Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Naik MRT PERCUMA selama SEBULAN

$
0
0

Hari ni 16 Disember 2016, rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dah boleh naik MRT (Mass Rapit Transit) secara PERCUMA selama SEBULANsehingga 16 Januari 2017. Bukan setakat dapat naik MRT percuma, malah dapat naik bas pengantara secara percuma juga. Bolehlah rakyat jelata berjimat untuk kos pengangkutan selama sebulan ni kan? Yang nak cuba naik MRT jalan-jalan pun boleh. Dapat tengok view yang baru.

Kredit foto : google

Tapi confirm lah penuh sesak selama sebulan ni. Kena tunggu berbayar nanti lah baru cuba naik kalau tak nak bersesak sangat. Dengan adanya MRT ni,  makanya adalah laluan rel dan stesen baru yang mana sebelum ni takde LRT dan komuter melaluinya. Jadi, lebih mudah lah kan untuk ke tempat-tempat berkenaan sepanjang laluan MRT Sungai Buloh - Kajang. Sayangnya takda stesen di KL Sentral. Tapi akan ada akan datang tahun depan. Kenalah berhenti di stesen yang terdekat.

Sebelum naik MRT, study dulu laluan MRT (warna hijau gelap) ni. Pening pulak tengok banyak laluan. Kalau nak pergi tempat yang banyak kena transit memang lebih baik naik kenderaan sendiri je.  

Kuala Lumpur, 15 Dis. - Rakyat Malaysia yang akan menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) dapat menikmati tambang secara percuma selama sebulan sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi.
Perdana Menteri, Najib Razak berkata perkhidmatan yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn. Bhd. itu akan dapat dinikmati pengguna bermula mulai esok sehingga 16 Januari depan.
"Sebagai hadiah kepada rakyat bagi Tahun Baru serta memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien, saya mengumumkan bahawa Rapid Rail akan memberi perkhidmatan MRT percuma selama sebulan mulai esok sehingga 16 Januari ini.
"Ia termasuklah perkhidmatan bas pengantara. Tambang hanya akan dikenakan bermula 17 Januari ini," katanya.
Pengumuman itu dibuat oleh Najib dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini, lapor Utusan Online.

Bila dah ada MRT ni bolehlah kurangkan kesesakan jalan raya sikit ye pagi petang hari bekerja tu. Harap-harap selama sebulan ni MRT tak mengalami masalah teknikal semua tu. Selamat Ber MRT warga Selangor dan Kuala Lumpur. Rakyat negeri lain nak naik MRT kena datang selangor lah. Selangor pulak jadi sesak.

Harga Tambang Tunai dan Touch 'n Go MRT bermula 17 Januari 2017


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles