Parcel Of Joy dari Lazada Malaysia yang di tunggu-tunggu dah sampai hari jumaat lepas. Baru nak kecewa ingatkan tak de rezeki dapat Parcel Of Joy ni. Rupanya dapat untuk second batch. Alhamdulillah...ada rezeki. Tak jadi nak kecewa bila dapat Sekotak kegembiraan ni sempena Online Revolution.
Inilah kotak kegembiraan yang dimaksudkan. Apa yang menarik dalam Parcel Of Joy ni? Yes, Find Joy in every parcel. Siapa yang tak seronok kalau dapat parcel yang ada macam-macam dalamnya.
Inilah kotak kegembiraan yang dimaksudkan. Apa yang menarik dalam Parcel Of Joy ni? Yes, Find Joy in every parcel. Siapa yang tak seronok kalau dapat parcel yang ada macam-macam dalamnya.
Kalau yang dah tahu, 11.11.16 yang lepas Lazada dah bermula dengan sale. Sejak 11.11 tu memang ramai yang dah shopping sakan. Fiza pun tak ketinggalan beli apa yang perlu. Memang berbaloi sangat beli masa tengah sale sempena Online Revolution ni. Kalau yang belum tahu tentang Online Revolution ni, boleh baca sikit bawah ni.
“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.
Nak tahu apa yang Fiza dapat dalam Parcel Of Joy ni dan apa yang menariknya? Jom kita tengok satu persatu.
1. Sticker Cermin Kereta- Lazada Malaysia
Sticker cermin kereta edisi terhad sempena Online Revolution.
2. Voucher-Lazada Malaysia
Untung juga dapat voucher dari Lazada ni sebab boleh jimat sikit untuk shopping online akan datang. Sikit ke banyak ke yang penting ada penjimatan di situ.
3. Bag Sukan edisi terhad "Ola Bola"- Milo
Yeay! Seronok dapat bag sukan ni tau sebab boleh jadi merangkap beg balik kampung juga ni. Saiz pun cukup besar. Dapat pulak tu edisi Ola Bola untuk orang yang suka bola. Memang tepat pada masanya dapat beg ni. Korang boleh dapatkan beg ni secara percuma kalau korang beli barangan jenama milo yang terpilih di Lazada Malaysia. Tengok pada barangan yang ada tanda +FREE bag tu.
4. Beg Kecil dan Pen- Lactokid
Selain beg sukan edisi terhad Ola Bola yang besar tu dapat juga beg kecil edisi terhad Lactokid. Dapat juga 2 batang pen yang comel. Beg kecil tu boleh buat simpan barang make up untuk travel dan pen tu dah tentu untuk kegunaan menulis. Jangan ingat duduk rumah saja tak perlukan pen. Nak beli barang, nak tulis planner, nak tulis diari dan macam-macam nak di tulis lagi. Nak cerita sikit, untuk parents yang nak beli barangan Lactokid tu cepat-cepat beli sementara tengah musim Online Revolution ni sebab harga tengah murah. Bolehlah buat stok lebih sikit dan jimat belanja sikit.
5. Baby Wipes-Mamy Poko
Walaupun belum ada anak kecil tapi baby wipes sangat-sangat berguna untuk Fiza sebabnya senang nak bawak travel untuk tanggalkan make up. Selain tu boleh letak dalam kereta. Kalau makan something dalam kereta nak cuci tangan guna baby wipes je. Memudahkan kerja. Kalau ada anak kecil, memang sangat memudahkan kerja nak mencuci kalau baby buang air tu. Wajib ada benda ni.
6. Krim & Gel Rambut Dual Styler-L'oreal
Krim dan gel di satukan dalam satu produk yang memberikan kesan lembut pada rambut dan stail untuk rambut jenis kerinting. Tapi Fiza jenis rambut lurus. Mungkin boleh juga dapatkan rambut yang lembut kan. Kena cuba nanti ni. Untuk mereka yang berambut kerinting dalam masa yang sama nak lembutkan dan stailkan rambut dengan pelbagai gaya dalam tempoh yang lama, boleh try Dual Sylers L'oreal ni.
7. Cerelac -Nestle
Okay, barang untuk baby lagi. Takpe, kalau makanan untuk baby orang dewasa boleh je makan. Lainlah kalau makanan dewasa, baby tak boleh makan sembarangan. Dapat juga merasa makanan untuk baby ni kan. Cereal perisa pisang dan strawberi. Selain perisa ni, ada lagi perisa lain juga dan pelbagai jenis Cerelac.
8.Oat Mee-Maggi
Fiza pernah update sebelum ni tentang Oat Mee ni. Dapat pula extra 1 paket Oat Mee. Sesekali kalau teringin makan mee goreng oat mee kari bolehlah masak yang dapat ni sementara nak beli stok baru. Kalau korang nak cuba tapi malas nak pergi kedai, sempena Online Revolution ni korang boleh beli 2 bundles oat mee dengan penghantaran PERCUMA.
9. Royale White Tom Yam- Maggi
Sejujurnya tak pernah lansung makan Maggi Royale ni. Biasa makan maggi kari tu je la sebab boleh divariasikan cara masakan tu. Tapi bila dapat sepeket maggi royale perisa white tom yam ni rezeki Fiza lah dapat rasa. Lagi-lagi memang suka dengan tom yam. Untuk Maggi royale ni pun ada penghantaran percuma untuk pembelian 2 bundles.
10. Full Cream Milk- Nestle
Ada makanan mesti kena ada minuman. Suka betul bila dapat sekotak susu ni sebab Fiza memang suka minum susu setiap hari. Korang boleh dapatkan random Nestle merchandise dengan syarat pembelian lebih RM50.
11. White Coffee Rasa Pandan- Nescafe
Seronok bukan kepalang bila ternampak tin nescafe ni. Haruslah seronok sebab Fiza ni penggemar kopi. Dapat pulak tu white coffee perisa pandan yang terbaru. Tak sabar nak cuba rasa. Mesti sedap dan fresh sebab pernah rasa teh pandan yang sedap. Semestinya semerbak bau aroma pandan yang wangi tu.12. Cloud Camera, 300Mbps Wi-Fi- TP-Link
Untung sangat dapat Cloud Camera, 300Mbps Wi-Fi sebab digunakan sebagai CCTV (Closed- Circuit Televisyen). Kalau takde kat rumah pun kita boleh monitor dari jauh apa yang berlaku di rumah dengan syarat Wi-Fi perlu sentiasa ON untuk cloud camera ni berfungsi. Selain boleh monitor persekitaran, boleh di gunakan sebagai camera. Boleh ambil gambar dan boleh rakam video juga. Paling best boleh expand Wi-Fi network. Okay, nanti Fiza buat full review untuk Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi- TP-Link ni ye.
Kesemuanya ada 12 barang yang Fiza dapat dalam Parcel Of Joy ni di mana 10 barang dalam Box Of Joy dan 2 barang tak termasuk dalam kotak. Itulah yang menariknya Parcel Of Joy dari Lazada ni. Memang menggembirakan hati bila dapat hadiah yang bermacam-macam ni.