Semenjak ada stok chia seeds hadiah daripada Slimm Treats anjuran giveaway kak Diana Rashid ni, kemain seronok nak cuba macam-macam menu yang boleh di letakkan chia seeds. Habis semua menu nak ditabur chia seeds. Apa yang membuatkan Fiza suka tabur chia seeds dalam setiap menu sebab suka mengunyah chia seeds tu.
Kalau korang suka minum air sirap selasih, suka kunyah-kunyah gigit-gigit selasih tu. Gerenti korang lebih suka kunyah-kunyah selasih ni sebab dia tak kembang macam selasih. Lagipun chia seeds lebih berkhasiat dan boleh dimasukkan dalam pelbagai menu makanan dan minuman. Kalau selasih biasanya kita nampak dalam minuman atau beberapa menu makanan sahaja dan biasanya kita nampak air sirap selasih masa musim bulan puasa je untuk menyejukkan badan.
Chia seeds sekarang trending untuk mereka yang sedang mengamalkan diet sebab chia seeds membantu dalam proses detox. Nak kurus, nak diet, nak detok dan nak sihat, sila amalkan pemakanan dengan chia seeds. Walaupun chia seed takde rasa tapi khasiatnya sangat bagus. Setakat Fiza makan beberapa hari ni sangat membantu dalam proses detox. Hari-hari membuang!
Sebenarnya chia seeds korang boleh pelbagaikan cara penggunaannya. Macam Fiza, Fiza suka tabur je. Suka makan yang crunchy dalam makanan. Ada orang suka masukkan dalam puding, dalam kek, dalam muffin, brownies, cookies dan sebagainya. Tapi Fiza suka taburkan dalam menu simple-simple je.
Antaranya Fiza suka tabur chia seeds dalam buah-buahan potong sebagai snack. Selain tabur chia seeds, Fiza letakkan madu sikit supaya rasa manis tu dapt hilangkan sikit rasa masam buah apple. Bila gabungkan potongan buah apple, madu dan chia seeds ni rasa macam makan buah kiwi. Tapi isi kiwi versi keras gitu. Serioulsy sangat sedap mengunyah. Dahlah apple hijau rangup, tambah pulak kerangupan chia seeds berserta masam manis. Tambah seronok makan. Kira makanan sihat juga ni kan letak madu menggantikan gula.
Selain masakan sendiri, Fiza suka juga tabur chia seeds dalam makanan yang dibeli jika sesuai untuk ditaburkan lah. Contohnya Fiza beli sushi ni dan Fiza tabur chia seeds ni nak bagi lagi sihat dan lebih berselera makan.
Kalau korang goreng telur pun, korang boleh taburkan chia seeds atas telur goreng. Tapi makanan bergoreng kurang sihat kan. Kalau nak cuba rasa boleh je makan tapi jangan selalu. Kalau nak lebih sihat boleh gantikan telur goreng kepada telur rebus separuh masak dan taburkan chia seeds. Pun boleh.
Ataupun korang boleh taburkan chia seeds dalam sandwich korang. eh, tak nampak chia seeds. Chia seeds kat dalam timbunan sayur-sayuran ni. Fiza memang suka makan sayur. Sandwich sayur terlampau namanya ni.
Fiza mencari-cari lagi menu yang boleh dan sedap ditabur chia seeds. Siapa ada menu chia seeds, boleh share dalam kotak komen ye. Terima kasih 😉