Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cat Luar Rumah Warna Grey Blue, White & Black

$
0
0
2 minggu lepas lama Fiza menyepi lansung tak update instagram dan facebook. Cuma sempat lah juga update beberapa entri di kala masa tengah ada idea. Sibuk dengan kerja design dan juga sibuk siapkan mengecat luar rumah. Ku sangkakan sekejap je cat luar rumah. Kononnya mula hari sabtu dan siap hari ahad. Tapi tak! Mula mengecat hari sabtu dan siap hari selasa.

Dia punya penat mengecat jangan cakaplah. Barai! Kalau mengecat dalam rumah tak penat sangat memandangkan dalam rumah tak panas. Mengecat luar rumah kena hadap cuaca panas matahari memang mencabar sungguh. Demi menyiapkan proses mengecat, kena gigih jugalah menyiapkan kerja mengecat dengan husband.

Gara-gara cat dinding lama dah mengelupas teruk dari hari ke hari. Kena juga mengecat baru. Dah alang-alang mengecat biar mengecat habis luar rumah. Kalau tak, entah bila ada masa nak mengecat kalau mengecat sikit-sikit. Pening juga nak memilih warna cat luar rumah ni. Macam biasa gunakan perkhidmatan google warna apa yang sesuai untuk digabungkan. Pada mulanya Fiza dan husband pilih warna minty breeze untuk digabungkan dengan grey. Bila dah tengok banyak warna jadi rambang mata pula dan akhirnya Fiza pilih warna river bank (Jotun) jenis matte untuk cat luar rumah. Beli 5 Liter dengan harga RM119. Kemudian kena tambah lagi 5 Liter sebab cat tak cukup. Cat putih pula guna dalam 10 liter juga. Cat putih jenis matte 7 Liter RM3+.

Tips Sebelum Mengecat Rumah

1. Cat masa cuaca panas supaya cat cepat kering dan lebih elok.
1. Bersihkan dinding daripada  habuk dan kikis bahagian yang rosak megelupas dan kikis juga pada bahagian dinding yang mempunyai bintil-bintil lebihan simen.
2. Jika ada lubang atau retakan, tutupkan dengan filler dinding terlebih dahulu dan biarkan kering.
3. Setelah filler dinding kering, baru mulakan dengan mengecat dasar dengan cat warna putih terlebih dahulu pada semua dinding yang nak di cat.
4. Bila dinding semua dah di cat dasar dengan warna putih dan kering, barulah mula mengecat dengan laspisan akhir cat (top coat). Barulah nampak warna sebenar cat dan cat lebih tahan lama. Pada proses ni biasanya akan buat 2 lapisan cat. Lapisan pertama cat nipis dan kali kedua tebalkan lapisan baru nampak cantik. Kalau tidak, masih nampak cat dasar warna putih tu. Kiranya 3 lapisan la termasuk cat dasar bermakna 3 kali kerja.
Itu baru kerja mengecat dinding, belum lagi kerja mengecat grill sliding door dan pintu pagar. Untuk grill dan pintu pagar, Fiza dan husband pilih warna black onyx (Nippon Paint). Warna black onyx ni dia macam warna hitam ala dark grey sikit. Cat jenis glossy, first gred mirror effect katanya. Cat yang sama juga Fiza gunakan cat pintu kayu dalam rumah sebab cat ni untuk kayu dan juga besi. Alang-alang boleh cat besi, Fiza cat sekali nombor dan frame peti surat ni.

Tema cat luar rumah ni gabungan warna grey blue, putih dan juga hitam. Dinding warna river bank (grey blue), tiang dan frame tingkap warna putih (idea husband) dan grill/gate warna black onyx. Dari dekat river bank ni macam warna soft grey.


Kalau cuaca terang dari luar nampak macam warna grey blue kan? Entahlah nak di sebut warna apa pun tak tahu, janji cantik dan sedap sejuk mata memandang. Settle kerja mengecat, lepas tu misi susun atur pokok bunga pula.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles