Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Jalan-Jalan di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

$
0
0

Settle makan cendol kat Cendol Bakar Teluk Kemang. Fiza ajak Encik suami singgah tepi pantai. Dah lama pulak tak jalan-jalan tepi pantai. Dating tepi pantai kejap! Fiza suka tengok permandangan pantai tapi tak suka mandi laut sebab takut sunburn. Padahal kalau dok tepi pantai pun boleh sunburn juga kan. Tak boleh pakai prinsip Fiza tu. Haha...

Kamiorang singgah di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Aktiviti tepi pantai, macam biasalah tengok permandangan laut je la. Cuaca pun agak panas tapi seronok sebab angin kuat. Hilang rasa panas. Nak berjalan santai pun takde masalah.


Duduk kat batu tepi pantai ni menikmati angin kuat. 


Lepas dah lepak tepi pantai ni, kamiorang ke sebarang sana melalui jambatan tu untuk ke Pulau Burung. Tapi sekor burung pun tak nampak. Cantik juga Pulau Burung ni, banyak juga Fiza ambil gambar tapi sayang gambar-gambar yang kat Pulau Burung semuanya corrupted. Memory Card GoPro problem tak boleh view segala gambar dan video. Bermacam cara dah cuba tapi tak dapat semula gambar dan video tu. Takde kenangan kat Pulau Burung. Sedih! Takpe, next time boleh pergi lagi. Memory Card pun dah beli baru. Wajib pergi lagi Pulau Burung sebab permandangan kat situ cantik.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles