Rasanya ibu bapa yang terlebih excited ni hantar anak ke sekolah terutama anak sulong yang baru bersekolah. Excited bercampur risau tu..Teringat dulu masa hari pertama bersekolah tadika, ade sorang budak tu takut ya amat sampai bila cikgu tanya nama pun boleh terkencing dalam seluar sebab takut sangat..bermacam perangai ada masa sekolah kan. Tapi Fiza cool je sebab cikgu sekolah tadika pun jiran Fiza je, memang dah biasa..hehehe..lucky me.
Bermulalah keriuhan di sekolah dan pagi pagi dah dengar"Selamat Pagi Cikgu". Selamat bersekolah adik adik dan anak anak semua ye. Belajar rajin rajin menuntunt ilmu supaya menjadi orang yang berjaya dan berguna.