Sekarang kan tengah musim konvokesyen. Kebetulan dua orang anak buah Fiza konvo, sorang konvo UTP sorang lagi konvo UiTM. Ucu dia pula terlebih rajin DIY flower bouquet untuk dia orang. Jadi, adalah lebihan bunga-bunga segar yang dibeli tak di pakai tu. Tak kan nak buat flower bouquet untuk diri sendiri pula kan.
Nampak berseri sikitlh kot ada bunuga kering sebelah frame tu. Pewangi tu acah-acah macam bunga tu yang bau wangi |
Disebabkan tak nak membazir buang bunga-bunga tu, kita buat hiasan dalam rumah je lah. Letak dalam pasu tanpa air. Awal-awal beli hari tu memang letak air sebab nak bagi kekal segar. Tapi lama-lama layu juga dan air pun jadi busuk. Bila dah hampir kering, Fiza pun buang je air dan biarkan balang kaca kosong je tanpa air. Letak air pun tak berguna dah sebab dah layu.
Satu lagi Fiza letakkan pada sudut yang ada cermin. |
Biarkan bunga kering pun elok juga. Jadilah hiasan bunga kering pun cantik juga. Sekarang pun trend buat dried flower bouquet tau. Harga pun boleh tahan mahal sedangkan bunga kering je pun. Jangan disangka bunga kering tiada nilai. Macam menarik juga bagi bunga kering ni walaupun tak segar tapi cantik! Tak perlu bersusah payah nak simpan dalam air.
Ini dia dried flower bouquet yang super cantik. In case kalau kau orang nak buat macam ni boleh beli bunga segar awal-awal pastu biarkan kering. Tak perlu risau bunga layu atau kering sebab kau orang nak buat dried flower kan. Nampak cantik dan bertemakan rustic gitu. Fiza memang suka tema rustic-rustic ni.
Kredit foto : google |
Kredit foto : google Bagus juga idea buat dried flower bouquet ni sebab in case kalau bunga layu, tak rugi buang terus. Lepas tu simpan je dalam balang kaca macam Fiza buat untuk hiasan dalam rumah. Pastikan rajin lap jangan berhabuk. Kalau dah berhabuk nanti mesti kau orang akan buang pula. |