Nescafe ni sejenis kopi yang mempunyai ramai peminatnya. Kalau kau orang perasan dekat shopping mall, pack nescafe yang classic dijual di tempat berasingan dan di kunci. Kenapa ya? Nak kawal penjualan nescafe atau untuk mengelakkan nescafe tiruan? Entahlah, Fiza pun tak pasti kenapa.
Nescafé adalah satu jenama kopi yang dihasilkan oleh syarikat Nestlé. Nama Nescafé juga di cipta dari gabungan "Nestlé" dan "café".
Dulu-dulu memang suka minum nescafe tapi sejak munculnya pelbagai jenis kopi memang tak pandang kopi nescafe ni tapi bila ada nescafe perisa baharu ni rasa macam nak mencuba pula. Mana tahu macam sedap! Fiza cuba yang jenis dalam tin ni. Biasanya akan beli Kopi Tarik Wonda tu sebab sedap dia mana-mana kopi tak boleh lawan. Macamana dengan nescafe perisa baharu ni?
Nescafe Kopi Latte, Nescafe Tarik Kaw, Nescafe Black Ice, Nescafe Creamy Roast |
Nescafe Black Ice
Rasa Nescafe Black Ice ni tak terlalu kaw pada Fiza. Rasa dingin tu kau orang akan rasa selepas kau orang telan air tu. Memang rasa sejuk sikit dalam mulut. Lagi best kalau kau orang minum sejuk-sejuk letak dalam peti ais dulu.
Nescafe Tarik Kaw
Nescafe Tarik Kaw seriously kopi susu yang sedap. Satu tin tak cukup wei! Lagi sedap minum sejuk-sejuk. Sekali teguk tak sedar dah habis.
Nescafe Creamy Roast
Rasa creamy roast pula memang rasa creamy tu ada. Kopi yang tak terlalu pekat rasanya. Kalau tak suka jenis kopi kaw boleh cuba rasa yang ini.
Nescafe Kopi Latte
Nescafe Kopi Latte ni ni sesuailah orang yang jenis tak berapa suka kopi sebabrasa kopi dia tak pekat sangat. Sangat creamy dan of course sedap! Pada yang diet tu boleh minum kopi latte ni sebab rendah lemak katanya. Tak tahulah kan.