Kalau pepagi nak buat breakfast paling cepat,mudah dan sedap boleh buat Scrambled Eggs. Boleh makan macam tu je ataupun letakkan dalam roti. Nak buat menu lunch ke dinner pun boleh. Budak budak pun suka makan telur kan. Jemu asik goreng je kita buat Scrambled Eggs lah pulak.
Tak susah pun..pecahkan telur campurkan mayonis dan pepper. Lepas tu kacau je adunan tu. Panaskan minyak dan masukkan adunan lepas tu kacau je sampai pecah² dan biarkan masak kejap. Dah siap! Cicah dengan sos lagi sedap kan?