Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Rugi Kalau Tak Shopping Barang Makeup di Drugstore Masa Sale

$
0
0
Sejak drugstore Watsons dan Guardian® berlumba-lumba buat sale barang makeup, berlumba-lumba juga lah kaki makeup serbu beli barang makeup.  Kau orang terjebak sekali tak? Fiza? Ada kalanya terjebak juga lah. Almaklumlah cepat sangat tergoda kalau bab barang makeup murah di Drugstore ni. Kalau barang murah yang fake memang tak lah nak beli sebab kesan penggunaan barang fake kau orang sendiri dah tahu kan?


Jadi, sangat rugi lah kalau tak shopping barang makeup masa sale tu. Selain dapat menjimatkan duit, kau orang dapat beli macam-macam tapi masih lagi di bawah paras bajet kau orang. Eh, tapi kalau tengah sale selalu terover bajet. Opss! Nampak sangat tak pandai bajet dan rambang mata nak beli itu ini.

Ada tu terlebih rambang mata terus lupa mana keperluan dan mana kemahuan. Kemahuan sama taraf dengan keperluan pula. Ahh sudah, tepuk dahi je lah kalau terlebih belanja tu. Apa nak buat perempuan ni selagi tak dapat apa yang dia nak beli mana nak puas hati. Kau orang macam tu tak? Nak terjebak dengan sale tu boleh tapi tengok bajet dulu lah ye. Tak pasal benda penting lain terabai.

Kadang susah juga Fiza nak terjebak dengan sale barang makeup di Drugstore ni sebab pernah juga nak membeli masa sale gila murah tu tapi bila semua serbu, memang habis terus barang makeup dekat rack. Yang ada hanya tester sahaja! Siapalah yang tak kecewa datang dari rumah nak beli barang tapi barang takde.

Lepas dari kes tu, takdelah Fiza main serbu je. Dah reda sehari dua baru lah pergi Drugstore. Itupun pergi hari biasa sebab tahu weekend memang akan ramai orang serbu. Sale baru-baru ni dapatlah shopping 1 2 barang makeup. Itupun sebab foundation nak habis dah. Jadi, kenalah beli stock foundation baru.


Sejak kulit muka Fiza sesuai dengan foundation Maybelline New York Liquid Foundation Fit Me! Matte + Poreless ni memang tak cari foundation lain dah melainkan kalau ada review foundation lain memang Fiza akan cuba. Mana tahu tersuka yang baru pula kan yang lebih serasi dan best. 

Sambil tu Fiza cari juga Lipstick Maybelline yang baru, Super Stay Matte Ink yang dikeluarkan dengan nude shades yang cantik-cantik. Rambang mata nak pilih! Disebabkan nak try dan kebetulan tengah harga promo, So Fiza grab satu. Nanti Fiza review ye.

Sebenarnya rugi atau tak bergantung pada individu lah kan. Tapi pada Fiza memang rugi kalau tak shopping masa sale. Untung sangat daripada harga biasa dapat separuh harga. Separuh harga tu boleh beli benda lain kot kan. Kalau kaki makeup tu memang untung sangat shopping masa sale.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles