Sebut je TRAVELOKA mesti kau orang semua sudah sedia maklum tahu apa itu TRAVELOKA sebab sudah beberapa kali Fiza kongsikan cerita dalam entri yang lepas-lepas berkaitan dengan TRAVELOKA . Ataupun bila sebut TRAVELOKA, terus kau orang dah terbayang-bayang percutian yang murah tapi menarik. Pssst..Bulan ni TRAVELOKA nak bagi penginapan Percuma 2 Hari 1 Malam pada mereka yang bertuah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan nak tahu cara nak dapatkan penginapan percuma, sila baca entri ni sampai habis.
Kalau masih ada yang belum tahu, TRAVELOKA merupakan website tempahan tiket penerbangan dan hotel murah. Boleh dipercayai dan selamat untuk digunakan serta menawarkan perkhidmatan 24 jam secara online. Untuk Kaki jalan semestinya sudah biasa sangat dengar TRAVELOKA dan mungkin ada yang sudah biasa menggunakan perkhidmatan TRAVELOKA.
Fiza yakin pasti yang bila kau orang dengar berita punya best macam ni, mesti tak sabar-sabar nak dapatkannya. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Benda percuma kot. Siapa je yang tak nak? Jangan di tanya pada kaki travel dan kaki jalan. Mereka sudah pasti rebut peluang ini. Bagi mereka yang mahukan percutian untuk berehat seketika dari kesibukan kerja ataupun mereka yang tidak cukup bajet untuk bercuti, Fiza sarankan cuba rebut peluang ini.
TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! WIN A 2D1N STAY SETIAP MINGGU.
Kenapa Fiza kata macam tu? Sebabnya kali ini, TRAVELOKA menawarkan penginapan percuma yang unik dan lebih menarik selama 2 hari 1 malam untuk kau orang nikmati. Traveloka Winning Stays Is Here! Untuk pengetahuan semua, setiap minggu bermula 3 April 2017 pihak TRAVELOKA akan memperkenalkan sebuah hotel dan berkongsi apa yang menarik menginap di hotel tersebut. Dengan cara ini juga dalam masa yang sama dapat membantu mereka yang ingin bercuti mencari tempat-tempat menarik untuk bermalam melalui TRAVELOKA.
Well, rakyat Malaysia sangat suka bercuti jika ada peluang. Kebanyakkannya menyukai sejenis percutian yang good staycation. Mengikut fakta, pada tahun 2014 seramai 60.7 juta rakyat Malaysia bercuti di dalam negara dan jumlahnya semakin bertambah setiap tahun. Tak hairanlah kenapa jumlahnya semakin bertambah sebab Malaysia banyak tempat-tempat menarik untuk bercuti.
BERMALAM DI 5 HEEREN, MELAKA 2 MALAM 1 HARI SECARA PERCUMA
Minggu pertama, TRAVELOKA telah memilih Rain Forest Inn, Cameron Highlands. Minggu kedua ini lebih menarik lagi tempat penginapannya iaitu 5 Heeren di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kau orang tengok gambar destinasi penginapan pun dah boleh buat diri sendiri teruja. Apatah lagi dapat merasa pengalaman menginap di Hotel 5 Heeren ni. Untuk pengetahuan semua, Hotel 5 Heeren ini merupakan kediaman muzium yang menampilkan budaya peranakan yang unik. Tujuannya untuk memberikan suasana penginapan seperti di rumah sendiri yang boleh di ibaratkan seperti rumah kedua. Sudah tentulah kita inginkan percutian yang selesa, seronok dan boleh memberikan kenangan terindah dalam percutian kita selain pergi jauh dari kesibukan suasana bandar dan kerja yang sibuk. Kau orang tengok je la permandangan yang indah dan dekorasi yang cantik bila menginap di sini.
Wow! Kalau Fiza dapat menginap di sini rasa macam tak nak balik dah. Tapi kalau dapat good staycation selama 2 hari 1 malam di 5 Heeren pun dah memadai. Untung sangat kalau ada peluang menginap di sini. Jadi, apa tunggu lagi. Jom sertai Traveloka Winning Stays Contest. Cara nak sertai sangat mudah. Mana tahu ada rezeki masing-masing. Fiza pun dah tak sabar nak sertai juga.
CARA SERTAI TRAVELOKA WINNING STAYS CONTEST DAN MENANG
1. Like Facebook TravelokaMY
2. Kongsikan album yang dimuatnaik oleh TRAVELOKA dan tag 2 orang rakan facebook.
3. Ceritakan kenapa kau orang layak untuk dapatkan percutian dan kenapa kau orang suka menginap di hotel yang di tawarkan. Hashtag #TravelokaWinAStay untuk memudahkan pihak TRAVELOKA mengetahui dan menyemak penyertaan kau orang.
Sangat mudah untuk sertai Traveloka Winning Stays. Janji kau orang ada akaun facebook. Pihak TRAVELOKA akan kemaskini perkembangan semasa dan terkini pada setiap hari isnin pukul 6:00 petang sepanjang bulan April ini. Setiap minggu akan menampilkan hotel-hotel yang hebat dan semestinya unik untuk korang nikmati percutian yang lebih bermakna. Jom sertai beramai-ramai dan selamat bercuti!
Sangat mudah untuk sertai Traveloka Winning Stays. Janji kau orang ada akaun facebook. Pihak TRAVELOKA akan kemaskini perkembangan semasa dan terkini pada setiap hari isnin pukul 6:00 petang sepanjang bulan April ini. Setiap minggu akan menampilkan hotel-hotel yang hebat dan semestinya unik untuk korang nikmati percutian yang lebih bermakna. Jom sertai beramai-ramai dan selamat bercuti!