Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Resepi Nasi Goreng Tuna Telur Masin

$
0
0
Nasi goreng tuna lagi? Ye, tapi kali ni Fiza upgrade sikit resepi nasi goreng tuna menjadi  nasi goreng tuna telur masin. Haaa..terbaik tak nama menu tu. Kalau hari-hari masak pun buntu juga nak memikirkan menu apa untuk di masak setiap hari. Jadi, menu yang sedia ada tu kita upgrade menjadi menu luar biasa bukan seperti biasa.

Bila dah tersuka dengan menu nasi goreng tuna, asyik nak masak menu yang sama je. Bila masak menu yang sama, macam bosan pun ada. Kebetulan ada stok sebiji telur masin yang masih ada. Nak buat spaghetti telur masin macam tak cukup. Nak merebus makan dengan nasi macam dah terlalu biasa sangat. Makanya, muncullah idea nak gantikan telur ayam biasa dengan telur masin.

Bila kau orang dah gunakan telur masin, jangan pandai-pandai letak garam. Tak pasal-pasal menu jadi lagi tak sedap. Untuk masukkan telur masin tu Fiza pecahkan telur macam biasa dalam nasi goreng. Lebih cepat sikit kerja memasak. Tapi kalau kau orang nak rebus dulu telur masin tu kemudian lenyekkan dulu pun boleh. Ikut suka hati kau orang nak buat macamana untuk campurkan telur masin dalam nasi goreng. Selain nasi goreng tuna, boleh campurkan dalam nasi goreng yang lain juga.

Rasa dia dah tentu sedap sebab rasa cukup rasa yang semulajadi tanpa garam. Lebih sedap! Seriously Fiza cakap. Memang sangat sedap. Kalau tak percaya, sila cuba masak sendiri. Nah, Fiza sediakan resepi sekali.


Resepi Nasi Goreng Tuna Telur Masin

Hidangan untuk 2 orang

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi (mangkuk sederhana besar)
2 biji bawang merah *dikisar
2 ulas bawang putih * dikisar
5 tangkai cili api ( ikut tahap kepedasan masing-masing) * dikisar
Ikan bilis *1/2 di kisar, 1/2 goreng garing
1/2 tin tuna in water
1 biji telur masin
2 sudu minyak besar

Cara Masak
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis untuk digoreng garing terlebih dahulu. Setelah garing, angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar. Bila dah garing masukkan tuna in water. Kacau rata.
3. Pecahkan telur masin dan kacau semua bahan. Kemudian baru masukkan nasi dan kacau rata lagi. Siap!

Cara masak sama je macam nasi goreng biasa. Kalau tak suka ada ikan bilis goreng garing tu. Boleh terus tumis bahan kisar tu je. Mudah kan? Selamat mencuba!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles