Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8019

Santa's Magical Village Eco Tropics Johor

$
0
0

Musim cuti sekolah ni kalau tak tahu nak bawak anak ke mana bolehlah melihat keindahan lampu warna warni dan replika christmas sempena hari christmas tak lama lagi di Santa's Magical Village, Eco Tropics Johor. Manalah tahu kalau bercuti di Johor tu bolehlah singgah sini. Orang Johor tu dah tentu bila-bila masa boleh pergi. Tapi kadang-kadang tempat yang dekat pun belum tentu lagi berkesempatan nak pergi kan.

Ada Bola Salji Kristal Gergasi dan macam-macam lagi ada kat Santa's Magical Village ni. Macam biasalah kalau tempat macam ni mestilah anjuran dari Eco World.  Cantik kan tempat ni bila dah di dekorasi dengan pelbagai replika dan lampu warna-warni ni. Budak-budak datang sini mesti teruja tengok semua ni. Takde idea nak bawak anak ke mana, datang je sini mesti dorang pun suka.







Santa's Magical Village, Eco Tropics bermula dari 3 Disember 2016 sehingga 8 January 2017. Lama jugak tu kan. So boleh plan bila nak pergi sini.

 Lokasi :
Jalan Persiaran Kota Masai 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Waktu Operasi Magical Village:
Hari-hari bekerja: 10.00 pagi - 8.00 malam.
Hujung minggu: 10.00 pagi - 10.00 malam.

Lokasi/Waze:
EcoWorld Gallery @ Eco Tropics.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8019

Trending Articles