nak dijadikan cerita, dulu sejak pandai masak kuew teow ni. Boleh dikatakan kerap juga lah masak kuew teow goreng ni. Kira handal lah tu masak kuew teow.

Sampai satu tahap tu, dia tak boleh nak brain dah rasa sedap sepinggan kuew teow. Rasa sedap tu terus bertukar rasa jemu dan terus rasa kuew teow goreng tu biasa je walaupun orang lain kata sedap kemain puji melambung lambung.

Jemu Dengan Masakan Sendiri?

Paling tidak, boleh masuk sesudu dua je. Pelik ke tak pelik? Mungkin sebab jemu dengan masakan sendiri atau jemu makan kuew teow entah.

Tapi dalam tak suka tu, boleh pula order kuew teow goreng kat kedai. Sekali rasa tak sedap dan tak ikut taste kita pula. Baik masak sendiri lagi sedap cakap dalam hati. Ko dah kenapa sebenarnya Fiza oiii? 

Masak sendiri tak lalu makan, beli tak sedap pula. Apa yang kau nak sebenarnya ni? Haha kelakar dengan diri sendiri.

Tak Boleh Kerap Makan Benda Yang Sama.

Sebenarnya boleh je makan cuma tak boleh sekerap dulu. Sebulan sekali boleh lah. Sama juga dengan mee goreng. Tak boleh selalu makan. Mengada betul eh tekak ni.

Dulu zaman sekolah rendah, suka betul makan durian sebab masa tu dusun durian abah masih ada lagi durian berbuah. Sekarang dah bertukar jadi kebun getah. Suka ikut abah pergi dusun, jual buah. 

Puas betul dapat makan durian hari-hari. Lepas tu dah besar sikit terus rasa loya nak makan. Bau pun tak boleh sampailah dua tiga tahun lepas baru lah Fiza boleh terima makan durian semula. Itupun tak makan banyak.

Boleh Masak Tapi Tak Boleh Makan.

Pelik betul perangai. Benda yang suka jadi tak suka tetiba. Ikut mood pun ye juga ni. Rindu pulak rasa kuew teow kantin sekolah makan dengan sambal. Walaupun kuew teow bodoh orang panggil tak banyak rencah tapi sedap betul dah masa tu kan.

Sekarang masak kuew teow untuk suami je lah. Ada orang request boleh je masak. Tapi diri sendiri tak ada kekuatan nak makan dah. Kena juga jarakkan masa kalau nak makan tu.

Menu kuew teow kungfu, char kuew teow tak pulak rasa mual. Dia hanya spesifik pada kuew teow goreng je. Boleh pulak gitu kan. 






Merdeka ke-63 Tahun 2020 Dalam Norma Baharu

$
0
0
Tahun 2020 bukan wawasan 2020 yang kita harapkan. Tahun ni kita diuji dengan wabak virus COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya. Banyak acara besar-besaran tak boleh diadakan seperti biasa termasuklah acara perbarisan pada Hari Merdeka 31 Ogos nanti.

Malaysia 63 Tahun Merdeka

Tak ada acara perbarisan macam sambutan kemerdekaan sebelum ni. Malaysia Merdeka ke 63 tahun 2020 memang berbeza. Sedih kan! Selalunya perbarisan itulah yang jadi tarikan utama hari merdeka.

Sambutan dalam norma baharu memang berbeza. Sama juga dengan perayaan lain. Rasanya rakyat Malaysia pun dah boleh hadap jalani kehidupan dalam norma baharu.

Keluar rumah pakai face mask dah jadi perkara biasa. Kalau tak pakai rasa janggal je pulak. Dah boleh hadap kot kan dengan norma baharu ni.

Walaupun hari merdeka tak semeriah macam tahun-tahun sebelumnya. Bukan bermakna kita lupa hari merdeka. Hari Merdeka dengar lagu merdeka baru lah tambah semangat kan. Jom kita nyanyi lagu merdeka. 

Lirik Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka merdeka merdeka
MERDEKA!

"MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!"

Betapa semangatnya Bapa Kemerdekaan Malaysia melaungkan laungan keramat pada 31 Ogos 1957 dulu. Bergema di segenap penjuru Padang Kelab Selangor.

Disusuli dengan sambutan laungan oleh lebih 20 ribu rakyat Tanah Melayu yang ada. Laungan Merdeka yang penuh semangat dan emosi. Dapat bayangkan tak betapa patriotiknya rakyat Malaysia masa tu. Bebas dari penjajah. 

Kalau kita semua bersatu tak mustahil kita boleh hidup aman damai harmoni macam dulu tanpa ada racist.

Tema Hari Kemerdekaan 2020 Dan Logo Sambutan -Malaysia Prihatin
Merdeka ke -63 tahun 2020 bertemakan 'Malaysia Prihatin' yang dipilih oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan disebabkan oleh pandemik covid-19.

Logo Tema Merdeka Ke-63 Tahun 2020 dan Maksudnya
Credit : penerangan.gov.my

Logo Merdeka Ke-63 Tahun 2020 dan Maksudnya

MALAYSIA

Membawa pengertian bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi Covid-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.

PRIHATIN

Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia

LOGO BERBENTUK HATI

Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.

WARNA BIRU TUA

Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni

BULAN SABIT

Islam adalah agama bagi persekutuan

BINTANG PECAH 14

Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan

7 JALUR MERAH BERBENTUK HATI

Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

STIGMA BUNGA RAYA

Membawa negara menuju ke mercu kejayaan

5 TITIK MERAH

Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

Sumber : Penerangan.gov.my

LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN 2020

Malaysia Prihatin 
Ciptaan : Dato’ Mokhzani Ismail 
Lirik : El Sol Akhmad 
Penyanyi : Siti Sarah, Alif Satar, Syamel, Aina Abdul 

Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2020

Kedamaian..
Milik Kita Bersama..
Amanah Bangsa..
Junjung Selamanya..
Abadikanlah..
Jiwa Dan Ragamu..
Teguh..
Sinar Cahaya..
Satukan Jiwa..

Semarakkan Api Cinta Di Hati..
Pada Setiap Insan Kita Gapaikan..
Agar Gemilang..
Mekar Di Persada..
Satu Langkah Satu Hati..
Untukmu Pertiwi..

Di Mana Bumi Dipijak..
Di Situ Langit Dijunjung..
Kita Gunungkan..
Semangat Sejiwa..
Walau Dimana Saja Berada..
Makmurnya Seiringan..
Agar Teguh Tulus Ikhlas Dizahirkan..

MALAYSIA PRIHATIN SELAMANYA..
Negara Bangsa Diutamakan ..
Khidmat Diberi Dengan Penuh Rela..
Tanah Air Yang Tercinta..
Namamu Harum Di Puncak Dunia..
Payung Mahkota Teras Pertiwi..
Di Persada Nan Gemilang..

sumber : permohonan.my

Banggalah kita menjadi rakyat Malaysia dan hidup dalam aman harmoni. Yang tak faham tu, masih ada pasang bendera terbalik. Nampak sangat tak prihatin dan ambil tahu. Bab bendera ni kalau silap memang kena kecam.

Kalau design yang ada bendera Malaysia, sebolehnya Fiza lebih berhati-hati. Risau juga kalau tersilap design. Memang kena kaji dan tengok contoh supaya tak tersilap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak silap kena kecam. Zaman sekarang pantang salah sikit, terus kena kecam.

Nasi Goreng Cepat Dimasak Sedap Dimakan

$
0
0
Kuew teow dah jemu nak makan. Mee goreng pun dah masak 2 hari lepas kalau tak silap. Lepas tu dok fikir menu apa nak masak untuk breakfast semalam. Pening pening.

Mujur lah ada nasi lebih sikit dinner malam tadinya. Boleh gak buat nasi goreng cepat dimasak sedap dimakan. Pinjam kejap slogan mee maggi tu.

Nasi Goreng Masak Cara Fiza

Semua orang boleh masak nasi goreng dengan cara masing-masing. Cara Fiza masak nasi goreng lebih sedap bila bahan-bahan tumis tu ditumbuk guna lesung batu. Lepas tu tumis sampai garing. Nak sedap lagi letak sayur rangup macam kacang panjang dan carrot. 

Nasi Goreng Masak Cara Fiza

Bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Tumbuk kasar je tak perlu lumat. Sukatan ikut kau orang. Macam Fiza suka letak bawang merah lebih dan cili api lebih. Bawang putih biasa Fiza letak seulas je sebab tak suka sangat bawang putih.

Tumis sampai garing, barulah letak kacang panjang. Carrot letak last sekali lepas tutup api dan gaulkan. Kalau buka api nanti layu pulak carrot tu sebab Fiza suka carrot rangup. 

Itu lah secara ringkasnya cara Fiza masak nasi goreng. Resepi tak payah kot sebab masing-masing tahu dah nak masak nasi goreng macamana. Kan??

Nasi Goreng Masak Cara Fiza

Short entry je lah harini. Mood mengantuk tak boleh bawa bincang. Hilang terus ayat-ayat nak mengarang. Jenuh fikir apa nak tulis. Sudahnya berakhir disini je  lah ye. 

Hola September!

$
0
0
Hola September! Dah masuk bulan September 2020? Macam tak percaya cepat betul masa berlalu sejak PKP bulan Mac hari tu. Mula mula masa PKP hari tu rasa macam lambat betul masa berlalu. 

Bosan duduk rumah tu dah capai tahap tinggi dah. Sampai pagi petang siang malam hari apa, tarikh apa semua dah tak ingat. Sedar tak sedar dah bulan September.

Hey, hola, how are things

interjection Spanish.
hi; hello: Hey, hola, how are things?

PKP Pemulihan Fasa II

Dan semestinya masih dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan masuk ke Fasa II sehingga 31 Disember. Tu diaaa sampai hujung tahun kita hadap PKPP ni. 

PKPP Fasa 1 dah berakhir semalam dah. Ingatkan PKP akan berakhir tapi nampaknya jauh lagi perjalanan PKP ni. Takpe, kita kuat dah dah biasa dengan norma baharu ni. Teruskan kita jaga kita.

September 2020
Take time to reminisce the moment when you're most
in love with yourself. Recreate an repeat.

Cuti Bulan September 2020

16 Sep (Rabu)
Hari Malaysia
Semua Negeri

24 Sep (Khamis) 
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor

September Quotes 2020

6+3 =
But so does 5 +4.
The way you do things
isn't always the only way to do them.
Respect other people's way of thinking.
Don't judge people
for the choices they make,
when you don't know
the options they had to choose from.

Apa plan bulan September ni? Semalam katanya ada 2 kluster baru. Kluster BUNGA kat Port Dickson tu. Negeri Sembilan baru je nak hijau, tiba muncul pulak kluster baru. Kena lah beku kan diri duduk rumah.

Semoga semuanya baik-baik je di bulan September ni. Sama-samalah kita doakan semoga semuanya cepat pulih dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Stylus Pen Murah Je Rupanya

$
0
0
Sejak terjebak dalam dunia mobile photography ni. Fiza boleh cakap yang stylus pen sangat diperlukan. Sangat sangat diperlukan. Screen handphone 4.7 inch tu tak besar mana.

Kau orang bayangkan macamana proses nak edit gambar dengan jari yang gemuk tu. Nak brush certain part dalam gambar tersangatlah struggle. Yang faham je tahu macamana struggle dia.

Sedangkan nak menaip pun boleh typo. Ini kan pula nak brush nak edit gambar bagai. Seksa tahu tak! Tapi iyelah demi sekeping gambar yang cantik di mata, kenalah gigih juga.

Bagi Fiza, mereka yang suka edit gambar atau bukan kerja graphic ni patut ada satu untuk memudahkan kerja kau orang juga. Lebih kemas kerja yang dihasilkan. 

JENIS-JENIS STYLUS PEN

Ujung nipis
Digunakan untuk hasilkan tulisan tangan dan ilustrasi yang bagus

Ujung tebal dan bulat
Sesuai digunakan untuk bermain game yang ada fungsi swipe dan jadikan swipe lebih lancar.

Ujung seperti berus
Digunakan untuk untuk penulisan analog

Sebenarnya banyak lagi jenis stylus pen ni kot kan? Mungkin kau orang boleh google dan cari lagi maklumat. Maklumat atas tu apa yang Fiza baca secara ringkasnya.

Stylus Pen iPhone

Sepatutnya Fiza beli yang hujung nipis macam ball point tu lagi senang kot nak edit gambar atau buat handwriting. Dah beli pulak yang jenis bentuk bulat dan tebal. 

Kira macam guna hujung jari juga ni. Tapi more better lah. Maksudnya ada improvement lah dari segi hasil editing tu. Berbeza? Sangat berbeza!

Maklumat tentang stylus pen yang Fiza beli ni boleh baca kat bawah. 

Stylus Pen

This stylus pen with special design will help you avoid pressing the wrong keys whenever you write an email, browse the internet or text messages. 

The soft touch tip provides precise touch and control, while protecting your touch screen. This is crafted of special material specifically designed for the iPad, and touch, Galaxy Tab / Note and Most of mobile phones and tablets use, capacitor panel.

Features: 

  • Safe and very comfortable
  • Round-head design, durable and flexible
  • Keeps your screen free from fingerprints
  • Soft rubber tipped end prevents from scratching your handheld screen
  • It`s sensitive to type or tap as so to work quickly and accurately
  • Built-in shirt clip and easily clip on your pocket, book, backpack and etc
  • Compact design and feel for maximum comfort and accuracy

Where to buy stylus pen in Malaysia?

Fiza beli kat shopee @yi_da.my dengan harga RM0.68 sebatang. Macam tak percaya kan? Murah je rupanya stylus pen ni. Kalau nak beli stylus pen apple untuk phone Fiza entah bila nak dapat. 

Bolehlah guna stylus pen sementara ni. Ada rezeki lebih boleh dapat yang lebih bagus lagi kan.

So far stylus pen ni berfungsi dengan baik. Setakat ni tak ada masalah. Fiza borong sekali 6 terus. Dah borong 6 pun masih murah. Lebih murah dari postage. Takpelah janji berbaloi beli sekali banyak. 

Beli dari local seller lagilah berbaloi tak perlu tunggu lama. Fast delivery bukan macam beli barang murah dari oversea kena tunggu lama.

Kenapa lah Panggil Bihun Goreng 'Bodoh'

$
0
0
Mee goreng bodoh, bihun goreng bodoh. Dulu pelik kenapalah orang panggil mee goreng bodoh bihun goreng bodoh. Kenapalah nak bodoh bodohkan mee goreng dan bihun goreng yang tak bersalah tu.

Lahhh rupanya perkataan 'bodoh' tu digunakan kalau masakan goreng tu tak letak apa apa rencah. Tak ada sayur, tak ada udang,ayam, sotong atau rencah lain. Goreng bodoh-bodoh macam tu je lah. Ke ada maksud bodoh yang lain?

Orang-orang dulu punya gelaran memang pelik-pelik. Sekarang melekat panggilan bodoh tu. Tak sampai hati nak panggil bihun goreng bodoh, boleh tukar jadi bihun goreng kosong. 

Tapi nasi goreng atau kuew teow goreng tanpa rencah tak pernah dengar pulak orang sebut kuew teow bodoh atau nasi goreng bodoh. 

Bihun Goreng Bodoh

Tak tergamak pulak nak panggil dia bodoh. Hahaha..Jarang nak masak bodoh-bodoh macam ni. Gara-gara kehabisan stok sayur, stok barang basah. Nak juga masak bihun goreng. Terpaksalah bodoh kan dia.

Kalau bihun tu boleh bersuara mesti dia nak cakap "Aku tak bodoh!". Well, masak goreng macam ni tanpa rencah lain pun rasa sedap. Lagi pulak kalau mak mak kita masak. Air tangan mak mana boleh lawan. 

Resipi Bihun Goreng Kosong/Bodoh

Blend bawang merah, bawang putih dan udang kering. Tumiskan sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram, kicap sikit, garam sikit dan gula sikit. Bila dah pecah minyak masukkan bihun yang dah lembut tu. Kacau rata dan siap!

Bihun tu nak cepat lembut rendam air panas je. Suka guna bihun Jasmeen. Bihun Faiza dia macam halus sangat, mudah hancur dan kurang serap rasa pada Fiza. 

Sebenarnya nak sedap kena letak udang kering. Kalau tidak rasa dia macam kurang sedap sikit. Tapi ada orang alergik dengan udang kering. 

Lagi satu Fiza suka buat telur dadar dan potong macam dalam gambar. Tak suka dicampur terus masa menggoreng. Kalau masak mee goreng atau nasi goreng baru campur sekali dengan telur.

Kiranya tak lah bodoh sangat bihun goreng bodoh bila ada telur dadar tu kan. 




Resipi Jeruk Mangga Asam Boi Sedap Tak Tau Nak Habaq!

$
0
0
Resipi Jeruk Mangga Asam Boi Sedap Tak Tahu Nak Habaq! Ehhh tiba-tiba orang Johor cakap utagha pulak. Kitakan satu Malaysia. Tak gitu?

Kalau dah keluar perkataan tak tau nak habaq tu tandanya apa? Tandanya sedap tahap kluster kayangan di awang-awangan agaknya.

Mana peminat jeruk mangga asam boi? Siapa minat bolehlah geng dengan Fiza. Pantang nampak depan mata, tak menolak lansung. Tapi kalau makan yang orang hidangkan tu kena berpada-pada lah. Yang beli sendiri kalau habiskan pun tak rasa bersalah.

Ya, jeruk mangga Asam Boi pernah popular suatu masa dulu. Sampai sekarang masih popular dan jadi rebutan peminat jeruk mangga. Fiza lah tu salah seorangnya.

Hebat betul ye penangan jeruk mangga asam boi ni. Sekali rasa pasti nak lagi. Rajin betul membeli. Sekali beli 2 balang. Bertahan lah sampai 2 minggu. Itu pun catu juga tak nak bagi cepat habis. 

Mujur jugalah husband bukan jenis penggemar jeruk. Jadi, kita conquer lah sorang-sorang. Sebenarnya jeruk mangga asam boi buat sendiri lagi jimat. Tapi itulah nak jumpa buah mangga tu kemain payah.

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi

Resipi Jeruk Mangga asam boi tersangatlah mudah. Semua orang boleh buat. Ada orang suka guna cara buat jeruk mangga pakai cuka. Ada juga guna cara pakai kapur atau garam. Caranya dengan rendam dan toskan.

Lebih rangup katanya. Tapi Fiza suka jeruk mangga asam boi ni lebih sedap dimakan tanpa perlu rendam atau perap dengan apa apa bahan. Bukan jeruk lah namanya tu kan sebab tak rendam atau perap. Kira makan buah cicah perasa macam tu.

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi

Bahan-bahan
Mangga lemak
Limau Kasturi
Cili Potong/chilli flakes/crushed red pepper
Asam Boi
Serbuk asam
 
Cara Penyediaan
Potong mangga memanjang, taburkan cili potong/crushed red pepper/cili merah, lepas tu perahkan limau kasturi. Ikut taste Fiza sebiji dah cukup dah. Nak masam lagi letaklah lebih sikit.

Last baru tabur serbuk asam dan letak asam boi. Tapi kadang tak letak asam boi pun jadi resipi jeruk mangga tanpa asam boi. 

Cara Fiza makan terus macam tu. Ada orang suka campurkan semua bahan kacau rata dan perap. Ikut taste masing-masing lah.

Memang padulah rasa jeruk mangga asam boi kalau ada limau kasturi(masam), cili (pedas) dan serbuk asam(manis) dan asam boi(masam manis). Itulah rahsia dia. Memang sedap tak tau nak habaq!

Mangga tu kenalah guna mangga lemak. Selain mangga tu Fiza rasa macam kurang sikit rasa dia. Mangga lemak ni bukan sekadar rangup tapi rasa lemak mangga dan tak masam. Makan macam tu je pun dah sedap.

Tapi yelah, mangga lemak ni pun mahal. Pernah beli sebiji mangga lemak muda sebab nak buat kerabu mangga. Sebiji pun dah RM5 saiz sederhana. Tak hairanlah kalau harga jeruk mangga asam boi ni mahal sikit kan. Tengoklah bahan mentah dia pun.

Resipi Jeruk Mangga Pedas


Harga Jeruk Mangga Asam Boi

Penjual A : Jeruk Mangga Serbuk Asam Boi
Harga sama macam penjual A. Tapi dalam balang ada serbuk asam, limau kasturi, cili merah pedas dan asam boi. Mangga lemak juga tapi potongan besar dan tak padat satu bekas tu.

Penjual B : Jeruk Mangga Asam Boi Limau Kasturi
Satu balang RM10. Dalam balang ada disediakan serbuk asam putih, asam boi dan juga chili flakes/crushed red pepper. Mangga jenis mangga lemak dan banyak.

Dulu suka beli kat penjual A tapi lepas tahu penjual B lagi berbaloi, Fiza beralih membeli pada penjual B je. Lagipun dekat sikit dengan rumah. Boleh ambil sendiri. Yang penjual A jauh sikit dan charge delivery RM5.

So kesimpulannya, harga untuk jeruk mangga asam boi ni harga standard RM10 sebekas. Kalau ada murah pun mungkin harga dia lebih kurang RM9. Paling mahal yang Fiza survery RM15.

Perasan juga jeruk mangga asam boi terlajak laris betul ye. Setiap kali nak membeli mesti kena book awal. Ada rezeki dapat, kalau tak kecur air liur sampai ke sudah selagi tak dapat.

Bukan mengidam tapi teringin makan je. Dah nama pun all time favourite. Selalu juga nampak ada yang jual di jalanan di traffik light jalan dari kereta ke kereta. Berhujan panas mencari rezeki. Semoga mereka dilimpahi rezeki yang berpanjangan. Aaminn...

Makan jeruk mangga asam boi ni kena berpada pada juga. Makanan sekadaran sahaja sebab hidangan jeruk ni berasid, tinggi garam gula, pengawet dan lain-lain yang tak bagus untuk kesihatan terutamanya yang ada diabetis atau ibu mengandung.

Fiza tak makan selalu dengan segala rencah tambahan tu. Bila terasa nak makan je. Kadang makan buah mangga macam tu je.

Sebab mangga lemak kan. Sedap di makan begitu sahaja. Mangga epal pun sedap dia rangup tapi selalu dapat yang masam. Nak selamat dan dijamin lemak manis belilah mangga lemak. Mahal pun mahal lah, janji dapat makan sudah.



Pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Secara LIVE

$
0
0
Beberapa hari lepas, lebih kurang seminggu lepas Majlis khatam Al-Quran Mira Filzah dan adiknya. Lahh ingatkan Mira Filzah yang nak bernikah dah. Sekali rupanya majlis adik Mira Filzah. Teaser sangat kan.

pernikahan-mira-filzah-dan-wan-emir
Credit : google

Plan bernikah bulan Oktober depan tapi disebabkan kakaknya nak balik oversea dan susah nak berulang alik lagi. So tarikh nikah Mira dipercepatkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Jadinya, malam ni bakal berlansungnya majlis pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar secara live.

Majlis pernikahan di bawakan secara ekslusif melalui show MBuzz TV3 pukul9 malam selama 10 minit. Atau boleh tonton di YouTube TV3 pukul 8:30 malam.

Semoga majlis mereka berjalan dengan lancar. Apa yang buat tak sabar nak tonton sebab nak tengok baju nikah Mira Filzah. Suka tengok majlis kahwin artis yang serba elok semuanya walaupun kecil-kecilan.

"Majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan secara kecil-kecilan saja. Saya tidak mahu mengadakan majlis yang besar kerana tidak berani menanggung risiko berikutan negara kita masih belum menang memerangi Covid-19

"Hanya 250 tetamu yang akan diundang ke majlis saya nanti demi mengikut saranan kerajaan supaya mengamalkan langkah penjarakan fizikal. Pada masa sama juga saya mahu mengelakkan daripada timbulnya sebarang kontroversi.

"Selalunya apa saja yang dimuat naik selebriti di laman sosial sering mencetuskan perbalahan, jadi bagi mengelakkan perkara itu dari berlaku, langkah yang terbaik adalah mengehadkan tetamu ke majlis saya," katanya.
-sumber : hmetro.com.my
Perkahwinan Mira Filzah ni perkahwinan yang dinantikan oleh peminat Mira Filzah. Penting ke sampai buat live? Tak payah kecam. Biarlah, itu majlis dia dan rezeki dia. Doa kan yang baik-baik sudah.

Kita doakan yang baik baik dan orang juga akan doakan yang baik baik juga untuk kita. #fikirbaikbaik #doabaikbaik

Bagus ye Mira Filzah ni sebab dia pun guna bajet sendiri tak bergantung pada tajaan. Ye lah kan, boleh buat majlis macam apa yang kita nak. Majlis pun sampai 3 majlis resepsi secara live juga tu. Boleh dikatakan Wedding Of the Year ni.


 credit :TV3

Koleksi Pinggan Mangkuk Ayan Murah Murah jer

$
0
0
Lately, set pinggan ayan, mangkuk tingat ayan trending semula. Kedai jual pinggan ayan merata macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kat shopee, lazada dan termasuklah media sosial pun dah ramai jual pinggan ayan.

Kenapa tiba-tiba pinggan ayan ni trending semula ya? tertanya-tanya jugalah. 

Pinggan mangkuk ayan juga dikenali dengan nama enamelware. Salah satu koleksi pinggan mangkuk vintage zaman nostalgia dulu-dulu. Yang menariknya, banyak koleksi pinggan mangkuk ayan terbaru menampilkan design yang lebih moden.

Ikutkan nak je beli pinggan mangkuk ayan Rizalman tu. Berkenan betul mangkuk ayan dia bila tengok video masak beliau. Tapi tahu je lah susah nak dapat. 

Barang Dato' Rizalman kan terlajak laris. Orang berebut nak beli sampai habis stok. Memang Fiza kecewa siap-siaplah. Tak nak berharap.

Lagipun harga dia pun boleh tahan juga. Sepadan lah dengan kualitinya pun. Well, pinggan ayan IKEA pun berbaloi juga dengan harga berpatutan tapi sejak PKP ni nak ke IKEA pun rasa bercinta.

Sedangkan nak masuk beli barang dapur pun nak kena beratur dan menunggu. Rasa sia-sia pula nak ke IKEA semata-mata nak beli pinggan ayan IKEA tu. Simpan dulu lah hajat tu selagi ianya bukan benda penting yang perlu diutamakan.

Tapi...

Perempuan, selagi tak dapat selagi tu dalam kepala dok asyik fikir je. Mencarilah pemborong pinggan mangkuk ayan kot ada yang murah murah untuk buat koleksi pinggan mangkuk ayan. Niat dihati untuk buat props gambar je pun.

Akhirnya beli kat shopee jugalah. Sejak PKP haritu memang bersahabat baik betul dengan Cik Shopee ni. Tak dapat keluar shopping. Shopping online je lah kita.

Disebabkan nak digunakan untuk ambil gambar makanan dan juga sebagai props. Fiza cari harga yang mampu milik. Pingga mangkuk ayan ni ada banyak warna. Yang classic warna kuning dan putih lah.

Dengan bajet tak berapa nak ada, Fiza beli dua set putih dan kuning. Beli pun saiz kecil buat syarat je ni.

Harga Pinggan Mangkuk Mug Ayan

White Enamel Vintage Classic Plate Tableware 18cm : RM7.70
White Enamel Vintage Classic Plate Tableware 15.5cm : RM6.90
White Enamel Vintage Bowl Tableware 16cm : RM7.50
White Enamel Vintage Cup Tableware Diameter 7cm, Height 6.8cm : RM7.50
Enamel Vintage Plate Tableware 18cm : RM5.70
Enamel Vintage Plate Tableware 14cm : RM5.50
Enamel Vintage Rich Yellow Bowl Tableware 16cm : RM7.50
Enamel Vintage Classic Cup Tableware Diameter 7cm, Height 6.8cm : RM7.50

Pinggan Mangkuk Ayan Murah

Mangkuk tingkat/tiffin tu ada rezeki nak beli jugalah. Boleh guna dan boleh juga dijadikan props photography. Betul ke mangkuk ayan Thailand lagi murah?

So far yang Fiza jumpa harga standard lebih kurang je. Tak murah sangat pun sebenarnya. Beli online tak dapat nak tengok kualiti walaupun ada mention thick. Kadang gambar tak sama dengan apa yang sampai kat tangan.

Jangan Gunakan Pinggan Ayan Yang Rosak. Bahaya!

Tebal atau nipis Fiza tak kisah sangat janji dia tak tak rosak, tak kemek, tak calar dan tak karat bahagian dalam. 

Sebab kalau ada ciri-ciri tu boleh memudaratkan kesihatan kita akibat pencemaran daripada logam berat yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk ayan. Sama kes macam pinggan viral tu juga lah.

Sebaiknya check dulu okay atau tidak sebelum guna. Tapi yang Fiza perasan pinggan mangkuk ayan ni dia kemek pada tepi tepi tu. Tapi kemek dia masih ada coating lagi. 

Memang begitu atau itu adalah trademark pinggan mangkuk ayan? Setahu Fiza, mak Fiza tak ada koleksi pinggan mangkuk ayan ni kecuali dulang besar tu je ada.

Kalau mak Fiza ada koleksi pinggan mangkuk ayan ni tak payah susah susah beli. Ambil je buat koleksi sendiri. Kannn. Jimat dah nak membeli. Tapi tak ada pulak. Fiza syak dulu mak tak minat pinggan mangkuk ayan ni kot.

Pinggan Mangkuk Ayan

Mungkinkah kemek luaran itu biasa? Untuk bagi nampak lebih vintage lebih nostalgia mungkin? Buat masa ni kita gunakan untuk ambil gambar je lah ye. 

Ada rezeki nak beli yang ada brand, mungkin pinggan ayan ikea atau pinggan ayan jenama rabbit atau jenama yang premium.

Pinggan Mangkuk Ayan

Pinggan mangkuk ayan ni nak murah-murah boleh beli harga kat Rantau Panjang, Kelantan. Murah-murah katanya semua barangan dapur sebab bebas cukai. 

Kat utara pulak, boleh beli dekat Padang Besar. Siapa yang berminat dengan koleksi pinggan mangkuk ayan dan berdekatan tu boleh membeli buat tambah koleksi. 

Yang jauh macam Fiza, kita beli online je lah. Oh ya, lupa nak share pulak. Fiza beli kat @besbai Shopee.

Mira Filzah Tetap Cantik Berseri Tanpa Crown Dan Bunga Tangan. Inilah Namanya Seri Pengantin.

$
0
0
Tahniah Mira Filzah & Wan Emir dah selamat bergelar suami isteri yang sah. Meriah sungguh majlis pernikahan dan majlis resepsi pertama malam tadi. Memang wedding of the year lah.

Asal buka explore instagram tu penuh dengan #emiramirah je tau! Perasan tak Mira Filzah tak pakai crown dan pegang bunga tangan pun. Sedangkan crown dan bunga tangan tu lah benda yang biasa di dipakai dan ada pada pengantin.

Majlis Resepsi Miral Filzah dan Wan Emir
Credit :google & photographer


Mira Filzah tetap nampak cantik dan berseri tanpa crown dan bunga tangan tu. Nampak simple tapi semuanya nampak sempurna. 

Berseri-seri seorang Mira Filzah menjadi pengantin baru. Seri pengantin namanya. Pakai apa pun tetap nampak lawa dan berseri gitu kan.

Suka dengan pilihan Mira Filzah yang serba simple tapi nampak exclusive dan mahal. Bila artis kahwin suka dengan ke'simple'lan baju dan tema majlis kahwin. Nampak nice sangat.

Gaun Pengantin Cantik dan Pelamin Kayangan

Gaun Mira Filzah nampak mewah walaupun simple juga. Pelamin dia jangan cakaplah. Dia punya cantik tak boleh nak kalah. Pelamin kayangan  ni.

Lepas ni muncullah tiruvasi dari perkahwinan majlis resepsi Mira Filzah ni. Okaylah pilih yang simple untuk majlis kahwin tapi nampak nice. Less is more orang putih kata.

Timeless Makeup

Timeless makeup pun jadi pilihan bakal pengantin. Lagi tambah manis dan berseri berbanding makeup tebal yang overshading pengantin. Betul tak?  Mira Filzah tak makeup sangat pun dah cantik kan.

Bukan tu je yang menarik dalam Majlis Resepsi Mira Filzah dan Wan Emir, kek pengantin dia pun cantik kena dengan tema pengantin. Pusing pusing gitu lagi. 

Semuanya serba sedap mata memandang. Kannn

Menaip entry dikala awal pagi. Dah terjaga tak boleh nak lelap. Aduhaiii..biasa terjadi bukan?


Lari Ke Hutan Lalu Belok Ke Pantai

$
0
0
Bila post gambar dekat pantai atau hutan mesti caption tu Fiza nak tulis "lari ke hutan lalu belok ke pantai". Entah kenapa lah terberkenan betul dengan puisi dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta (AADC) tu sampai terbawa bawa ke hari ni.

Kawan-kawan, masih ingatkah lagi dengan puisi AADC ku lari ke hutan tu? Tak silap Fiza cerita AADC ni sangat popular zaman 80-an dulu. Ingat lagi tak? Ditayangkan tahun 2002.

Apehal dulu tengok cerita ni. Itu dulu, zaman muda remaja. Terjebak sebab mungkin masa tu tengah popular. Kita pun into the scene juga lah. 

Tak sangka ye sampai sekarang puisi tu masih AADC ku lari ke hutan tu masih jadi sebutan sampai sekarang. Yang Fiza ingat pun lari ke hutan lalu belok ke pantai. Tajuk tema puisi tentang seseorang.

Tentang Seseorang

Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?

Dulu layan lah juga cerita ni. Remaja baru nak up lah katakan. Ada Apa Dengan Cinta 2 Fiza tak tengok sebab rasa dah cukup dewasa nak layan cerita remaja. Faktor usia pun ye juga.

Teringat cerita ni bukan apa. Sebab masa dok edit gambar dengan hutan ni terus teringat lah pusi rangga puisi aadc kulari ke hutan.

Sama juga bila nak post gambar pantai je mesti dok teringat puisi tu. Habis idea dah nak letak caption apa. Seorang Fiza bila sentiasa kering dengan idea tak tahu nak letak caption apa. Jarang update laman sosial lah katakan.

Tomato Photography Jungle Theme-Photografizaa

Well inilah hasil editing yang tak seberapa. Brush tak berapa bagus. Tapi better lah lepas guna stylus pen

Tomato Photography Jungle Theme-Photografizaa

Mana satu pilihan di hati? Alang-alang tu jomlah support instagram photography fiza @photografizaa. Kalau rajin follow lah, like dan komen. Tak rajin takpa, tak wajib buat pun.

Kira gambar tu ada kaitan dengan hutan jugalah kan. Cakap pasal hutan, rasa dah lama benar tak masuk hutan. Rindu bau hutan! Rindu nak hiking cerita dia.


Paling banyak repeat Bukit Broga. Masa tu tengah trend orang hiking Bukit Broga sebab view Bukit Broga cantik gila masa tu. Teringin nak hiking Bukit Kluang Terengganu tapi jauh pulak. View dia cantik sangat.

Tapi rasa nak pencen dah panjat bukit dan gunung. Seronok tu memang seronok bila berjaya sampai puncak. Husband pun kurang minat dah nak hiking. Lebih baik workout katanya.

Tambah lagi bermacam cerita yang tak sedap didengar terjadi pada pendaki rasa kurang selamat pula nak buat aktiviti hiking. Yang hilang dan baru baru-baru ni maut ketika mendaki. Bukan nak menakutkan.

Tapi yelah kan, benda buruk ni kat mana mana pun boleh jadi. Apapun kena berhati hati je lah masuk hutan. Baca doa semoga kita  sentiasa dilindungi Allah.

Lain orang lain minatnya. Mungkin setakat itu  je lah aktiviti hiking. Tapi kalau hiking santai santai ada trail yang mudah tu okay je rasanya. Cuma nak masuk the real hutan tu belum kuat lagi.

Setiap pendaki dia ada misi masing-masing. Ada yang nak tawan segala bukit dan gunung. Fiza ada kongsikan senarai bukit dan gunung menarik.

Untuk newbie mungkin boleh layan senarai bukit-bukit menarik untuk hiking ni dulu. Kagumlah dengan mereka yang kaki kuat hiking ni. Naik turun bukit gunung laju semacam. Kita ni terhegeh hegeh nak sampai puncak pun.

Opssss..melencung jauh dah ni Fiza oii..Mula kau sembang puisi AADC, lepas tu gambar hutan, sekarang masuk topik hiking pulak. Banyak betul corner dia. 

Itu tanda-tanda dah kena stop dulu sebelum merapu lagi. Selamat berhujung minggu semua.

Viewing all 8133 articles
Browse latest View live