Dalam proses menurunkan berat badan dengan mengamalkan pemakanan seimbang (diet), kita perlu memilih bahan makanan yang terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik juga. Daripada panduan diet yang diberikan. Sebaiknya nasi putih di gantikan dengan nasi perang.
Kenapa Beras Perang Terbaik Untuk Diet?
Beras perang di katakan sejenis beras yang kurang diproses dan mengandungi nutrisi yang tinggi. Sangat bermanfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi untuk dijadikan makanan harian yang sangat baik dan merupakan sumber karborhidrat yang sihat kerana memiliki nutrien seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium. Untuk diet harian Fiza, Fiza gunakan berang perang yang tinggi serat. Harga beras perang mahal sikit berbanding beras putih biasa. Tapi okaylah sebab untuk sekali hidangan hanya makan segenggam nasi perang sahaja.
Khasiat Beras Perang
1. Mengurangkan risiko kanser kolon
Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.
2. Mencegah sakit jantung
Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.
3. Perlindungan daripada kanser payudara
Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.
4. Mengurangkan kolesterol
Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.
5. Mengekalkan berat badan seimbang
Apabila mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan rasa kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis
6. Membantu penghadaman
Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.
7. Mencegah batu karang
Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.
8. Mengawal kadar gula dalam darah
Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.
9. Makanan bayi yang sempurna
Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.
10. Tulang yang sihat
Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium.
Kalau korang tak amalkan diet pun boleh gunakan beras perang untuk pengambilan nasi seharian. Lebih bagus berbanding beras putih. Rasanya sedikit kenyal dan ada rasa keras-keras sikit disebabkan ianya sejenis beras yang kurang proses.
Sumber maklumat daripada : impiana.my