Cerita pasal kucing lagilah ye kita. Siapa yang ada bela kucing tahulah apa kegunaan pasir kucing ni. Kucing biasanya membuang atas pasir atau tanah. Untuk kucing yang biasa duduk dalam rumah tu memang kena sediakan pasir ni dalam bekas yang bersesuaian untuk memudahkan kucing membuang.
Biasanya letak berdekatan dengan bilik air atau toilet. Senang nak bersihkan nanti. Dah banyak jenis pasir dah beli ada yang okay ada yang tak? Tapi baru² ni ada cuba beli jenis kristalwangian apple ni ha. Ini kira pack kedua beli. Setakat ni baguslah untuk digunakan. Memang serap bau takdelah bau busuk. Nak buang tahi pun senang. Tak perlulah asik nak tukar pasir je dalam seminggu tu. Jimat pun jimat.
Ini antara jenis pasir yang terbaik untuk kucing lah setakat ni.