Selain letakkan pewangi dalam kereta, dalam rumah pun nak letak juga. Baru wangi dalam rumah kan. Kalau malas nak DIY pewangi dalam rumah, kita beli je la. Sebelum ni guna yang romantic rose. Memang bau wangi bunga rose je la dalam rumah tu. Dan kebiasaanya beli yang twin pack jimat sikit dan tak pernah tukar bau lain lagi.
Sekarang ambi pur ada keluarkan moodtheraphy collection iaitu love's Bouquet dan Relax & Unwind (purple pack). Dah tentu Fiza pilih merah ala ala geng pink. Hehe. Tapi sayang yang moodtheraphy takde twin pack. So beli single je la nak test bau. Kalau tak okay, stick pada yang lama jugak nampaknya.
Harga untuk single pack-RM8.96 (Mydin)
Harga berbeza mengikut tempat
Suka beli jenis gel macam ni sebab lambat sikit habis. Selalunya tahan dekat 2 bulan lebih macam tu. Kalau cecair atau spray Fiza malas nak spray² bagai sebab dah ada febreeze.
Love’s Bouquet
A sweet, delicate fragrance that veils lovers in an intimate moment, like a subtle gift of flowers in swaying candlelight.
Fragrance Description: Fruity, Floral, Floral
Notes
TOP: Blackberry, Plum
MID: Orchid, Tuberose, Gardenia, Linden Blossom
DRY: Heartwoods, Violet, Musk
Korang suka bau yang mana? Meh share sikit.