Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Betul Ke Hiking Boleh Kurus?

$
0
0
Lama betul tak hiking. Kalau tak silap kali terakhir hiking Bukit Broga ikut laluan yang baru tu bulan March lepas. Sekarang dah bulan Oktober bermakna 6 bulan tak buat aktiviti hiking. Agaknya lepas ni kalau nak start hiking semula memang barai lah jawabnya atau bahasa hiker panggil Pewai (Penat Awal@Awai).

Bukit Broga yang masih kelihatan cantik suatu masa dahulu.

Haritu dah rancang nak Hiking Gunung Angsi lagi tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan jadi terpaksa batalkan je niat baik kami orang tu. Sudah lah bila dah sibuk takde lah aktiviti sihat. Nak tak nak memang kena start semula. Nak kurus lah katakan! Eh, betul ke ada yang kata hiking boleh kurus???

Of course lah betul. Itupun  kalau kau orang konsisten hiking bakar lemak tu dan jaga pemakanan. Memang akan kurus lah. Bukan je kau orang akan kurus tapi lebih sihat dan stamina lebih bagus. Otot-otot pun tak mudah koyak kalau kau orang dah biasa buat aktiviti lasak. 

Tapi kalau kau orang sejenis ikut suka bila nak hiking tu memang tak menjadi lah projek kurus kau orang tu. Ehem, macam cakap dekat diri sendiri pula. Kemain awal-awal excited nak hiking selalu tapi sudahnya tak kemana pun.

Sebenarnya bagus kalau kau orang rajin hiking ni. Boleh sihatkan badan dan sekaligus dapat pakej kurus kalau rajin lah. Kadang-kadang teringin nak hiking setiap minggu tapi ada masanya tidak mengizinkan. Bila dah tertinggal jadual, memang susah nak catch up semula kan. Rindu nak penat hiking dan rindu nak sakit kaki. Eh, apa punya rindu pun tak tahu lah.

Satu kepuasan kalau berjaya sampai puncak tu walaupun penat. Tak pernah serik! Walaupun bukan sejenis yang betul-betul kuat stamina nak hiking tapi gigih juga lah. Konon lepas ni berniat dalam hati tak hiking sebab penat ya amat. Tapi esok lusa kau panjat juga entah mana bukit takpun gunung. Dasar propa!

"sikit je lagi nak sampai tu" atau "5 minit lagi sampailah"

Kalau kau orang dah biasa hiking mesti kau orang selalu kena tipu dengan hiker lain. Ye lah, kalau tanya hiker yang on the way turun mesti dia cakap sikit lagi tu nak sampai sedangkan lama lagi nak sampai oiii. Penipu! Ayat klise yang biasa digunakan untuk menyedapkan hati dan bagi semangat pada mereka yang berusaha nak sampai puncak tu. Kira okaylah. Dinasihatkan jangan percaya dengan ayat "sikit je lagi nak sampai tu" atau "5 minit lagi sampailah". Sila hadam.

Sekiranya kau orang tak suka hiking, banyak lagi aktiviti riadah yang boleh di buat untuk bakar lemak dan kurus dengan cara mudah. Yang penting kau orang kena tahu dulu sebab-sebab kenapa berat badan susah nak turun. Then, baru lah kau orang boleh mulakan aktiviti sihat untuk kurus.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles