Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Rumah Hantu

$
0
0
Sebut je Rumah Hantu dah cukup seram kan? Walaupun Fiza ni jenis macam takde perasaan bila tengok cerita hantu tapi kalau disuruh masuk rumah hantu sejujurnya memang tak berani masuk walaupun dah memang tahu hantu dalam rumah hantu tu bukan hantu yang sebenar. 

Pertama kali masuk rumah hantu masa sekolah rendah ikut rombongan sekolah ke Zoo Melaka, ramai pulak nak masuk rumah hantu masa tu. Dah semua orang nak masuk berani kan jugaklah, apa lagi memang pegang baju cikgu la. Nasib cikgu lelaki, mungkin dia lebih berani. Kalau cikgu perempuan dia pulak yang tarik baju kita nanti.kekeke...dah sama penakut kan.

Dari masuk sampailah keluar rumah hantu tak lepas pegang baju cikgu ramai² cuma yang terdekat dengan cikgulah, yang belakang tu harap pegang baju kawan yang depan je la. kecoh habis kitaorang menjerit dalam tu. Memang takut giler masa tu, zaman budak² kan.
Sumber dari google
Kali kedua masuk dengan 2 orang kakak. Kebetulan masa tu takde orang lain masuk memang kitaorang 3 orang je. Tiket dah bayar, nak masuk ke tak ni? Kalau masuk memang sakanlah dorang menyakat kitaorang bertiga ni. Haihh..masuk je la berani kan diri.. Tak sempat suku pun, tak jauh dari pintu masuk pun kitaorang dah patah balik. Tak sempat hantu nak takutkan kitaorang. Punyalah penakut dan seram nak masuk. Dahlah kakak sorang tu memang penakut. Tu yang buat lagi takut.

Situlah pintu masuk, situlah jugak pintu keluar kitaorang. Lawak je masa tu. Bazir je beli tiket, nasib murah masa tu. Takpelah, janji tak ngigau kan.. sejak tu memang tak kan masuk rumah hantu. Ntah! Tak tahu nak rasa apa sebenarnya walau sebenarnya rumah hantu boleh buat korang berani, bila dah masuk terus putus harapan nak jadi berani...

Salute la pada korang yang berani..lelaki mesti berani masuk kan? dok terfikir jugak, siapa yang bekerja dalam rumah hantu tu mesti penat nak menyakat orang. Ke seronok? kalau dah hari² mesti bosan juga.

Pengalaman korang masuk rumah hantu macamana pulak? Ke lagi dasyat?  Dalam rumah hantu ni kena hati² jugak jaga barang peribadi supaya tak hilang dan juga jaga diri supaya tak jadi perkara² yang tak diingini berlaku. yang penting bagi seorang perempuan jangan berani sangat masuk sorang diri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles