Tanpa asam keping tak lengkap masakan seharian yang memerlukan asam keping selain asam jawa. Penggunaan asam keping lebih ringkas berbanding asam jawa. Asam jawa perlu dicampurkan dengan air dan ditapis sebab hanya perlukan air asam sahaja untuk masakan. Tapi dengan adanya asam keping sebagai pengganti lebih mudah kerja memasak. Tapi ada juga masakan yang tertentu hanya menggunakan asam keping sahaja ataupun lebih sedap menggunakan asam jawa. Bergantung kepada selera masing-masing sebab kedua-duanya memberikan rasa masam yang leih kurang sama dalam masakan. Betul ke tidak?
Cara masak Fiza, dah tentu Fiza pilih menggunakan asam keping lebih mudah. Tak perlu nak menyiapkan air asam jawa. Tak kiralah masak lemak cili api, goreng berlada, sambal tumis nasi lemak dan sebagainya. Mesti letak asam keping untuk penambah rasa masam atau nak elakkan masakan berbau hanyir. Aroma masakan pun lebih membangkitkan selera. Kadang-kadang cuci ikan pun boleh menggunakan asam keping.
Biasanya stok asam keping di rumah bekalan dari mak mertua buat sendiri di kampung. Kebetulan ada pokok asam gelugur belakang rumah. Jadi, mak mertua buat sendiri je asam keping. Itupun kena ikut musim buah asam gelugur juga. Kalau takde buah, takdelah stok asam keping nya.

Pokok asam gelugur ni serbaguna juga. Daun, bunga dan buah boleh di campurkan dalam makanan. Daripada sumber wikipedia pula, asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucukmya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
Cara nak buat asam keping sendiri
1. Pilih buah asam gelugur yang dah masak berwarna kuning.2. Basuh dan keringkan sebelum potong nipis.
3. Hiris nipis-nipis untuk lebih cepat kering.
4. Letakkan hirisan asam gelugur di dalam dulang besar dan susun jarak-jarak supaya lebih cepat kering.
5. Jemur di bawah cahaya matahari sehingga cukup kering.
6. Simpan di dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kalau rumah kau orang ada pokok asam gelugur, apakata buat sendiri je. Nak buat pun mudah je. Cuma ambil masa untuk proses pengeringan tu je la.