Balik dari Kluang, esoknya Fiza bercuti ke Port Dickson. Bukanlah bercuti sangat. Jalan-jalan makan angin je. Tujuan utamanya nak hantar hadiah Top 1 Komentator 2016, Mama jijah. Alang-alang dah TER pergi Port Dickson tu, haruslah jalan-jalan di tempat menarik sekitar Port Dickson.
Tak dapat jumpa Mama Jijah sebab kerja. Dapat jumpa mak Jijah dan anak dia, Zahwa pun bolehlah. Comel dak Zahwa ni. Boleh tahan semangat dukung dia. Lain kalilah baru jumpa Jijah. Dapat hantar hadiah dengan selamat pun dah lega dah. Hadiah 2 komentator Fiza pos dan selamat sampai dah. Alhamdulillah.
Masa tu Fiza sampai dalam pukul 3 petang. Cuaca pun tengah panas. Tak tahu nak kemana, jadi pekena cendol sejukkan tekak di Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular tu di Cawangan Teluk Kemang, Port Dickson. Jangan lupa gunakan perkhidmatan waze untuk sampai ke sini ye.
Sampai sini pun dah ramai orang. Tapi tak terlalu ramai. Masih ada tempat duduk. Mungkin awal lagi kot orang nak bersantai waktu petang.
Dah datang dengan tujuan nak makan cendol, jadi order cendol lah ye. Ni namanya cendol VVIP, RM5 semangkuk. Order, bayar dan tunggu kat kaunter yang sama. Cepat je siap. Apa yang istimewanya cendol VVIP ni ada pulut dan nata de coco. Kuantiti pulut dalam 2 sudu dan nata de coco Fiza jumpa seketul je. Kecewa isi tak banyak tapi nasib baik cendol tu sedap. Kalau order yang biasa pun Fiza rasa sangat berbaloi.
Selain minum cendol, order sekali pasembor. Kat sini ada bermacam-macam menu dan ada banyak gerai. Banyak pilihan kalau datang makan kat sini. Ada bakso, asam laksa, keropok lekor, sotong besar rangup dan macam-macam lagilah. Ikutkan rasa nafsu makan ni memang nak rasa semua tapi order banyak-banyak siapa nak makan? Jangan membazir. Next time kalau datang lagi boleh order menu lain pulak tapi cendol tu wajib order sebab sedap!!!
Lokasi Cendol Bakar caw. Teluk Kemang, Port Dickson
Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia