Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cara Jimat Guna Sabun

$
0
0

Baru-baru banyak kali pulak ternampak video cara jimat guna sabun dengan menggunakan bekas yang diperbuat daripada span. Walaupun sekarang ni penggunaan sabun mandi jenis batang semakin kurang tapi sangat berguna untuk mereka yang masih menggunakannya.

Yang penting cara ni bukan setakat untuk berjimat cermat tapi lebih pratikal dan mudah untuk bersihkan serpihan sabun yang melekat pada bekas span. Boleh DIY je soap dish sponge ni. Cara nak buat pun mudah je.

Peralatan yang diperlukan

Span Besar
Pisau
Gunting
Sabun
Pen

Cara-Cara

1. Potong dua span besar dan bentukkan setiap penjuru dengan bentuk bulat untuk lagi menarik.
2. Lukiskan bentuk sabun di tengah span dengan  menggunakan pen
3. Potong dan buangkan span mengikut garisan bentuk sabun yang di lukis sedalam separuh daripada span.
4. Kemudian dah ada bentuk tu letakkan je sabun. Mudah je kan.

Dengan adanya bekas sabun span ni mengelakkan sabun cepat kembang sebab span bersifat mudah menyerap air lebihan pada sabun. Sabun lebihan yang melekat kat span tu boleh digunakan untuk mencuci semula bekas ni hanya perlu gosok dan perahkan je. Simple as that. Nak lagi jelas cara pembuatan bekas span ni boleh tengok video ni.


kredit : buzzfeed

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles