Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Sayur Apa Ni?

$
0
0

Musim hujan sejuk ni ramai yang ambil kesempatan bercuti di Cameron Highlands. Memang syoklah bercuti musim sejuk. Bertambah sejuk bercuti di atas tanah tinggi tu kan. Mesti sesak kat sana musim cuti sekolah ni. Dah pernah merasa jammed kat Cameron Highlands bila pergi musim cuti. Memang buang masa kat jammed je la.

Tak dapat pergi Cameron Higlands pun ada rezeki dapat sayur dari Cameron Highlands dari kawan husband. Banyak juga dapat sayur ada jagung, tomato, salad, lobak putih dan juga sayur ni (gambar bawah). Entah sayur apa namanya Fiza pun tak tahu. Tak pernah tengok. Jadi tak tahu nak masak apa.

Korang tahu tak sayur apa ni. Untuk masak apa ye? Kalau tahu, meh la share.


Sayur Cameron Highlands semua segar-segar. Kalau boleh semua nak bawak balik tapi tu lah sampai je bawah dah layu dah. Sama juga kalau beli strawberi. Sayur ni pun dah layu berapa hari simpan tak tahu nak masak apa. Help help. Kalau tahu nama boleh juga cari resepi macamana nak masak. 

Updated : Nama Sayur ni Beetroot atau ubi bit merah ( Seperti dalam komen ) dan Fiza dah baca sikit maklumat setelah menggoogle. Jadi dah tahu nak buat apa dengan beetroot ni. Terima kasih yang memberitahu. Jasamu di kenang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles