Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Permulaan Cabaran Kurus dan Sihat

$
0
0

Sejak jadi gemuk ni, setiap tahun simpan azam untuk kurus. Berazamlah kononnya tapi hangat-hangat tahi ayam je. Usaha kejap, tak nampak hasil lepas tu mengalah macam tu je. Dah  beli yoga mat kononnya nak work out di rumah je. Seminggu je bertahan buat work out, hari berikutnya gagal disebabkan sibuk sangat dengan kerja. Terus yoga mat dilupakan.

Nak rajin hiking setiap minggu pun macam tak kesampaian sebab encik suami pun sibuk dengan kerja. Jadi, usaha seterusnya adalah jaga pemakanan. Permulaan cabaran kurus dan sihat Fiza bersama encik Suami bermula semalam. Kamiorang nekad nak buat betul-betul untuk menyahut cabaran kurus berpandukan panduan menu diet yang betul atas cadangan seseorang. Dah ada panduan yang betul, mudahlah sikit perjalanan cabaran kurus kamiorang.

Sebelum Cabaran Kurus

Sebelum korang bertindak menyahut cabaran kurus ni, korang kena nekad dan betul-betul berazam nak kurus dan sihat. Perlu rancang bila nak bermula dan sediakan bahan-bahan masakan selama seminggu mengikut menu yang ditetapkan. Jangan lupa ambil gambar dan timbang berat badan asal. Lepas dah kurus nanti bolehlah buat perbandingan dulu dan sekarang. Tengok sendiri perubahannya macamana. 

Cabaran Utama

Nak hilangkan beberapa kilogram punyalah susah. Nak tambah kilogram senang je. Paling mencabar untuk kurus ni kena tinggalkan menu yang bergaram, berminyak dan bergula. Bayangkan kopi tanpa gula atau susu dan makanan tanpa garam. Kena lalui semua tu. Pantang sekali 3 bahan tu ada dalam menu untuk diet. Kalau langgar pantang, korang sendiri menyesal sebab bukan mudah nak melalui cabaran kurus ni terutamanya godaan makanan. Tapi sesekali boleh je 'cheat day'. Lepas tu bakar kalori habis-habisan. Mesti korang yang pernah diet selalu buat macam ni kan. Memandangkan Fiza dan suami takde masa yang terlalu banyak untuk habiskan masa work out. Jadi kami memilih untuk makan makanan yang seimbang setiap hari. Jadi, ada masa work out tu bolehlah bakar kalori sikit. 
"Ingat! Senaman hebat tanpa diet = no weight loss
Diet yang baik tanpa senaman boleh kurangkan berat badan -Kevin Zahari "

Hari Pertama Cabaran Kurus

Bila dah pilih cara macam tu, untuk hari pertama sangat-sangat excited nak sediakan menu dan buat mengikut perancangan. Fiza pastikan minum air secukupnya, purata dalam 2-3 liter sehari. Memang asyik minum dan ke toilet je la jawabnya. So far setakat lepas lunch takde masalah. Cuma masa panjang lepas lunch dan waktu makan malam sangat lama. Jadi macam lapar. Minum petang pun hanya kekacang setakat 2 jari je macam tu. Memang agak mencabar di hari pertama tanpa menu bergula dan bergaram. Rasa macam berpuasa je. Biasalah tu kan, perubahan bertukar menu dari yang biasa. Memang kurang biasa tapi lepas ni memang kena biasa-biasakan. Barulah mencabar namanya.

Hari Kedua

Alhamdulillah, hari kedua macam dah boleh masuk dengan perubahan menu yang baru. Mungkin dalam masa seminggu ni agak lemah tapi harus diteruskan juga. Fighting!

Cabaran Seterusnya

Buat masa ni Fiza akan teruskan cabaran untuk kurus selama 21 hari mengikut panduan makanan yang dirancang selama 21 hari. Tak sabar nak tunggu result selepas 21 hari yang mendatang. Harap-harap berhasil hendaknya. Kalau tak, kena tambahkan usahakan senaman secukupnya. Nak tahu menu Fiza setiap hari boleh tengok di instagram fiza atau search #diarikurusfiza



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles