Percutian Yang Mewah di The Shorea Resort, Seremban. Bila dah mewah, makanya kena bajet dulu untuk bercuti kat sini. Bukan saja mewah dengan kos tapi mewah juga dengan permandangan dan suasana yang nyaman dan mendamaikan ni.
Sekali datang rasa tak nak balik dah. Rasa nak buat rumah kat sini pun ado!
Terdapat 4 jenis villa yang ada di The Shorea iaitu Villa Bougainvillea, Villa Kemboja dan Villa Halia. Pilih je mana mana Villa yang korang suka. Lain Villa lainlah harganya.
Pepagi boleh hirup udara segar dengan bunyi bunyian burung dan mata dijamu dengan permandangan yang indah ni. Dok sini mesti rasa malas setiap hari, rasa nak berehat dan bersantai je. Eh dah namanya pun bercuti kan. Haruslah bermalasan di dalam bilik menikmati cuti menghilangkan stress.
Kalau buat rumah style macam ni pun menarik juga kan. Kalau kat kampung² tu ada tanah untuk dijual ke, boleh buat rumah gini. Ala ala back to nature jugaklah. Tak perlu bercuti cari tempat macam ni. Tapi kalau ada bajet lebih, why not datang bercuti ke The Shorea ni. Nice one!