Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Kayu Sugi

$
0
0
Selain kurma dan makanan lain, dapat juga kayu sugi dari mak abah mertua yang baru balik dari umrah beberapa minggu lepas. Rasanya akan disimpan je kayu sugi ini sebab macam sayang juga nak gunakannya. Kayu Sugi ni sebenarnya daripada pepohon pokok yang bernama Pokok "Araa". Kayu sugi ni sangat ringan dan kayu sugi ni dah dikeringkan. Kayu sugi juga dikenali dengan nama siwak.
Bersugi adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Pernah juga Fiza google di mana nak dapatkan kayu sugi. Ada juga peniaga online di Malaysia jual kayu sugi ni. Paling murah Fiza jumpa RM5.00. Didatangkan dengan pelbagai perisa pun ada. Ada asli, ada mint dan pelbagai perisa pun ada. Kiranya penggunaan kayu sugi tidaklah dilupakan terus. Masih ada yang masih mengamalkan. Cuma di Malaysia ni tidak dijual di spesific tempat yang kita boleh beli. 

Antara Kebaikan Kayu Sugi/ Siwak 

  • Membersihkan mulut.
  • Mendapat keredhaan Allah.
  • Tidak disukai syaitan.
  • Allah dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.
  • Mengharumkan mulut.
  • Menguatkan gusi.
  • Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).
  • menghilangkan kahak.
  • Menguatkan pandangan mata dan
  • Menghilangkan bau busuk mulut

Cara Menggunakan Kayu Sugi

1. Buang bahagian kulit kayu sugi dan  hanya gunakan hujung kayu untuk menggosok gigi.

2. Sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.

3. Bahagian hujung kayu sugi yang sudah dibuang kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sehingga menjadi seperti berus/sabut.

4. Bahagian kayu sugi yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah juga.

5. Setelah guna, basuh  bersih kayu dan simpan di tempat yang bersih 


Boleh juga gunakan ubat gigi dan letakkan atas kayu sugi yang seperti berus sebagai pengganti berus gigi. Satu hari nanti, nak juga cuba pakai kayu sugi untuk gosok gigi. Nak tahu juga pengalaman menggunakan kayu sugi. Ada sesiapa pernah cuba tak? macamana okay tak? 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles