Penting ke blog kita mobile friendly ataupun tidak? Pada Fiza, dah tentu lah penting sebab memudahkan pembaca untuk melayari blog kita dengan paparan yang disesuaikan mengikut smartphone masing-masing. Bila mesra pengguna, secara tak lansung dapat meningkatkan jumlah trafik blog setiap hari. Trafik blog juga penting untuk sesebuah blog.
Terpanggil untuk buat entri post cara check blog mobile friendly ni disebabkan kebanyakkan customer yang nak tempah blog mesti akan tanya template yang dibuat tu mobile friendly ke tidak atau responsive. Okay, bagi menjawab persoalan tu, terus dengan rajin Fiza siapkan entri ni.
Cara nak check blog mobile friendly mudah sangat-sangat.
1. Pergi ke website : https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/
2. Masukkan url blog
3. Klik run test
Tunggu sekejap dan kau orang akan dapat keputusannya selepas beberapa saat. Mudah je kan nak check. Lagi satu, sebelum check jangan lupa setting template kepada mobile juga ye. Dashboard>>Theme>>Bahagian mobile tu kau orang tick "Yes. Show mobile theme on mobile devices"
Kenapa blog mobile friendly penting? Pertama sekali untuk mempercepatkan loading blog supaya pembaca tak perlu tunggu lama untuk membaca mencari maklumat dalam blog. Kemudian, ianya akan menjadikan blog kau orang terpapar dengan lebih baik pada skrin telefon dan tidak perlu zoom in untuk membaca teks dengan lebih jelas.

Selain itu, penting juga untuk memaparkan iklan yang di reka khas untuk versi mobile untuk blog menjana pendapatan lebih banyak. Ye lah kan, sekarang ni setiap orang ada telefon pintar. Jadi, boleh baca blog melalui telefon pintar sahaja. Lagi ramai pengguna telefon yang baca, kebarangkalian klik iklan lebih banyak. Dengan itu, lagi banyak lah pendapatan yang blogger dapat. Betul tak? Sangat rugilah kalau blog tak mesra telefon pintar dan rugi juga kalau tak letak iklan untuk mobile.
Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lupa check samada blog kau orang mobile friendly atau tidak. Dah tahu keputusannya. Kalau ada error, sila betulkan error yang ada. Kemudian check semula sehingga dapat keputusan yang awesome.