Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Review | PUREDERM Charcoal Makeup Remover Cleanser Towelettes

$
0
0
Seperti yang Fiza janjikan, Fiza akan review sikit satu lagi tisu basah yang lain daripada yang lain. Tisu basah yang biasa kita nampak warna putih kan? Kali ni Fiza memilih untuk cuba guna tisu basah warna hitam jenama PUREDERM pula. Itupun lepas ternampak dan tergoda masa shopping dekat drugstore Watsons.


Apa yang Fiza tahu jenama PUREDERM ni ada 3 jenis tisu basah iaitu Charcoal Make-up Remover Cleansing Towelettes, Argan Oil Remover dan Tea Tree Make-up Remover Cleansing Towelettes. Masa Fiza tengah kira kira nak membeli tu cuma ada 2 jenis je charcoal dan argan oil. Disebabkan nak mencuba yang charcoal tu, Fiza terus grab yang charcoal je lah.

Senarai bahan-bahan Purederm Charcoal Makeup Remover cleanser Towelettes
Kebetulan masa tu tengah harga promo iaitu RM8.50 member price daripada normal price RM11.90 kalau tak silap. Agak berbaloilah juga masa tu. Fiza grab 2 packs terus. Saja lah buat stock tisu basah. Senang nanti-nanti tak gelabah bila stok dah nak habis.

Tarikan Utama PUREDERM Charcoal Makeup Remover Cleanser Towelettes

WARNA HITAM


Ye, disebabkan ia warna hitam itulah yang membuatkan Fiza nak beli. Ia unik lain daripada tisu basah yang lain yang bewarna putih kebiasaanya. Jadi, bila bersihkan kotoran tu taklah nampak jelas kotoran tu walau hakikatnya memang tisu tu akan jadi kotor dan dibuang. Saja nak buat gempak guna lain dari yang lain sesekali tu kan.

  ENRICHED WITH CHARCOAL & BLACK FOOD COMPLEX

Hitam bukan sebarang hitam tapi hitam adalah disebabkan kandungan arang yang ada disetiap helai tisu basah ni. Didatangkan dengan Skin Purifying & Detoxifying formula enriched with charcoal & black food complex. Jadi boleh membersihkan wajah secara maksima dan membuang segala kotoran pada kulit. Memang mudah untuk menghilangkan kotoran makeup dengan sehelai tisu basah sahaja.

WANGI

Walaupun katanya mengandungi arang tapi tisu basah ni tidaklah bau seperti arang. Bau dia sama seperti tisu basah yang lain. Tetap wangi! cuma Fiza tak pasti bau apa tapi baunya lembut mesra hidung lah kiranya.

LEMBUT


PUREDERM Charcoal Makeup Remover Cleanser Towelettes sejenis tisu basah hitam yang sedikit tebal, basah dan lembut. Tidak menyakitkan atau menyebabkan alahan pada kulit selepas penggunaan. 

So far Fiza sangat puas hati dengan PUREDERM Charcoal Makeup Remover Cleanser Towelettes ni. Memang best guna dan akan restock lagi. Tapi yang tak bestnya harganya agak mahal. Tapi berbaloi jugalah kot dengan 30 helai dalam satu pack. Sesekali kalau ada bajet why not beli barang yang kita suka guna kan. Kalau kau orang ada bajet lebih, cubalah satu.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles