Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

My Wish List : Althea Top 10 Korean Beauty Products

$
0
0
Jika di tanya "Apakah Top 10 Korean Beauty Products?". Fiza yakin pasti, list kau orang mesti lebih daripada 10.Ya, tahu. Memang susah nak buat pilihan dan short listed Top 10 tu. Kenapa Korean Beauty Products? Kenapa bukan yang lain? Well, meh sini Fiza nak bagitau kau orang yang sekarang Korean Beauty (K-Beauty) Products memang tengah trending. Gaya makeup ala gadis korea pun memang jadi ikutan terkini. 

Nak dapatkan K-Beauty Products pun tak susah sebab boleh dapatkan di website Althea Korea siap sekali FREE SHIPPING lagi tu walaupun diterbangkan jauh. Selain itu, harga K-Beauty Products pun sangat berpatutan dan berbaloi beli. Memang taklah Fiza nak cari yang lain. Althea juga ada beberapa keluaran produk exclusive yang tidak dapat di beli dimana-mana kecuali di website Althea Korea. Fiza dah cuba beberapa exclusive products Althea sendiri, kau orang boleh baca dalam previous artikel.



Disebabkan sebelum ni Fiza dah banyak shopping skincare products, so this time for my wish list : Althea Top 10 Korean Beauty Products. Kali ni nak makeup products lebih sikit sebab Fiza baru nak terjebak dalam seni makeup pula. Boring juga kadang tu makeup simple je. Nak juga cuba makeup yang betul-betul perfect dengan produk yang wajib ada untuk hasilkan makeup yang wow!


KOREA BEAUTY PRODUCTS (MAKEUP)
Why?: Pertama sekali perlu ada blur stick primer ni untuk poreless and smooth skin oil cut, not so dry dan untuk makeup tahan lama. Benda asas sangat penting untuk hasilkan makeup yang cantik. Disebabkan ianya tertulis "Trust me, I'm Super" So Fiza percaya lebih lah pada primer jenis stick ni disebabkan kulit Fiza jenis large pores. Harapan Fiza betul-betul dapat bantu untuk kurangkan pores kelihatan tu. Please, I trust you okay! Sebelum ni Fiza memang tak pernah cuba primer jenis stick. So why not cuba sebab macam mudah dan berkesan untuk makeup base.


Why? : Memandangkan Fiza tak puas hati tak jumpa lagi primer yang terbaik. Fiza nak cuba juga primer no pore blem ni. Harap no problem lah lepas guna. Katanya top secret for perfect makeup. Okay, Fiza cuba! Packaging juga sangat menarik untuk Fiza sebab warna pink. Harga pun pada Fiza berpatutan dan sangat berbaloi lah dapat hasilkan makeup yang cantik meletop ala gadis Korea. Primer jenis cecair memang lebih mudah untuk apply pada muka.


Why? : Bila mana ada jenis kulit jenis tak sekata. Wajib ada color corrector ni yang boleh digunakan pada dark circle bawah mata, bahagian tepi bibir kiri kanan atau bahagian lain yang lebih gelap. Jadi, lebih perfect lah bila blend foundation nanti. So Fiza nak sangat cuba color corrector ni sebab daripada tutorial makeup banyak guna color corrector warna peach beige or orange. 






Why? : Foundation ni produk wajib ada untuk makeup. Fiza paling teringin nak cuba foundation double lasting foundation Etude House ni sebab daripada apa yang Fiza baca dalam ruangan review semuanya kongsikan best guna foundation ni. Memang patut letak dalam top 10 Korean Beauty Products untuk dapatkan hasil makeup yang flawless dan glowing. Plus, double lasting means that so long long lasting.  




Why? : Bahagian mata ni biasanya Fiza tak ambil peduli sangat sebab biasanya makeup simple-simple je hanya guna foundation dan lipstick je. Tapi disebabkan nak cuba belajar makeup, Fiza perlu juga ada palette yang banyak color macam ni untuk daily makeup atau event. Sangat berbaloi dan lebih mudah sekiranya ada banyak warna dalam satu palette macam ni.






Why? : Dalam koleksi eye liner Fiza memang tak ada lagi jenis packaging macam ni. Semuanya jenis eyeliner gel pencil yang kadang kala mudah mencomotkan mata jadi panda. Jadi, Fiza nak cuba eyeliner macam ni pula. Daripada review yang Fiza baca, eyeliner gel ni mudah untuk digunakan. Paling penting tak mudah comot dan waterproof. Yes, itu yang dimahukan!



Why? : Fiza sejenis yang jarang sangat nak gunakan blusher sebab takut terlebih pakai jadi macam badut. Kalau guna pun Fiza lebih suka gunakan lipstick dan dap-dap guna jari je pun boleh. Why not Fiza letak blusher ni dalam wish list Fiza. Lagipun blusher jenis stick mudah nak apply tanpa brush dan packaging jenis travel saiz. Boleh ready dalam makeup pouch kalau pergi travel.


KOREA BEAUTY PRODUCTS (SKINCARE)
Untuk makeup products, itu je wish list Fiza. Kenapa Fiza tak pilih mascara dan eyebrow? Kening jenis bersepah memang leceh untuk Fiza bentuk kening. Plus, lebih selesa kening tanpa dilukis dan tak suka pakai mascara sebab berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Haha. Jadi, selebihnya Fiza pilih skincare yang mana Fiza perlukan buat masa ni.

            

Why? : Kalau kau orang ada masalah pores mesti kau orang juga macam Fiza nak dapatkan kulit lebih licin. Jadi, Fiza sangat perlukan Pore Thightening Pink Clay Facial Mask sebagai pore treatment. Pakai mask jenis clay ni memang Fiza suka dan katanya lebih berkesan. Lagi-lagi produk ni mampu cerahkan kulit muka. Lagilah hati meronta-ronta nak!





Why? : Sangat benci bila belek-belek muka kat cermin nampak blackhead dan whitehead bertaburan pada kulit muka. Memang boleh buat kemurungan. Memang bagus kalau adanya blackhead treatment yang mudah digunakan. Semua review yang Fiza baca kata sangat berkesan dan ini salah satu best seller products dan paling awesome packaging dia dah didatangkan dalam saiz besar atas permintaan ramai. Wow!



Why? : Last but not least, Fiza perlukan serum untuk merawat kulit muka Fiza yang bermasalah ni. Jadi, perlu sangat ada serum yang betul-betul bagus untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit. Kalau produk serum Fiza lebih suka gunakan jenis pump sebab mudah nak digunakan dan kandungannya terbaik untuk kulit. Bahan organic dan selamat digunakan.


Fuhh, ikutkan hati banyak lagi Korean Beauty Products Althea yang Fiza nak senaraikan. Memang semuanya sangat best dan value for money. Siapa pernah shopping di Althea mesti tak nak berhenti shopping dan rambang mata nak memilih. Nak dekat perayaan Hari Natal (Christmas Day) Althea telah keluarkan box limited edition sempena Christmas. Siapa shopping bulan ni dapatlah kotak limited edition tu. Serbu Althea Korea cepat!

Selain limited edition box, Boleh jimat berganda. Ada banyak coupon code diskaun yang boleh kau orang gunakan. Selamat shopping guys!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles