Eh, tak serik ke haritu lutut dah rabak masa turun Gunung Datuk? Ye, tak serik lansung dan mungkin inilah kali kedua dah terakhir mungkin. Dah dah lepas ni jangan ajak lagi ye. Kalau hiking lagi tu maknanya termakan pujuk rayu lah tu. Hehe.. Kalau kali pertama hiking dengan encik suami dan buat kali kedua ni hiking dengan hikers tegar kawan encik suami. Dorang ni laju kalau naik bukit ke gunung ke tak terlarat mengejar.
Disebabkan kejadian yang lepas, kali ni hiking bawa bekalan air lebih sikit dan stretching betul-betul. Harap-harap sejarah tak berulang. Hari tu dorang sampai awal kat puncak mula hiking pukul 8:00 pagi. Fiza dan encik suami mula hiking dalam pukul 8:20 mengikut masa di pos pengawal dengan bayaran RM5 seorang. Alhamdulillah hiking kali ni Fiza kurang berhenti dan kurang semput. Penat tu perkara biasalah kan kalau hiking. Laju sikitlah perjalanan kali ni. Mungkin di sebabkan baru-baru ni lepas Hiking Gunung Lambak. Jadi, otot tak terkejut lah tiba-tiba hiking tu. Lagipun cuaca sedang elok sebab malamnya hari hujan. Sejuk sikit dan tak terasa penat sangat.
Mujurlah hari ni agak kurang hikers naik Gunung Datuk ni. Jadi, tak perlu nak beratur lama naik ke puncak. Sampai kat puncak geng encik suami dah sampai pukul 10:00 pagi kat puncak. 2jam je dorang sampai puncak. Fiza dan encik suami sampai puncak pukul dekat nak pukul 11:00 pagi. Ambil masa 2 jam lebih dan rasa macam cepat pulak sampai dari yang sebelum ni ambil masa 3 jam lebih. Kira okaylah untuk rekod peribadi diri sendiri.
Disebabkan tak berapa nak ramai hari ni, dapatlah berlama-lama sikit kat atas puncak sambil layan angin kuat yang sejuk. Memang syok dok atas puncak ni layan angin kuat. Alhamdulillah cuaca tak panas. Itu yang tak terasa penat sangat. Lama juga lepak kat atas puncak ni layan view, menyembang dan of courselah layan bergambar. Layan view puncak Gunung Datuk. Gigil juga nak berdiri dengan angin yang kuat ni.
Melayan angin yang mengganas. Bukan lagi sepoi-sepoi bahasa. |
Sebelum turun sempat ambil gambar kat sini tandanya dah berjaya sampai puncak. |
Pukul 12 tengahari baru kamiorang turun sebab masa ni macam nak hujan lebat je. Masa turun pun dah rintik-rintik dah. Kena cepat turun, kalau hujan lagi mencabar pulak nak turun takur trail licin. Tak pasal-pasal macam lembu berkubang nanti. Setengah perjalanan turun, kaki Fiza sakit tapi Fiza kurang berhenti juga. Kaki ni kalau dilayan sakit, lagi lama berhenti lagi sakit dibuatnya. Kali ni, Fiza teruskan je perjalanan. Kurang sikit rasa pressure kaki sebab adanya sokongan tongkat sakti. Bagus juga beli hiking pole haritu kat sportdirect.com. Besar jasanya pada Fiza.
Sampai kaki gunung dalam pukul 2:30 petang. Jadi, rekod Fiza turun 2 jam lebih untuk hari ni. Yeay! Rekod terbaik untuk kali kedua ni.
Salah satu sebab kenapa tak pernah serik hiking Gunung Datuk ni sebab view puncak yang Subhanallah cantik! Memang hikers suka hiking Gunung Datuk disebabkan view macam ni. Mungkinkah akan ada kali ketiga? Plan nak hiking Bukit Broga untuk kali kelima pulak. Katanya sekarang dah ada trail yang baru yang lebih mencabar. Kena cuba tu! Ayuh panjat! Siapa yang suka hiking juga tu, sila la suggest bukit atau gunung yang best. Terima kasih