Dalam keberanian seseorang ada takutnya juga. Contohnya takut berada di tempat tinggi. Dalam erti kata lain "gayat". Terkadang tu memang gayat kalau berada di tempat tinggi. Macam Fiza kalau berada di puncak gunung yang luas kawasannya takde lah Fiza gayat sangat tapi kalau berada di puncak gunung yang mempunyai keluasan yang betul-betul limited tu memang Fiza kecut perut lah.
Selain memanjat gunung dan mencabar diri untuk berada di puncak gunung, ada pelbagai aktiviti yang lain yang lebih mencabar untuk mengatasi rasa gayat tu. Contohnya macam paragliding, parasailing, flying fox activity, zipline, melalui jambatan gantung dan sebagainya. Semua aktiviti tu Fiza belum cuba tapi teringin sangat nak mencuba aktiviti mencabar yang tinggi-tinggi macam tu. Terbaru ni, Fiza nampak ada buaian di
Bukit Bulu Batu Flower Garden, Batu Malang Indonesia. Mak aihh... nampak menarik tapi seram nak naik.
Teringin nak naik tapi cukup berani ke nak mencuba buaian sebegini tinggi. Kalau naik pun, Sekali hayun je Fiza mampu bertahan.
|
Kredit foto : google |
|
Kredit foto : google |
Rupanya macam ni keadaanya. Ada platform. Nak gambar nampak cantik kena ambil masa buaian berhayun lah kan. Kalau macam ni, berani sikitlah nak naik. Ke?
Bukit Bulu Batu Flower Garden berlokasi di Batu Malang merupakan salah satu tempat menarik terbaru yang baru dirasmikan pada bulan Disember 2016. Keunikankannya adalah spot selfie berbentuk love dengan latar belakang pemandangan alam semulajadi yang sangat menarik dan dapat menikmati pemandangan pegunungan yang terhampar di sekitar kawasan Coban Rais. Terdapat bukit bunga, hammock, rumah pohon, dan buaian.- Kredit :
wisatalova
|
Kredit foto : google |
Kalau bercadang nak bercuti ke Indonesia, sila luangkan masa untuk singgah di sini. Untuk honeymoon sangat sesuai ni kan.