Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Syampu Rawatan Aura Hijab Merawat Masalah Rambut Gugur, Berbau, Nipis dan Kelemumur

$
0
0

Musim panas ni sangat cepat berpeluh walau tak buat sebarang aktiviti pun. Sedikit sebanyak memberi kesan pada kulit kepala. Terutamanya untuk mereka yang berhijab. Sangat tak selesa kalau berpeluh ketika bertudung/ berhijab dalam waktu yang lama tu akan menyebabkan kulit kepala gatal-gatal dan berbau akibat tiada pengaliran udara yang terperap dalam tudung tu. Belum lagi dengan masalah kelemumur, rambut gugur dan sebagainya. Kalau hari-hari gugur memang nipis lah rambut. Silap haribulan boleh botak dibuatnya. Banyak betul masalah berkaitan dengan rambut ni kalau kita tak pandai jaga dengan baik dan kadang-kadang boleh jadi stress dengan masalah rambut yang ada ni. 

Sebaiknya kita perlu memilih produk rambut yang terbaik dan sesuai dengan rambut kita. Yang paling penting sesuai untuk mereka yang bertudung. Jadi, Fiza sarankan korang cuba guna Syampu Rawatan Aura Hijab yang Fiza sendiri dah gunakannnya sebab Fiza pun ada beberapa masalah rambut juga. Nak tahu apa yang menariknya dengan syampu Aura Hijab ni, boleh baca selanjutnya.


Masalah Fiza ni jenis cepat berpeluh. Faham-faham je la kalau keluar kebetulan cuaca panas, memang berpeluh lebih-lebih lagi bahagian kepala tu dan mulalah akan gatal-gatal. Bila dah menggaru tu akan menyebabkan rambut gugur. Kalau syampu rambut, rambut banyak gugur tu memang tak perlu cakaplah. Memang setiap kali bersyampu dan bersikat akan gugur rambut yang banyak. Menakutkan! Biasalah rambut perempuan gugur kan. Kalau menyapu tu memang merata ada rambut. Haa..jangan biasa sangat, kenalah cari penyelesaiannya.

Bila diberi peluang mencuba Syampu Aura Hijab ni terus jatuh cinta kali pertama guna sebab lain macam rasanya tau! Untuk Pengetahuan semua, Syampu Aura Hijab menggabungkan beberapa formula membantu menguatkan rambut, melicinkan rambut bagi mengelakkan rambut gugur dan putus.

Habastus Sauda

  • Mengandungi Minyak Habastusauda Yang Merawat Kulit Kepala Untuk Membuka Pori Bagi Memberi Ruang Untuk Pertumbuhan Rambut Baru.
  • Habastusauda Juga Melicinkan Rambut Bagi Mengurangkan Rambut Putus Semasa Sikat Atau Ikat Rambut.

Buah Keras

  • Mengandungi Minyak Pati Buah Keras Yang Digunakan Secara Turun Temurun Untuk Melebatkan Rambut Dan Bantu Pertumbuhan Rambut Baru Yang Sihat, Mudah Diuruskan Dan Berkilau.

Daun Bidara

  • Mengandungi Daun Bidara Yang Akan Merawat Kulit Kepala Dari Kelemumur Untuk Penumbuhan Sel Rambut Baru Dan Daun Bidara Juga Membekalkan Vitamin Bagi Menguatkan Rambut Dari Gugur.

Minyak Zaitun

  • Dilengkapi Minyak Zaitun Yang Berfungsi Untuk Mengekalkan Bau Wangi Serta Menghitamkan Rambut Anda.

RAMBUT LEMBUT DAN LICIN

Pertama kali Fiza guna, Fiza boleh cakap wow! Sebab lepas cucian pertama je rambut lembut semacam je. Bukan lembut je tapi bau wangi sangat-sangat! Ini yang buat hari-hari nak bersyampu je kerjanya! Tapi dalam cucian rambut pertama kali tu, rambut masih gugur macam biasa. Malah lebih banyak gugur. Jangan risau, benda macam ni memang akan terjadi untuk healing proses di mana bila kita bertukar produk. Jadi, jangan panik! Healing proses ni membersihkan bahan kimia yang ada kalau kita menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia dan bertukar kepada produk yang berasaskan bahan semulajadi. Tapi setelah berhari-hari guna rambut gugur pun berkurang.

Seperti yang diberitahu, kesan penggunaan Syampu Rawatan Aura Hijab ni akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari. Dapat rambut lembut dan licin dalam masa sehari pun dah buat Fiza teruja dah ni. Tak payah nak tunggu 14 hari. Rambut pun lurus je cantik. Rasa macam baru lepas rebonding rambut pulak. Nak sikat rambut pun mudah, takde lah tersekat di skala 6. Secara tak lansung dapat mengurangkan rambut rosak, rambut bercabang dan putus.

TIADA LAGI KULIT KEPALA GATAL-GATAL DAN RAMBUT BERBAU WANGI

Faham je la bila kulit kepala berpeluh bertudung tu boleh menyebabkan gatal-gatal kulit kepala dan bila menggaru menyebabkan  rambut rosak dan gugur. Selepas menggunakan Syampu Aura Hijab 2 minggu ni memang terbukti kurang gatal-gatal. Kalau tak, jenuh juga nak cuci rambut hari-hari sebab berpeluh.

Kalau berpeluh, korang sendiri rimas dan tak sabar nak cuci rambut cepat-cepat sebab takut rambut berbau busuk dan akan menyebabkan kelemumur juga. Tiada lagi masalah rambut berbau sebab Syampu Aura Hijab ni aroma dia cukuplah wangi sehingga 12 jam. Jadi, lepas buka tudung tu masih lagi wangi okay!

Dalam penggunaan pertama kali, selain dapat rasa rambut yang lembut  semasa mencuci rambut dan biarkan seketika tu korang akan rasa tindak balas sikit rasa berangin. Tu yang best tu. Rasa segar je kulit kepala.

SYAMPU 2 IN 1 DENGAN PELEMBAP

Kenapa rambut terus lembut selepas penggunaan pertama kali? Sebabnya syampu ni disertakan sekali pelembap (conditioner). Sekali bersyampu dengan pelembap. Jimat masa nak bilas syampu dan lepas tu pakai pelembap. Sesuai sangat untuk mereka yang terlalu sibuk tiada masa nak menguruskan dan menjaga rambut. Tak perlu buat dua kerja lagi untuk dapatkan rambut yang lembut, cantik dan sihat. Hanya guna Syampu Rawatan Aurahijab dah boleh dapat semua tu.

Syampu Aura Hijab ni berwarna purple dan agak pekat cecair dia disebabkan dia dicampur dengan pelembap sekali kan. Jadi, untuk cucian harian Fiza tak guna banyak sangat. Cukup sekadar dapat rata satu kepala. Jimat pun jimat kan.


Sebenarnya berbuih banyak tapi masa nak snap dia kering pulak kan. Jadi dapat tunjuk sikit cecair yang masih pekat likat ni.


CARA PENGGUNAAN SYAMPU RAWATAN AURA HIJAB

  • Gunakan Aura Hijab Sekali Sehari.
  • Basahkan rambut terlebih dahulu. Pastikan rambut basah keseluruhannya.
  • Kemudian ratakan cecair syampu dengan cara mengurut rambut dan kulit kepala dengan lembut. 
  • Biarkan selama 5 minit untuk nutrisi menyerap kedalam rambut dan kulit kepala.
  • Bilas kepala hingga bersih
Selama menggunakan Syampu Rawatan Aura Hijab ni, Fiza sangat berpuas hati dengan hasilnya. Tak cuci rambut sehari pun tak pe, rambut pun masih berbau wangi dan kurang gatal-gatal kulit kepala. Rambut gugur pun semakin hari semakin kurang dan tak perlu risau dengan masalah rambut ni. Bak kata tak perlu pergi salun, buat rawatan rambut kat rumah je.

Apa yang Fiza dapat rumuskan kat sini. Syampu rawatan Aura Hijab ni banyak fungsinya dan penyelesaian masalah rambut 4 serangkai iaitu rambut gugur, rambut berbau, rambut nipis dan kelemumur dan dalam masa yang sama merawat kulit kepala dan rambut.
  • Mengawal rambut gugur
  • Melebatkan rambut yang nipis
  • Melicinkan rambut
  • Menghilangkan kelemumur
  • Merawat kulit kepala gatal
  • Menghilangkan bau rambut mengharumkan rambut sehingga 12 jam

KELEBIHAN SYAMPU RAWATAN AURA HIJAB

  • Aura Hijab menggabungan hampir semua bahan aktif yang terbukti berkesan untuk merawat rambut dan kulit kepala.
  • Syampu rawatan khas untuk masalah kronik rambut gugur
  • Aura Hijab dilengkapi dengan wangian perfume antarabangsa yang tahan hingga 12 Jam pada rambut
  • Aura Hijab bertindak melebatkan rambut sepantas 14 Hari.
  • Aura Hijab mampu melicinkan rambut sepantas cucian pertama.
Yang paling penting Syampu Rawatan Aura Hijab ni selamat digunakan

Tahukah anda?
Pemilihan syampu yang salah akan menimbulkan pelbagai masalah tambahan pada rambut dan kulit kepala anda? Bahan yang digunakan juga tidak mesra dengan keadaan PH kulit kepala dan banyak menggunakan bahan kimia yang memberikan kesan buruk dalam jangka masa panjang.
Jadi, sila cuba kalau korang ada masalah rambut yang kronik. Apa kata korang cuba dulu Syampu Rawatan Aura Hijab ni untuk menyelesaikan masalah rambut kronik yang korang hadapi tu. Sekurang-kurangnya syampu Aura hijab dapat membantu mengurangkan masalah rambut dengan cepat. Korang boleh baca testimoni pengguna Aura Hijab di website, facebook page dan juga instagram. Semua berpuas hati setelah menggunakan Syampu Rawatan Aura Hijab ni.

INFO PRODUK SYAMPU RAWATAN AURA HIJAB

Kilang Berdaftar Dengan KKM
Kilang Berstatus Halal & GMP
Syarikat Berdaftar SSM

Harga : RM129.90

Syampu Rawatan Aura Hijab bakal masuk pasaran di kedai-kedai dan farmasi. Boleh dapatkan di kedai atau farmasi berhampiran.
Size:  400ml ( Tahan 4-6 Minggu)
Penghantaran terus ke rumah / Pejabat

Hotline Number :  017-5444880
Website :  www.aurahijab.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles