Credit Photo : Google |
Itulah dia tapestry. Kain yang bercorak mandala cantik berbentuk bulat. Teringin pulak nak satu sebab boleh guna untuk pelbagai kan. Terpaling suka dengan corak kombinasi warna biru ni. Nampak sejuk je. Eh, terderhaka pada warna pink pulak. Sorry Puan Sihatimerahjambu. Izinkan bertukar citarasa mengikut suasana kejap.
Buat background photoshoot tersangatlah menarik. Membuatkan hasil gambar nampak cantik dengan syarat menggunakan cahaya yang cukuplah. Kalau pencahayaan tak cukup pun masih boleh dapatkan gambar cantik berlatar belakangkan tapestry yang cantik ni kan. Angguk je tanda setuju.
Tapestry is a form of textile art, traditionally woven on a vertical loom. Tapestry is weft-faced weaving, in which all the warp threads are hidden in the completed work, unlike cloth weaving where both the warp and the weft threads may be visible. In tapestry weaving, weft yarns are typically discontinuous; the artisan interlaces each coloured weft back and forth in its own small pattern area. It is a plain weft-faced weave having weft threads of different colours worked over portions of the warp to form the design.[1][2]- credit wikipedia
Bukan je corak cantik tapi kain jenis tapestry ni biasanya lembut dan sejuk. Memang sesuailah buat alas tilam korang. Memang sejuk je tidur.
Credit photo : google |
Sekarang dah banyak jual di Malaysia. Jadi, nak survey dulu harga, size dan corak yang ada. Kalau korang tahu dan pernah beli, silalah berkongsi link atau instagram yang menjual tapestry cantik-cantik ni. Siapa ada jual murah-murah, boleh tinggalkan komen. Mesti ramai yang sedang mencari tapestry murah-murah dan cantik punya kan. Termasuklah Fiza! Jangan segan silu ye. Nanti Fiza akan publish komen yang berkaitan dan yang lain pun dapat maklumat yang sama. Kot ada yang sudi dan baik hati nak bagi percuma satu dan review ke kan. Dah tentu saya mahu! Dah terjebak.
Untuk corak yang lain, korang boleh google je 'tapestry'. Tak nak letak banyak kat sini nanti rambang mata.
Untuk corak yang lain, korang boleh google je 'tapestry'. Tak nak letak banyak kat sini nanti rambang mata.