Teringin nak belajar lukis kening, Fiza cubalah beli Drawing Eye Brow ETUDE HOUSE 2 in 1 di Althea. Sebenarnya ada je eye brow yang lama tapi sajalah beli baru sebab tertarik dengan 2 in 1 Drawing Eye Brow ni. Pencil dan brush sekali. Mudah bila 2 in 1 ni, tak perlu nak ada 2 benda asing-asing brush dan pencil. Harga pun boleh tahan murah di Althea.
7 WARNA PILIHAN
Ada 7 warna pilihan iaitu black, brown, dark brown, dark grey, grey, grey brown dan light brown. Fiza pilih warna dark grey sebab macam nak natural colour bila blend dengan kening sendiri. Kurang ilmu sikit bab memilih warna pencil eye brow ni sebenarnya. Yang terbaik pilih warna apa ye?
Sepatutnya mungkin Fiza perlu pilih warna light brown atau warna yang tidak gelap sebab kalau pakai dark grey ni kening bertambah gelap macam kening shin chan gitu. Sudahlah bulu kening lebat, pakai warna dark grey bertambah tebal jadinya walaupun nampak lukis sikit tu. Noob sangat!
Takpelah, bab memilih warna eyebrow pencil tu kena kaji kemmudian lah dan kena belajar melukis kening. Macam kena masuk kena belajar makeup je ni. Ada sesiapa offer belajar makeup class personal tak dengan harga berpatutan? Kalau ada dengan harga berpatutan memang laju je nak! Buat masa ni tengok tutorial youtube je lah dulu.
Sekarang focus pada Drawing Eye Brow ETUDE HOUSE 2 in 1 yang Fiza nak kongsikan ni dulu walaupun Fiza bukan pakar bab makeup. Untuk pertama kali menggunakan drawing eye brow ni Fiza rasa mudah untuk menggunakannya.
TWIST UP BLEND BROWS
Drawing Eye Brow ETUDE HOUSE 2 in 1 Sejenis drawing eye brow yang tidak perlu di asah. Jadi tak perlu nak susah payah asah sediakan sharperner. Hanya perlu twist up dan gunakan terus. Lebih mudah untuk melukis kening sebab ianya adalah sejenis arch brow sculpting pencil.
COMES WITH A SPOOLIE
Yes, tak perlu nak beli eybrown brush sebab dah lengkap dengan spoolie ni yang kau orang akan gunakan before dan after gunakan blend brows untuk nampakkan kening lebih kemas dan cantik. Dah boleh jimat sebab beli drawing eye brow 2 in 1 ni sebenarnya.
VITAMIN E
Drawing eye brow bukan jenis yang kering sebab ia mengandungi vitamin E untuk mengelakkan bahagian kening kering dan anti penuaan jika kulit kering. Selain itu terdapat Hydrogenated Soybean Oil bagi memudahkan melukis kening dan kekalkan kelembapan pada bahagian kening yang dilukis.
Pada Fiza memang berbaloilah beli. Dah pandai lukis kening tu haruslah gunakan sebaik mungkin drawing eye brow ni ha. Kalau kau orang nak beli boleh dapatkan di sini dengan harga RM15. >>> https://goo.gl/uiqTFz