Untuk orang dekat-dekat Melaka tu bolehlah beli je. Untuk orang jauh-jauh ni mampu buat sendiri je la kalau nak merasa. Ramai dah cuba buat kuih keria gula melaka. Bila dah namanya viral, semua pakat cuba buat. Fiza nak buat memang tak lah. Tak berapa nak ada kerajinan nak buih tradisional ni. Lagipun makan berdua je, baik beli je. Itu ayat kalau malas buat. Kalau rajin, sanggup buat walaupun susah. Kannn..cakap je lebih. Hihi
Kebetulan nampak kawan Fiza yang memang nak jual kuih keria. Terus Fiza order. Kalau yang buat makan sendiri tu takkan nak meminta minta pulak. Jadi, kita dapatkan dengan gunakan saluran yang betul dengan membeli je. Fiza order 30 biji terus. Amboii melantak sorang-sorang ke tu? Eh taklah.. 20 biji tu untuk menjamu kengkawan. Fiza dan husband punya 10 biji je. Terlebih cukup dah tu kan. Dalam gambar dah terkurang 2biji, dah ngap dulu sebelum ambil gambar. Hehe...
Alhamdulillah dapat juga merasa kesedapan kuih keria gula melaka ni. Memang sedap! Yang kawan Fiza buat ni Fiza suka sedap tak manis sangat. Just nice. Dan isi pun lembut. Sebelum ni biasa rasa kuih keria salut gula tu manis ya amat. Tak sesuai dengan Fiza sebab kalau makan manis nanti sakit gigi. Memula inagatkan manis sangat. Ye lah kan, bersalut gula manis mesti lagi manis. Tapi tak! Sesedap semanis gitu. Next time order lagi.
Untuk orang Bangi atau sekitarnya boleh order dekat kawan Fiza ni. Kalau yang takde masa nak buat tu la. Kalau dah pandai buat sendiri, buat sendiri je. Bagi Fiza yang malas nak rebus keledek, melenyek keledek bagai ni beli je la. Hehe...Puas hati den dapat merasa juga kuih keria gula melaka yang viral ni.
Niza - 60 12-717 3689