Akhir-akhir ni sangat kerap video mekap secara lansung lalu lalang di facebook. Semacam dah jadi trend manusia suka mekap untuk tampil lebih cantik. Pendek kata, zaman sekarang tidak memerlukan perkhidmatan mak andam dah. Masing-masing boleh jadi mak andam/pak andam segera dengan hanya belajar pelbagai jenis mekap melalui youtube.
Tujuan sebenar mekap ni bukanlah hanya untuk cantik semata-mata. Malah bila dah nampak cantik, boleh tambahkan keyakinan diri untuk bersua muka dengan orang lain. Betul tak? Jangan kata kau orang (perempuan) tak suka mekap, padahal secalit bedak secalit gincu pun dah di kira mekap juga ye. Itu namanya mekap ringkas. Biasanya Fiza mekap ala kadar je dengan bedak asas dan gincu. Fiza bukanlah pakai mekap tapi Fiza nak kongsikan petuamekap tahan lama dan nampak berseri.
Petua Mekap Tahan Lama dan Berseri
1. Bersihkan Muka Sebelum Mekap
Penting sangat bersihkan kulit muka dahulu sebelum make up dengan pencuci muka atau tisu basah. Nak lagi bersih, sila gunakan toner selepas mencuci muka.
2. Kiub Ais
Kedengaran agak pelik tapi percayalah petua ni memang menjadi dan kau orang sendiri akan ter kagum dengan hasil mekap kau orang. Caranya cuma perlu oleskan kiub ais pada muka selepas kau orang cuci muka tadi.
3. Pelembap
Pelembap di pakai untuk mengelakkan kulit kering dan menyempurnakan lagi hasil mekap yang telah siap nanti.
4. Bedak Asas
Bedak asas ni sangat penting sebagai asas mekap untuk menutup cela di muka dan menjadikan mekap tidak bercapuk. Nak gincu tahan lama di bibir pun kau orang boleh sapu sedikit bedak tabur pada bibir sebelum oleskan gincu.
5. Bedak Tabur
Selepas sapuan bedak asas, gunakan bedak tabur untuk elakkan muka berminyak dan mekap tidak luntur.
6. Serum Untuk Mekap
Serum bukan setakat di gunakan untuk penjagaan kulit muka tapi boleh juga digunakan untuk mekap tahan lama. Selain tahan lama, ini juga cara untuk glowingkan mekap secara semulajadi dengan menggunakan serum mekap terbaik.
Apa yang Fiza tahu, petua pakai serum mekap ni trend baru yang digunakan oleh ramai mak andam/pak andam serta mereka yang berpengaruh dalam media sosial untuk mekap mereka nampak lebih cantik, tahan lama, berseri dan sempurna. Tak hairanlah hasil mekap mereka semua cantik-cantik.
Lepas ni kalau kau orang nak nampak mekap cantik, sila gunakan serum dan beli serum yang muka yang boleh disesuaikan dengan kulit muka kau orang. Satu-satunya produk yang memudahkan untuk diamalkan sebagai rutin harian di Malaysia ialah WOWSkin Vitamin Serum. Antara serum muka 2017 yang dikategorikan sebagai serum untuk kulit berminyak, serum untuk kulit jerawat dan serum untuk jeragat. Semuanya dalam satu botol serum.
WOWSkin Vitamin Serum (5 VITAMIN + 11 BOOSTERS )
Set serum vitamin yang lengkap untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Dilengkapi dengan vitamin A, B3, C, D & E di dalam serum siang dan serum malam. Set ini merupakan gabungan vitamin lengkap yang disarankan para pakar kulit di seluruh dunia. Set Serum WOWSKIN juga ditambah dengan 11 bahan boosters lain bagi menambahkan lagi keberkesanannya.
Kenapa Perlu Memilih WOWSkin Vitamin Serum?
Pada mulanya, Fiza agak pelik kenapa ada 2 serum sebab kebiasaannya cuma pakai satu serum je. Untuk pengetahuan semua, vitamin B3, C & E lebih diperlukan pada waktu siang dimana ada sinaran cahaya matahari. Dan vitamin A & D lebih sesuai dijadikan rutin pada waktu malam ketika anda sedang berehat dan tidak berada di persekitaran panas terik. Begitulah ceritanya kenapa ada 2 jenis serum siang dan malam. Bolehlah gunakan keduanya untuk tujuan mekap lebih tahan lama.1. Ada 5 jenis vitamin yang direkomen oleh pakar kulit
2. Ada 11 bahan booster untuk tingkatkan keberkesanan.
3. Dibahagikan siang dan malam mengikut sifat vitamin.
4. Lengkap 2 botol dalam 1 set.
5. Tidak berminyak dan cepat menyerap.
6. Bau Wangi Bunga Mawar
6. Bau Wangi Bunga Mawar
Pengalaman Menggunakan WOWSkin Vitamin Serum
Fiza ni kalau nak beli serum muka, mesti nak kena pilih serum yang tidak berminyak. Almaklumlah kulit jenis berminyak dan sensitif. Jadi, kalau pakai serum berminyak lagi tambah minyak di muka. Siapa yang suka kulit muka berminyak, dah tentulah tak suka. Sebab tu nak beli serum kena buat pilihan yang bijak beli serum yang tidak berminyak.Baru-baru ni, Fiza telah mencuba WOWSkin Vitamin Serum yang belum pakai pun dah jatuh cinta. Ye, belum pakai dah jatuh cinta sebab bau dia wangi yang amat. Bau wangi bunga mawar macam haruman wangian dalam spa. Serius rasa macam nak titis banyak pada kulit muka disebabkan bau wangi tu. WOW!
Disebabkan kerana pengalaman pakai serum sebelum ni agak berminyak. Jadi, bila nak cuba serum baru agak takut untuk letak banyak pada kulit muka walaupun bau wangi tu. Pertama kali guna, Fiza titiskan sikit je. Tapi lepas sapu, dia terus meresap sampai tak sempat nak sapu tempat lain. Cepat betul meresap. WOW! Sudahnya Fiza letak banyak sikit untuk lengkapkan sapuan satu muka. Jatuh cinta kali kedua dah ni. Tak hairanlah kenapa nama dia wow sebab wow sangat.
Jatuh cinta kali ketiga? Oh tidak! Terus sayang WOWSkin Vitamin Serum. Sambil dia jaga kulit muka sambil tu boleh gunakan untuk tujuan mekap tahan lama. Kira bagus lah boleh guna produk pelbagai guna. Silap haribulan, bila kulit dah cantik tak payah mekap pun dah nampak berseri. Kalau kau orang nak tahu maklumat lanjut tentang WOWSkin Vitamin Serum ni, boleh dapatkan di
Website rasmi
Facebook page
https://www.facebook.com/wowskinmalaysia
https://www.facebook.com/wowskinmalaysia
Instagram
@wowskin_malaysia
@wowskin_malaysia
Cara Order
Hotline : 010-3130631
atau melalui website, facebook dan instagram seperti di atas.
Kalau kau orang ada petua yang lain, boleh kongsikan dalam kotak komen di bawah ye.
Kalau kau orang ada petua yang lain, boleh kongsikan dalam kotak komen di bawah ye.