Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 2019) Membantu Meringankan Beban Rakyat

$
0
0
Benarkah Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 2019) Membantu Meringankan Beban Rakyat? Masing-masing mempunyai jawapan yang berbeza mengikut keperluan masing-masing. BSH adalah nama baru menggantikan Skim BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang telah diperkenalkan sebelum ini. Perbezaan utama pemberian BSH 2019 adalah lebih fokus kepada keluarga dan kategori bujang tidak akan mendapat BSH 2019.

bantuan-sara-hidup-2019-bsh-2019

Seperti tahun-tahun sebelumnya, permohonan dan kemaskini bantuan ini akan dibuat pada setiap hujung tahun iaitu bulan Disember. Bagi BSH 2019 ini permohonan dan kemaskini akan dibuka pada awal tahun 2019 iaitu bulan Januari 2019 dan tarikh pembayaran akan dibuat selepas 5 Februari selepas perayaan tahun baru Cina. Jumlah bantuan juga berbeza mengikut pendapatan isi rumah.

  • Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan mendapat RM1000
  • Isi rumah pendapatan RM2001-3000 mendapat RM750
  • Isi rumah pendapatan RM3001-4000 mendapat RM500


KADAR TAMBAHAN BANTUAN SARA HIDUP 2019

Bukan sekadar itu sahaja, kadar tambahan BSH sebanyak RM120 akan diberikan kepada setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah. Akan tetapi terhad kepada 4 orang anak sahaja kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur. Jadi, dengan adanya Bantuan Sara Hidup 2019 ini sedikit sebanyak sangat membantu dan meringankan beban rakyat terutamanya mereka di dalam golongan berpendapatan rendah B40.

bantuan-sara-hidup-2019-bsh-2019

BANTUAN SARA HIDUP 2019 BANTU RAKYAT

Dengan adanya BSH 2019 ni sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dalam menyediakan perbelanjaan persekolahan anak-anak pada awal tahun yang memerlukan perbelanjaan lebih setiap kali masuk sesi persekolahan baru. Selain itu, pemberian BSH 2019 secara berperingkat ini dapat membantu mereka dalam berbelanja untuk keperluan mereka seperti perbelanjaan barang dapur, pakaian dan juga keperluan lain.

Walaupun jumlahnya pada kita nampak kecil tapi pada untuk golongan pendapatan rendah, ianya sangat besar dan perlu dimanfaatkan sebaiknya. Paling penting, bantuan sara hidup ini tidak dibazirkan untuk kegunaan lain selain keperluan yang sepatutnya. Boleh juga dibuat untuk simpanan ketika waktu kecemasan. Bersyukur sekiranya dapat bantuan sara hidup ni dan uruskan pemberian ini sebaiknya. 

bantuan-sara-hidup-2019-bsh-2019

PERMOHONAN DAN KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2019

Pada Fiza, Bantuan Sara Hidup 2019 ini juga merupakan cara yang berkesan bagi membantu beban rakyat yang berpendapatan rendah dan mereka yang layak menerimanya. Bantuan sebegini perlu diteruskan dan mungkin pada tahun hadapan belanjawan perlu menambah semula untuk kategori bujang. Sekiranya anda layak menerima BANTUAN SARA HIDUP 2019, boleh mula memohon dan kemas kini segera bermula Januari 2019.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles