Suka termenung kekadang jadi satu hobi. Buat kerja sikit boleh pulak termenung. Bila dah termenung tu mengelamun sampai jauh ke mana tak tahu lah. Penyakit termenung ni bahaya, kalau drive boleh accident dan masak boleh sampai hangus . Kalau dalam kelas atau tengah kerja bos sergah memang naya lah kan.
Bila termenung teringat kisah sedih pun boleh buat menangis tetiba. Bila teringat kisah suka macam orang gila pulak sengih senyum sensorang. Betapa hebatnya termenung yang boleh sekelip mata menukar perasaan. Kan?
Haipp... dah dah lah tu termenung. Jauh sangat perginya tu..Bawak bawaklah buat kerja tu!