Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8019

Konon Nak Cuba Mengecat Dengan Painting Roller Tray Sponge Set Kit

$
0
0

Punyalah excited nak mengecat rumah, kononnya nak cuba cat guna painting roller tray sponge set kit macam nampak senang je kerja mengecat tu. Tapi pengakhiran yang tak best, takde lah nak rasa menyesal sangat cumanya rasa macam rugi sikit je la sebab tak dapat guna sepenuhnya.

Fiza beli masa Lazada Revolution haritu sebab harga  nampak macam murah sikitlah dari biasa. Memandangkan nak cuba guna, jadi beli satu je dulu. Nama pun nak cuba dulu kan. Beli pun complete set kit. Manalah tahu kot kalau best guna ada la spare sponge tu.

Painting Roller Tray Sponge Set Kit
1x Storage Case
1x Big Brush With Sponge
1x Small Brush
1x Adapter
3x Sponge


Ini dia sponge untuk mengecat. Macam sponge cuci pinggan tu. Cuma berbentuk tirus di hujung dan nipis sikitlah. Bahagian hujung tu untuk memudahkan kerja mengecat bahagian penjuru dinding. Takde lah comot bila mengecat tu. Ye, memang tak comot pun masa mengecat tu dan takde dripping pun masa mengecat. Kiranya sangat bagus lah tak comot dan cat pun tak meleleh.Tak perlu nak alas paper kat lantai tu. Storage case dan adapter roller painting pun okay je untuk hadkan jumlah cat yang melekat kat sponge tu.

Yang tak bestnya bila mengecat guna sponge ni bila kita tekan ke dinding dengan kuat, lapisan cat sangat nipis. Bila lapisan cat nipis, kena mengecat banyak layer untuk nampak cat tu lebih sempurna dan cantik. Macam bertambah masa dan kerja pulak kan. Setakat nak touch up atau nak cat permukaan yang tak berapa besar so far Fiza rasa okay je. Disebabkan nak cepat siap, Fiza gunakan roller yang biasa tu je la. Yang jenis sponge ni boleh guna untuk touch up mana yang perlu je nanti.

Yang menariknya ada 2 pemegang sponge besar dan kecil. Yang besar ni boleh masukkan kayu untuk mengecat dinding yang tinggi atau nak mengecat siling tanpa menitis cat. Ringan pun ringan tak sakit tangan.


Pemegang untuk yang kecil ni pun sangat selesa di pegang ketika mengecat. Sesuai sangat untuk mengecat bahagian kecil yang susah nak cat tu.



Kalau tengok video memang mudah bila guna jenis macam ni tapi tu lah mungkin tak kena dengan jiwa atau mungkin kena tengok jenis cat ataupun tengok jenis permukaan dinding kot baru best mengecat. Tapi kalau nak cuba, boleh je. Boleh mengecat santai-santai je.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8019

Trending Articles