Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Dekorasi Bingkai Gambar di Dinding

$
0
0

Proses mengecat dan menghias rumah selepas cat dah lama siap selepas raya haritu. Baru sekarang nak berkongsi sikit dekorasi bingkai gambar di dinding selepas cat. Sajalah ambil mood baru lepas ruang tamu bertukar mood baru dengan suasana baru.

Idea dekorasi bingkai gambar di dinding ni Fiza ambil dari idea cara susun atur frame gambar di dinding yang pernah Fiza kongsikan sebelum ni. Dapat juga merealisasikan idea tu untuk ruang tamu sendiri. Kebetulan semua jenis dan warna bingkai nampak sesuai je dengan berlatar belakang warna cat lighthouse view (Kansai Paint). Pada asalnya nak beli bingkai yang sama warna semuanya tapi alang-alang dah macam okay je tu, terus tak jadi beli bingkai baru. Nampak cantik juga walaupun bingkai lain-lain jenis dan warna. Kira seni jugaklah ni kan. Okay tak susun atur macam ni?


Ni saja nak view dari sudut cermin lain yang menggunakan cat Neptune's Castle dari kansai paint juga. Memang dah lama aim nak warna ala-ala navy blue ni untuk nampak macam rustic tapi sepatutnya kena beli warna gelap lagi ni. Takpelah dah siap cat pun. Nak mengecat jenis warna gelap ni agak menyusahkan dan menggunakan lebih banyak masa dan cat. Dah siap puas hati!



Opsss terselit pulak stok premium chaleef cookies kat situ. Siapa nak boleh order kat Fiza ye. Iklan pulak tetiba.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles