Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Baby's Breath Bouquet

$
0
0

Eh bukan setakat minyak je naik harga. Harga bunga segar pun dah naik harga daripada hasil survey yang telah Fiza buat. Kalau nak beli apa-apa barang Fiza akan survey terlebih dahulu harga sesuatu barang yang Fiza nak beli tu. Jikalau harga barang lebih mahal daripada harga buat sendiri, Fiza lebih rela buat sendiri. Contohnya jambangan bunga yang Fiza telah survey rata-rata rate RM50 dan ke atas. Itupun sejenis bunga ala kadar. Nak yang cantik dan exclusive confirm harga lebih mahal.

Dah tahu harga bunga mahal, Fiza cadang nak DIY je baby's breath bouquet untuk konvokesyen anak buah Fiza. Berkenan sangat dengan baby's breath flower dan sekarang agak trending baby's breath bouquet ni samada warna putih ataupun warna warni. Katanya kalau jadi kering lagi cantik kejadiannya. Kira okaylah kalau untuk simpan dalam jangka masa panjang akan datang. 
Baby's-breath
Gypsophila paniculata yang lebih dikenal dengan sebutan Baby’s breath merupakan tanaman hias yang berasal dari Eropa Timur. Ada sekitar 55 spesies Gypsophila yang ditemukan di Eropa, Asia, dan Mediterania Timur. Tanaman ini termasuk dalam Caryophyllaceae yang merupakan sejenis bunga anyelir. Habitat alaminya adalah stepa, tempat berpasir dan berbatu, maupun tanah berkapur.
Bunga ini berasal dari Eropa Timur dan Eropa Tengah dan tersebar luas ke negara lainnya. Bunga ini sangat popular sebagai tanaman hias perkebunan, bahkan di negara Peru bibit bunga baby breath ini dibudidayakan dan bunganya dijadikan komoditas bunga ekspor karena banyak sekali florist yang menggunakan bunga ini terutama kerana banyaknya permintaan. Bunga baby breath memiliki waktu mekar bunga yang cukup lama, baby breath dapat mekar dari awal musim semi hingga akhir musim gugur, waktu tumbuh bunga ini juga hanya memerlukan 8 sampai 12 minggu dari bibit bunga baby breath menjadi bunga yang bermekaran.. Wikipedia
Bunga ros dah macam biasa sangat. Fiza kan suka kan kelainan. Haruslah cari something yang lain daripada yang lain. Lagipun kurang berkenan kalau beli bunga kat tempat konvokesyen tu sebab bunganya sama je, harga pula dah tentu tak berbaloi dengan bunga yang dijual.

Konvokesyen anak buah Fiza sesi petang. Jadi, ada masa nak mencari bunga pagi tu. Kedai bunga pertama Fiza pergi Petal Florist Seremban. Memang banyak bunga tapi baby's breath flower cuma ada bunga segar warna putih dan tiada perkhidmatan untuk warnakan bunga. Bila takde, Fiza cadang nak gunakan bunga carnation je sebab kalau beli 1 bundle agak murah agaknya. Tapi takde stok pulak. Kecewa kejap! Terpaksalah mencari kedai lain.

Kemudian Fiza pergi Seremban Florist. Sembang punya sembang dan nampak bunga yang macam Fiza nak, terus Fiza batalkan niat asal nak DIY sebab yang dah siap harganya lebih murah. Pada mulanya cadang memang nak beli 1 bundle baby's breath ni dan warnakan. Tapi 1 bundle baby's breath dah RM45. Tambah charge untuk warnakan bunga RM20. Kalau beli jambangan yang dah siap RM40 sahaja tapi baby's breath flower tu tak banyak satu bundle la. Ini pun Fiza beli yang saiz medium kalau tak silap. Kira berbaloi lah siap sekali semua. Inilah hasil kejadian yang dah siap digubah. Cantik ke tidak?


Kalau DIY ni nak beli paper lagi, bunga, charge spray bunga dan riben lagi jadi terlebih bajet. Jadi, inilah pilihan Fiza. Gabungan baby's breath flower warna putih dan pink. Kertas bunga warna purple sesuai sangat dengan warna UiTM di hatiku. Lagipun simbolik bunga baby's breath flower ni memiliki waktu mekar yang panjang dan sangat kena dengan pemberian di masa konvokesyen ni untuk kemekaran kejayaan yang mendatang. Gitu!

Untuk tambahkan kelainan dan sentimental value, Fiza DIY tag tema rustic. Lagi lagi tema rustic. Kan dah kata tak boleh move on lagi. Biar nampak lain sikit dari kad ucapan yang lain.


Walaupun agak kurang menyerlah warnanya tapi dalam masa akan datang ia akan menjadi bunga yang paling cantik dan paling senang di jaga. Tapi kalau lagi banyak mesti lagi cantik. Buat warna rainbow pun walaweh cantiknya!


Memang banyak ada perkhidmatan penghantaran bunga tapi disebabkan last minute preparation tak boleh nak buat apa, kena terus pergi kedai dan beli sendiri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles