Baru-baru ni ramai yang kongsikan cerita tentang cara cuci sayur brokoli yang betul sebetulnya. Fiza percaya yang antara kita memasak di rumah mencuci sayur sekadar cuci dengan air sahaja. Biasanya kalau Fiza masak sayur di rumah sebelum cuci Fiza gaulkan dengan garam dulu baru basuh dan kadang-kadang rendam sekejap sebelum toskan. Tapi sebenarnya ada cara yang betul dan terbaik untuk cuci sayur brokoli. Tujuannya untuk membuang segala ulat-ulat yang ada pada celah-celah sayur brokoli tu.
Agak terkejut juga sebenarnya bila melihat hasil cucian brokoli dengan betul tu. Memang banyak ulat-ulat kecil keluar dari celah-celah brokoli selepas di rendam dengan air garam selama 30 minit sehingga 1 jam. Untuk penggemar sayur macam Fiza ni jadi macam taknak makan sayur brokoli dah rasanya sebab geli tengok ulat-ulat yang keluar tu. Ulat -ulat tu kecil je macam kutu dan berwarna hijau. Tak hairanlah selama ni cuci guna air pun nampak macam dah cuci bersih je kan sebab tak nampak ulat-ulat tu dicelah-celah brokoli hijau tu.
Kiranya selama ni dapat makan protein free la dari ulat-ulat tu. Adooii kembang pulak tekak ni. Ibu-ibu yang buat puri brokoli tu mesti rasa bersalah sebelum ni tak cuci brokoli dengan betul kan. Dah dah, benda dah lepas. Jadi, lepas ni kalau nak cuci sayur tu cucilah sebersih-bersihnya. Lagi-lagi nak bagi baby makan tu.
Jangan pulak lepas ni korang boikot sayur brokoli tu. Makan je macam biasa, tak payah nak buang masa bayangkan ulat-ulat tu. Yang penting, korang cuci sayur brokoli tu dengan betul. Cara cuci sayur brokoli dengan betul.
Potong-potong brokoli kepada bahagian kecil-kecil. Kemudian rendamkan sayur brokoli dengan air garam selama 30minit sehingga 1 jam. Ada Fiza baca tips lain, ada juga yang letakkan cuka bersama air garam tu untuk lebih berkesan membuang ulat-ulat sayur tu.
Cuba bayangkan kalau kita tak cuci betul-betul sayur yang kita masak tu. Mesti banyak ulat yang kita dah makan kan. Tak nak bayangkan! Lepas ni tak kira apa jua jenis sayur atau bahan mentah untuk di masak tu kena cuci sampai bersih barulah lebih selamat untuk di makan.
Kredit image dan info : Fieza Nelson