Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Makan Malam di Joel's Delight Cabin Kluang

$
0
0

Selesai urusan check in Hotel Setia, terus kamiorang gerak keluar pergi cari tempat makan yang sedap kat Kluang ni. Google punya google, dapatlah nama kedai makan Joel's Delight Cabin Kluang. Katanya tempat makan ni famous, sedap dan banyak pilihan menu yang ada. Lebih kurang macam food truck gitu. Banyak kedai pelbagai jenis makanan.

Ada menu western, tradisional dan lain-lain. Kalau tak tahu nak makan apa, datang je sini banyak pilihan yang ada sampai tak tahu nak makan apa tiba-tiba. Malam tu Fiza order Fish and Chip. Macam lama tak makan western. Jadi cubalah rasa. Sangat sedap especially sos mayonese tu. 


Adik ipar order Hot Plate Sizzling Yee Mee. Rasa pun okay sedap!


Encik suami order nasi lemak ayam pandan tapi lambat sampai. Nasib ada nasi goreng ayam encik suami tapau sebelum gerak ke Kluang. Air pulak kamiorang order root beer, limau suam dan air limau asam boi. Mulanya nak order barli pandan sebab nak rasa tapi habis pulak. Kecewa kakak tau!


Total untuk 3 orang makan menu Fish & Chip, nasi lemak ayam pandan, hot plate sizzling yee mee, air limau suam, root beer dan air limau asam boi lebih kurang RM3+. Yang penting perut kenyang. Sorry gambar kurang proper. Lapar punya pasal.


Kalau nak datang Joel's Delight Cabin Kluang ni, korang guna waze je senang. 

Joel's Delight Cabin Kluang

Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor, Malaysia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles