Percubaan pertama masak lontong kuah lodeh ni sebenarnya. Nak beli tak tahu kat mana, sudahnya buat sendiri je la. Cakap pasal lontong ni kalau kat Johor memang biasa makan masa sarapan ataupun masa hari raya. Orang Johor kalau sebut je lontong maksudnya ada kuah lodeh, nasi impit dan sambal tumis @ sambal kacang. Kalau tempat lain, panggil kuah lodeh. Lain tempat, lain panggilannya. Tak tahu sejarah atau panggilan sebenarnya. Lebih kepada tahu makan je.
Walau apapun namanya, asalkan menu sama. Masak menggunakan bahan simple je. Resepi pun ikut resepi yang simple je hasil carian pakcik google. Nasi impit beli ketupat segera je sudah. Sayur tu cuma tak letak sengkuang je. Yang lain cukup dah rasanya. Alhamdulillah ikut selera tekak sendiri. Sambal tumis wajib buat lebih sebab boleh makan dengan nasi nanti.

Sebelum ni dah belajar masak mee kari sebab teringin nak makan, sekarang teringin lontong pulak. Berjaya juga masak. Kalau tak cuba, tak tahu kan.Walaupun masakan ni macam leceh nak sediakan bahan bahan yang banyak tapi kalau dah biasa masak. InshaAllah jadi mudah.
Kalau teringin, kena rajin rajinkan diri memasak dan secara tak lansung entry makanan ni memberikan korang semangat membuak buak untuk rajin memasak. Tak gitu?
Lontong pula ada 2 jenis seperti yang Fiza tahu lah iaitu lontong berkuah dan lontong kering. Lontong berkuah sayur jawa tu dah biasa sangat makan cuma lontong kering belum pernah jamah lagi rasanya. Sama rasa cuma tak berkuah sangat kot. Walaupun lebih kurang sama, Fiza tetap nak kena rasa juga lontong kering. Kalau susah nak nak dapat, kena cuba buat juga lah nampaknya nanti.
Agak-agak musim rumah terbuka sempena raya ni boleh dapat tak? Siapa buat rumah terbuka ada menu lontong sila jemput Fiza ye. Untuk resepi lontong atau kuah lodeh ni kau orang boleh google je sebab Fiza pun takda resepi sendiri untuk di kongsikan.