Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Bulan Merdeka

$
0
0
Hai Ogos! Munculnya bulan Ogos, makanya bermulalah semangat kemerdekaan sepanjang bulan merdeka. Eh, kenapa sebulan dan kenapa tidak sepanjang masa? Tepuk bahu dan tanya diri sendiri. "Ada semangat merdeka kah dalam diri masing-masing?" Jarang sekali kita jumpa mereka yang sentiasa semangat cintakan negara. Kalau ada, bagus lah begitu.

Bulan Merdeka

Generasi zaman sekarang entah tahu atau tidak apa erti merdeka. Yang mereka tahu merdeka dari peperangan. Bukan nak ambil tahu sangat pasal erti sebenar kemerdekaan. Setakat tahu bebas dari dijajah dan yang penting cuti. Kadangkala kita pun sama kurang ambil tahu disebabkan kita ni lahir-lahir je Malaysia dah aman makmur bukan seperti atuk nenek atau mak ayah kita yang lahir zaman penjajahan dahulu. 

Mereka hidup susah dan berjuang menentang penjajah mencari kebebasan. Disebabkan peristiwa tersebut, mereka yang masih hidup pada zaman sekarang lebih bersyukur hidup dalam negara yang telah aman. Semangat merdeka mereka lain macam semangatnya. Silap-silap kalau suruh bercerita semula kisah bagaimana nak mencapai kemederdekaan pun boleh buat mereka sebak dan kalau boleh tak nak peristiwa dijajah berlaku lagi. Lagi semangat kalau melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tapi lain pula zaman sekarang ni. Anak-anak muda kalau di soal tentang merdeka sampai tak tahu nak jawab apa sedangkan di sekolah ada belajar sejarah. Tak semua begitu, ada juga antara mereka yang memahami erti merdeka yang sebenar. Sebenarnya bagus juga langkah kerajaan mengadakan bulan merdeka untuk memupuk semangat kemerdekaan rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran untuk rakyat lebih bersyukur dan menikmati kehidupan dalam negara yang bebas. Banyak aktiviti yang boleh di buat sempena bulan merdeka untuk menunjukkan semangat patriotik cintakan negara bukan hanya sekadar mengibarkan jalur gemilang sahaja. 

Bangga lah kita menjadi rakyat Malaysia. Berdoa lah semoga negara kita Malaysia terus aman dan hidup bermuafakat bersatu padu berbilang kaum, agama dan bangsa. Gaduh-gaduh pun masih 1 Malaysia. Hayati tema Hari Merdeka 2017, Negaraku Sehati Sejiwa. 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
31 Ogos 2017


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles