Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Penginapan Murah dan Selesa di Hotel Setia Kluang

$
0
0

Amboi Amboi Amboiii (versi altimet)..Lama tuan blog Sihatimerahjambu bercuti ye. Kalau dah bercuti memang tak ingat back to reality. Last entri Fiza Mood cuti is ON hari jumaat lepas. Kepada yang bertanya Fiza bercuti ke mana tu, Fiza nak bagitau yang Fiza bercuti ke Kluang je. Yang sebenarnya tujuannya nak hantar dan teman adik ipar untuk saringan kesihatan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) selama 2 hari kat Kluang. Sementara menunggu tu Fiza dan Encik Suami ambil kesempatan explore kluang. Alang-alang dah sampai rugilah kalau tak pergi tempat-tempat menarik di Kluang ni.

Fiza ni nama je orang Johor tapi tak pernah lansung bercuti kat Kluang. Pergi Kluang pun boleh kira berapa kali je. Jadi, dah ada peluang stay kat Kluang dua hari ni tak lepaskan peluang jalan-jalan di sekitar terdekat. Kamiorang gerak dari Seremban lepas asar dan dalam 2jam lebih sampai Kluang Check in di Hotel Setia. Hotel murah je kamiorang stay sebab tak banyak masa di habiskan untuk stay hotel. Cuma untuk tidur, mandi dan berehat je la. Encik suami booking awal melalui Agoda seminggu sebelum check in.


Lepas check in settle, terus ke bilik letak barang dulu sebab lepas check in plan nak jalan cari makan malam. Kamiorang pilih bilik yang takde view. Jadi, inilah bilik Fiza dan husband. Nampak kecik tapi puas hati. Yang penting bersih dan selesa.
Hotel Setia welcomes you with warm Kluangist hospitality. This hotel is an 5-minutes drive from downtown and 3-minutes to Gunung Lambak. Featuring 33 well-appointed guestrooms, the rooms at Hotel Setia & Residences are where you will find peace in a city buzzing with activity. With the business traveler in mind, complimentary internet access is available throughout the hotel including all guestrooms.-Hotel Setia


Almari baju (ada 3 hanger dalam almari), meja, kerusi. Kira okaylah kelengkapan yang ada. Cuma iron takde, kena request. Tapi Fiza dah bawa siap-siap dari rumah dah. Senang tak payah mintak dan tunggu giliran.


Macam biasa ada air, teh, kopi, gula, cawan, kettle dah tisu.



Dental kit pun ada. Jarang stay hotel ada dental kit.


Kasi chance bergambar kat depan cermin kejap. Macam dah lama dah bergambar dengan cermin.


Ruang bilik air yang luas


Dalam satu ruang yang sama. Ada toilet dan disediakan tuala mandi. Bilik air yang bersih dan besar. Of courselah selesa kan.


Walaupun hotel bajet je tapi keadaan bilik sangat memuaskan dan service pun bagus. Kemudahan pun lengkap. Ada 7 Star minimart dan sebelah tu ada Setia cafe. Tak perlu jalan jauh kalau lapar.


Kamiorang stay dua malam kat sini. Booking 2 bilik. 1 bilik untuk 1 malam lebih kurang dalam RM70 macam tu. Untuk 2 malam, 2 bilik RM2++. Kira sangat berbaloi dan bajet juga tu kan. Urusan check out pun cepat je. 


Lobby yang meriah dengan  decoration Gong Xi Fa Cai. Luas dan bersih.



Yang nak bercuti di Kluang tu boleh cuba untuk stay sini 1 malam. Kalau nak jimat-jimat bajet okaylah. Hotel Setia dekat je dengan bandar dan tempat-tempat menarik Kluang. Parking pun banyak. So far so okay! Bilik kecil xde masalah. Takdelah kecik sangat pun. Okay je, asalkan ada ruang untuk solat kan. 

Kemudahan yang ada.
Air conditioning
Internet access – wireless
TV
Coffee/tea maker
TV [flat screen]
Complimentary bottled water
Non smoking rooms
Wi-Fi [free]
Shower
    Alamat Hotel Setia
    No. 3, Jln Setia Indah 1, Tmn Setia Indah, Kluang, Johor

    Email :
    hotel_setia@yahoo.com.my
    Selamat Bercuti!

    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 8009

    Trending Articles