Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Makan Malam Nasi Kandar Beratur & Sarapan Nasi Kandar Line Clear Penang

$
0
0
Selepas check in Ar-Raudhah Suite & Hotel tu terus pergi makan dulu. Barang-barang angkut kemudian sebab check in pun dah lewat dalam pukul lebih macam tu. Jalan kaki makan malam kat Nasi Kandar Beratur yang popular kat Penang ni. Sebelum ni pergi tak berkesempatan nak rasa sebab buka pukul 10 malam. Kebetulan hari tu sampai pukul 9lebih, terus beratur. Itupun dah ramai orang. Memang kenalah dengan trade mark beratur tu. Letih juga beratur sampai pukul 10 berapa minit barulah buka untuk jualan yang dah siap sedia. 

Lepas dapat makanan takde nak amek gambar dah sebab dah lewat makan, perut pun lapar. Orang pun tak putus-putus datang. Chinese pun ramai yang datang sini. Apa yang Fiza boleh komen tentang nasi kandar beratur ni sedap! Ayam dia besar-besar memang tak habis makan. Husband la tolong perabih macam biasa. Harga pun berpatutan. Dah kenyang terus balik hotel angkat barang dan berehat.


Esok paginya, lepas check out gerak ke Nasi kandar Line Clear pulak untuk sarapan pagi. Nampaknya bernasi kandar je la kalau bercuti kat Penang ni. Untunglah perut haritu bermewah dengan nasi kandar padahal bukan penggemar nasi kandar sangat. Bila bercuti ni haruslah kena rasa makanan yang sedap dan popular kan. Ni ikut jalan belakang je. Jadilah bergambar kat sini pun.


Tengok ni makanan Fiza. Mintak nasi separuh je pun. Ayam pun besar. Memang style hidangan nasi kandar macam ni.


Ini pulak menu husband. Penuh dengan lauk sampai tutup nasi dah tu. 

Masing-masing menjamu selera Nasi kandar line clear. Total harga untuk 6 orang makan dan minum dalam RM7+ .00 kalau tak silap. 

Dah settle mengenyangkan perut, berjalan-jalan sekitar Penang. Suka betul tengok permandangan kat Batu Feringghi ni. Seronok tengok laut yang cantik tu. Sempat juga ambil gambar tapi tak nampak laut pulak dah. 


Sebelum meneruskan perjalanan balik sempat singgah Hard Rock Hotel, adik ipar beli Tshirt dan kemudian ke Padang Kota lama tapau pasemboq bawa balik rumah. Kemain jauh lagi tapau pasemboq kan. Sedap kot! Sekian lah cerita cuti-cuti Fiza ni. Perjalanan jauh yang sedikit memenatkan tapi luaskan pemandangan dan pengalaman. Walaupun percutian musim cuti, ada jugalah tersangkut jammed tapi jammed yang tak berapa sangat. Kalau jammed teruk memang rugi sikit masa bercuti tu. Next year ke utara lagi untuk majlis pernikahan dan kenduri kahwin adik ipar. Boleh plan dah nak kemana nanti. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles